Wednesday, November 30, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 11

sambungan dari episod sepuluh....

Episod Sebelas……

Johor Bahru 2009

Farah Edora tamat pengajian di Queensland Universiti, Brisbane, Australia pada akhir tahun 2008 . Beliau pulang ke tanahair dengan membawa segulung Ijazah Sarjana Muda Seni Bina Landskap. Kelulusan cemerlang yang diperolehi membuka jalan mudah baginya mencari peluang kerjaya di sektor kerajaan mahupun swasta. Farah Edora mengikut jejak langkah kakak sulongnya mahu berkhidmat di negeri kelahirannya, Johor.


Setelah berehat panjang bersama keluarga, Farah Edora menyelongkar maklumat di dalam internet bagi mencari peluang-peluang kerja di Negeri Johor. Syarikat-syarikat yang operandisnya berhubung kait dengan sektor pembinaan dan hartanah menjadi keutamaannya. Farah Edora lebih berminat berkerja di sektor swasta kerana ruang yang lebih terbuka di bidang yang di pelajari dan lebih berdaya saing dan mencabar. Baginya Johor tak kurang hebat berbanding Selangor dan negeri-negeri lain. Pembangunan yang semakin pesat terserlah dengan terbinanya Nusajaya yang mengambil konsep Putrajaya. Nusajaya yang baru beroperasi membuka banyak peluang dalam sektor pembinaan dan landskap. Banyak projek-projek perumahan yang di bina di persekitaran kawasan Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di Nusajaya. Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor yang sebelum ini di Bangunan Sultan Ibrahim berpindah secara rasminya ke Nusajaya.


Walaupun pembangunan di Nusajaya belum sehebat Putrajaya, namun perkembangan semasa memperlihatkan komitmen kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Johor memajukan Nusajaya setaraf Putrajaya dan mungkin lebih. Banyak pelabur-pelabur luar di bawa masuk bagi merancakkan pembangunan di Nusajaya.

Pada pertengahan bulan Januari 2009, Farah Edora telah menerima surat tawaran kerja di sebuah Syarikat swasta milik bumiputra di Bandar Johor Bahru. Di Ashraf Properties yang berpengkalan di Menara Ansar, Kotaraya Johor Bahru, Farah Edora di tawarkan jawatan sebagai Arkitek.

`Assalamualaikum, encik boleh saya jumpa dengan pihak pengurusan’ tanya Farah Edora di kaunter khidmat pelanggan Ashraf Properties kepada seorang pegawai khidmat pelanggan yang bertugas di situ.

`Waalaikumusallam’ jawab pegawai khidmat pelanggan yang bernama Jamal. seperti yang tertera pada sebelah kiri atas kocek baju jenis jaketnya.

`Maaf cik boleh saya bertanya, apakah tujuan cik untuk berjumpa dengan pihak pengurusan?’ tanya pegawai khidmat pelanggan itu kepada Farah Edora.

`Oh lupa pulak saya, saya nak melaporkan diri bertugas’ jawab Farah Edora sambil meletakkan tangan kanannya atas kaunter di situ.

Cik, Farah Edora bte Johari ke’ tanya pegawai khidmat pelanggan itu lagi.

Ya’ jawab Farah Edora pendek.

Kalau macam itu, cik silakan masuk dan berjumpa dengan Puan Intan di bahagian pentadbiran. Di sana nanti beliau akan jumpakan cik dengan pegawai.’ terang pegawai khidmat pelanggan itu dengan suara yang lembut dan menyenangkan. Farah Edora kagum dengan budi bahasa yang di tampilkan oleh pegawai khidmat pelanggan itu walaupun ia seorang lelaki.

`Terima kasih Encik Jamal’ jawab Farah Edora sambil mengukirkan senyuman yang manis dan menyenangkan. Jamal, pegawai khidmat pelanggan membalas dengan senyuman manis seorang lelaki tulin dengan rasa bangga kepada bakal pegawai atasnya di pejabat itu.

Farah Edora masuk melalui pintu utama pejabat itu yang terletak kira-kira tiga meter dari kaunter khidmat pelanggan. Sepanjang perjalanannya menuju ke pintu utama pejabat itu, di sebelah kiri dan kanannya terpampang lukisan-lukisan indah yang di letakkan di dinding kayu yang bercorak awam larat. Ukirannya begitu halus dan mempersonakan mata yang memandang. Keindahan ruang hadapan pejabat itu begitu menawan hati Farah Edora. Selain gambar lukisan yang indah terletak juga di situ pasu-pasu bunga yang menempatkan bunga-bunga segar dan berwarna-warni.

Tiba di pintu masuk, kekaguman Farah Edora semakin menebal bila melihat kecantikan pintu yang di perbuat daripada kayu cengal berwarna asli kayu. Kerja tangan pembuatnya amat halus, ini terserlah pada ukiran pada daun pintu itu yang besarnya lebihkurang lapan kaki tinggi dan enam kaki lebar. Sebaik ingin masuk, pintu yang ditolak tidak berganjak dan kaku. Farah Edora mencuba sekali lagi namun masih gagal.

`Cik, kalau nak masuk kena tekan butang merah pada sebelah kiri tu’ tegur seorang lelaki yang berada satu meter di belakang Farah Edora. Farah Edora yang seperti rusa masuk kampung sedikit malu dan terus bergerak ke arah kirinya untuk menekan butang warna merah yang terletak betul-betul di sebelah kiri pintu besar itu. Farah Edora masuk dengan kaki kanan yang disaluti dengan kasut jenama ‘Hush Puppies’ yang di beli seminggu sebelum itu di Plaza Angsana, Johor Bahru. Pada langkah keduanya, Farah Edora berhenti sejenak bagi mencari bahagian pentadbiran sepertimana yang diberitahu oleh pegawai khidmat pelanggan.

`Cik, boleh saya bantu’ tanya seorang kakitangan perempuan yang sedang lalu di sebelah Farah Edora.

`Boleh saya berjumpa dengan Puan Intan’ soal Farah Edora tanpa menjawab soalan kakitangan perempuan itu.

Kakitangan perempuan yang bernama Azurawati itu tanpa soalan lanjut membawa Farah Edora berjumpa dengan orang yang ingin di temuinya. Farah Edora memperkenalkan diri sambil menyerahkan surat melapor diri kepada Puan Intan. Puan Intan meminta Farah Edora duduk di kerusi jenis `low back’ berwarna merah jambu di depan mejanya bagi membolehkan ia menyemak surat yang diserahkan oleh Farah Edora.

Sambil menunggu tindakan selanjutnya daripada Puan Intan, Kerani Perkhidmatan di pejabat itu, Farah Edora sempat memandu arah pandangannya sekeliling pejabat itu. Dari pemerhatiannya, kakitangan di pejabat itu ada lebih kurang sepuluh orang termasuk Puan Intan. Pemerhatianya terhenti bila Puan Intan selesai menyemak suratnya. Kelihatan Puan Intan mula menyediakan sebuah fail baru bagi kakitangan baru bernama Farah Edora itu. Selesai menyediakan fail berwarna putih untuk Farah Edora, Puan Intan mempersilakan Farah Edora untuk mengikutnya bagi berjumpa dengan pegawai atasan.

`Kak sapa ni’ tiba-tiba keluar suara lembut garau dari arah belakang Puan Intan.

`Ha Sin, ini bos baru kau ganti Encik Tarmizi’ pendek jawab Puan Intan kepada Hussin.

Hussin ialah pembantu Arkitek di pejabat itu. Ia telah berkhidmat selama 2 tahun. Kelulusan diploma yang di miliki membolehkan ia menjawat jawatan tersebut. Hussin sebelum ini menjadi pembantu kepada Arkitek bernama Tarmizi bin Samsudin yang meletakkan jawatan kerana mendapat tawaran kerja yang lebih tinggi di Kuala Lumpur. Sejak ketiadaan Encik Tarmizi, tugas-tugasnya di lakukan oleh Arkitek Kanan di pejabat itu Encik Aqeel Hakimi.

`Hai, apa khabar. Nama I Hussin bin Ngah bukan Nyah tau’ tegur Hussin dengan suara lemah gemalai kepada Farah Edora bakal bosnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

`Hebat’ jawab Farah Edora tersenyum tanpa membalas salam tangan dari Hussin.

Hussin memahami kehendak Farah Edora dan segera menarik kembali tangannya. Jawapan Farah Edora sedikit membingungkan Hussin dan rakan-rakannya di situ. Baginya pada kebiasaannya orang akan menjawab `baik’ pada pertanyaan itu bukan sebaliknya. Perkataan `hebat’ begitu janggal didengari. Bagi Farah Edora jawapan itu biasa baginya. Sejak mengikuti program motivasi daripada Dr Tuah, ia mula menukar setiap pertanyaan dengan jawapan yang lebih positif dan menyakinkan. Jawapan `baik’, baginya hanya jawapan selamat dan rendah nilainya untuk melambangkan keperibadian seseorang. `Hebat’ baginya suatu jawapan yang lebih menyakinkan dan memberi kekuatan pada diri seseorang. Dari segi prestasi kerja `baik’ hanya adalah dalam kategori sederhana. Jika ingin berada pada prestasi tinggi perlu berada pada tahap cemerlang.

`Ha, Sin terlanjur kau ada, tolong bawa Cik Farah ni jumpa dengan Encik Hakimi’ pinta Puan Intan kepada Hussin.

`Apalah kak ni, terlanjur. Kang aku terlanjur baru tau’ jawab Hussin selamba sambil mempersilakan Farah Edora bagi mengikutnya bagi berjumpa dengan Encik Hakimi. Puan Intan tahu, Hussin memang suka bergurau. Oleh sebab itu ia tak pernah ambil hati atas kata-katanya.

`Assalamualaikum, Encik Hakimi, ini saya perkenalkan Cik Farah Edora, Arkitek baru ganti Encik Tarmizi’ kata Hussin setelah masuk ke bilik Arkitek Kanan pejabat itu.

`Waalaikumusallam’ jawab Encik Hakimi.

`Sila duduk Cik Farah’ sambung Hakimi lagi.

Hussin segera keluar setelah melihat Farah Edora duduk di kerusi di depan meja encik Hakimi. Farah Edora masih mendiamkan diri. Ia duduk terdiam kaku bagikan puteri di atas singahsana istana. Matanya hanya tertumpu pada wajah lelaki yang duduk di depannya.

`Ya, Allah mengapalah handsome sangat mamat depan aku ni’ kata hati Farah Edora sendirian. Bagi Farah Edora lelaki yang duduk di depannya mempunyai ketampanan yang amat sempurna. Wajahnya tidaklah sehebat Yus KRU atau Mustaffa Nor. Tapi kelembutan wajah yang selalu di sirami dengan air wuduk menjadikan ia lebih hebat dan tampan dari wajah artis-artis di Malaysia. Walau hanya sekali ia menatap wajah lelaki itu, auranya telah menyentap seluruh kalbu Farah Edora. Wajah lelaki yang terpaksa di tatap itu seperti telah lama dikenalinya. Sedikit tanda hitam di dahinya menceritakan segalanya. Ia bukan tanda orang yang jatuh dari katil atau terhentak dinding.

`Cik Farah Edora’ tanya Hakimi dengan lembut.

Farah Edora masih dalam lamunannya dan tidak mendengar dengan jelas apa yang di perkatakan oleh Encik Hakimi. Dalam lamunan pendeknya ia seperti terbang jauh ke Bandar Manchester sedang menonton kelab gergasi England Manchester United melawan Chelsea bersama lelaki bernama Hakimi.

`Cik Farah Edora’ panggil Hakimi lagi dengan suara sedikit keras bila melihat panggilan pertamanya tidak di endahkan oleh gadis kecil molek yang duduk di depannya.

`Oh, ya saya’ jawab Farah Edora sebagai menandakan ia telah kembali kealam nyata semula.

`Maaf, Encik Hakimi’ saya tak dengar tadi..sorry,sorry’ sambung Farah Edora dengan perasaan yang amat malu. Wajahnya yang kemerahan membuktikan perasaan itu.

Hakimi menerangkan kepada Farah Edora tentang pelbagai perkara mengenai pejabat itu seperti organisasi, jumlah kakitangan yang berkerja dan yang paling utama ialah hala tuju serta fungsi yang di jalankan oleh pejabat itu. Hakimi perlu menjelaskan dengan terperinci kepada Farah Edora kerana ia bakal menjadi pembantunya bagi melaksanakan banyak kerja-kerja yang telah di tinggalkan oleh Tarmizi.

Farah Edora mula serius dan mendengar dengan teliti setiap patah perkataan yang dilontarkan oleh Hakimi. Sambil mendengar tangannya tanpa di arahkan menulis di buku nota yang di keluarkan dari tas tangannya segala maklumat yang di sampaikan oleh Hakimi.

`Saya panggil awak, Farah aje ok ya Cik Farah Edora’ usul Hakimi kepada Farah Edora setelah selesaikan menerangkan maklumat utama tentang organisasi pejabat itu.

Farah Edora tanpa berfikir panjang bersetuju sahaja atas usul Hakimi. Baginya sebagai orang baru, apa yang mudah bagi ketuanya, mudahlah baginya. Panggilan Farah atau Edora baginya tiada masalah.

`Farah, dalam tugasan harian awak akan selalu perlu ke luar pejabat bagi membuat kerja-kerja di `side’. Untuk itu keperluan kenderaan amat perlu bagi ke lokasi tapak-tapak projek pembinaan’ kata Hakimi lagi.

`Tapi encik Hakimi, saya tak punya kenderaan’ jawab Farah Edora jujur.

`Saya tahu. Buat masa ini awak kena keluar dengan saya bagi melawat tapak projek pembinaan. Nanti bila awak dah beli kereta bolehlah awak pergi sendiri ke sana. Lagipun, awak masih baru, jadi saya perlu perkenalkan awak dulu dengan pekerja-pekerja di `side’ ‘ terang Hakimi lagi.

Selesai perbualan Farah Edora dengan Hakimi, ia di perkenalkan kepada kakitangan di pejabat itu oleh Hussin. Sepanjang perkenalan dengan anggota pejabat itu, Farah Edora sentiasa tersenyum dan hampir tergelak dik tingkahlaku Hussin.

Dari pemerhatian Farah Edora, Hussin seorang yang ceria, suka berjenaka dan disenangi oleh semua pekerja di situ. Sikap ramah tamah dan kelembutanya begitu menyerlah. Ada sahaja usikannya. Siti Mahriza yang terboyot-boyot kerana mengandung bayi yang bakal di lahirkan juga tergelak besar bila di usik oleh Hussin.

`Dahlah Sin, kau ni nak kenalkan cik Farah dengan staff ke atau nak buat show’ usik Puan Intan sambil tersenyum.

Hussin yang memakai baju warna biru muda berseluar putih mengerling tajam ke muka Puan Intan.

Selesai sessi perkenalan, Farah Edora di perkenalkan pula dengan ruang sepuluh kaki di kalikan sepuluh kaki. Ruang sebesar itulah bakal di gunakannya untuk tugasan sehariannya bermula dari hari itu. Di ruang itu disediakan sebuah meja kayu bersaiz tiga kali lima kaki dan sebuah kerusi kulit berwarna hitam. Di dinding pula tersergam indah lukisan bermotifkan bangunan di dalam dan luar negara. Almari kayu yang terletak disebelah kiri meja pula diletakkan deretan buku-buku rujukan dan ilmiah. Di atas meja tersedia sebuah computer jenama acer dan sebuah telefon. Farah Edora yang masih belum duduk berlegar-legar di sekeliling biliknya sambil di perhatikan oleh Hussin dengan tekun.

`Cik Farah, kalau ada apa-apa nanti intercom saya ya’ kata Hussin yang sedari tadi berdiri di depan meja Farah Edora.

`Saya keluar dulu cik Farah’ sambung Hussin lagi.

Farah Edora tersenyum kecil dan menganggukkan kepala sebagai tanda membenarkan Hussin keluar dari biliknya.

Hari pertama di pejabatnya di Ashraf Properties, Farah Edora begitu teruja. Pejabat itu merupakan pengalaman pertamanya selepas bergelar graduan. Keterujaannya terbawa-bawa ke rumah. Di rumah, Farah Edora menyanyi-nyanyi kecil sambil mundar-mandir di ruang tamu. Gelagatnya di perhatikan oleh kakaknya Farah Atillia. Farah Atillia yang pernah mengalami saat indah pertama kali bergelar pekerja memahami situasi yang di hadapi oleh adik bongsunya itu.

`Happy nampak’ tegur Farah Atillia.

`Macammana kerja hari ni Dora’ tanya Farah Atillia lagi.

`Is Ok, Dora happy sangatlah kak. Kawan-kawan kat opis semuanya baik-baik dan spoting gila. Tapi yang paling best ialah……’ jawab Farah Edora dengan girang dan tiba-tiba terhenti.

`Ha, macam ada rahsia aje Dora, apa tu? ‘ tanya Farah Atillia lagi sambil duduk di sofa ruang tamu rumah mereka.

arah Edora yang sedari tadi mundar mandir pun ikut duduk bersama kakaknya. Ia duduk di sofa khas untuk seorang di sebelah sofa kakaknya. Farah Edora begitu bersemangat untuk menceritakan pengalaman pertamanya bergelar pekerja yang makan gaji. Orang yang bekerja dengan agensi kerajaan atau swasta biasanya di gelar `makan gaji’ kerana pendapatan bulanan mereka di bayar oleh majikan mereka. Bagi orang yang bekerja sendiri ia tidak di gelar `makan gaji’.

Farah Edora merasakan dirikan bagaikan berada di Pergunungan tinggi di Utara India. Ia berlari-lari kegirangan sambil memakai pakaian Punjabi. Tari temarinya amat sempurna seperti seorang penari dalam filem-filem Hindustan. Kehijauan pokok-pokok dan kelembutan udara yang menyusuk ke kerongkongnya begitu mendamaikan. Keseronokan yang tidak dapat di gambarkan tapi perlu di rasai. Sedang ia asyik menari-nari di tepian kaki gunung hadir seorang jejaka yang begitu mendambakan. Senyumanya begitu lembut dan mempersonakan. Ia hadir bersama sejambak bunga ros merah. Baju dan seluarnya yang serba putih mengambarkan betapa romantiknya suasana. Farah Edora merapati jejaka itu. Jejaka itu mendekatinya. Namun bunga ros merah yang dipegang tetap di pegang.

`Dora, kenapa ni mengelamun he’ sergah Farah Atillia bila melihat adiknya Farah Edora tersenyum dan tergamam sejenak.

`Kenapa dia tak bagi Dora bunga tu Kak Long’ tanya Farah Edora kepada kakaknya.

`Dora, Dora’ kata Farah Atillia sambil mengoncang-goncang badan adiknya Farah Edora.

Farah Edora tersedar dari lamunan dan tersenyum malu pada kakaknya. Farah Atillia memahami situasi adiknya dan hanya mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum manis.

Farah Edora bingkas bangun dan berlari-lari anak menuju ke tangga yang akan membawanya ke kamarnya. Ia perlu mandi sebelum maghrib menjelma. Dirinya perlu dibersihkan dari kotoran kecil dan anganan yang melalaikannya. Selesai membersihkan diri ia bersedia untuk melayan laptopnya yang keseorang di tinggalkan selama lebihkurang Sembilan jam. Jari jemarinya pantas dan tangkas mencoretkan ayat-ayat indah di ruang kemaskini maklumat. Jari jemarinya bagaikan tidak mahu berhenti menulis apa yang ingin pemiliknya luahkan.

`Selamat pagi Cik Farah’ kata Hussin dengan nada lemah lembut menyapa ketuanya yang baru melabuhkan punggung di kerusi empuk di biliknya.

`Selamat pagi Encik Hussin’ jawab Farah Edora dengan senyuman.

`Encik Hussin, tolong duduk sekejap’ sambung Farah Edora lagi.

Hussin terus duduk di salah satu dari dua buah kerusi yang terletak di depan meja Farah Edora. Farah Edora minta Hussin menerangkan secara terperinci apa-apa perkara yang perlu dilakukan. Farah Edora sedikit kebinggungan kerana tiada butiran panduan yang boleh di rujuk bagi menjalankan tugasannya. Semalam semasa berbicara dengan Encik Hakimi ia cuma diberi taklimat berhubungan organisasi pejabat dan tugasan secara ringkas. Jika pejabat itu menyediakan panduan seperti yang dilakukan oleh Jabatan Kerajaan iaitu Fail Meja, ia di rasakan dapat membantu bagi pegawai baru seperti Farah Edora. Farah Edora masih teringat lagi kata-kata kakaknya yang berkerja dengan jabatan kerajaan. Kakaknya Farah Atillia menyatakan bahawa setiap anggota perkhidmatan awam tanpa mengira jawatan dibekalkan dengan sebuah Fail Meja bila menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam. Fail Meja yang mengandungi empat belas (14) perkara dapat membantu anggota baru yang seperti orang buta meraba-raba dalam kegelapan.

Hussin menjadi orang harapannya bagi membantu menunjukkan panduan bagi ia memulakan tugas. Pengalaman Hussin dengan pegawai terdahulu di harapkan oleh Farah Edora dapat memudahkan urusannya.

Sedang Farah Edora berbicara dengan Hussin ,pembantunya, datang Siti Mahriza memaklumkan kepadanya bahawa Encik Hakimi ingin berjumpa dengannya segera. Tanpa berlenggah, Farah Edora memberhentikan perbicaraannya dengan Hussin dan terus ke bilik Encik Hakimi. Tidak sampai beberapa saat di dalam bilik Encik Hakimi, Farah Edora keluar bersama Encik Hakimi. Mereka berjalan seiringan menuju ke pintu lif.

Hari itu, Farah Edora di bawa oleh Hakimi melawat ke kawasan projek perumahan yang terletak di kawasan baru di Nusajaya. Farah Edora menaiki kereta Honda Accord milik Hakimi ke lokasi yang di kehendaki oleh Hakimi. Dalam perjalanan yang mengambil masa setengah jam, suasana dalam kereta aman kerana kurangnya perbualan antara pemiliknya dan orang yang sama berada bersama pemiliknya. Perbualan hanyalah pada permulaan selepas menaiki kereta dan berakhir dalam masa lima minit. Farah Edora yang duduk disebelah Hakimi hanya berkata-kata bila ditanya dan kelu lidah untuk bertanya.

Sampai di lokasi projek perumahan, Farah Edora di bawa oleh Hakimi bagi melihat struktur bangunan yang dibina adakah menyamai apa yang mereka lakarkan atau sebaliknya. Pelbagai aspek perlu di perhatikan agar rumah yang dibina selamat untuk diduduki kelak. Bagi Hakimi, kerja-kerja yang dilakukan mestilah mengikut garis panduan dan apa yang di lukis dalam pelan. Kedudukan bilik, tandas, tangga dan lain-lain perlu betul. Ilmu yang dipelajari semasa di universiti digunakan sepenuhnya oleh Farah Edora. Ia turut memberi beberapa komen kepada Hakimi dari apa yang diperhatikan.

Hakimi hanya tersenyum tanpa prejudis melihat perlakuan Farah Edora pada hari pertama tugasan di lokasi projek perumahan.


bersambung de episod 12.....