Saturday, April 21, 2012

CINTA FARAH EDORA episod 16


Episod  Enam Belas……

sambungan dari episod 15....

Risik & Tunang
Februari 2010

          Pertunangan Aqeel Hakimi begitu meragut rasa hati seorang gadis bernama Farah Edora. 14 Februari 2010 meninggalkan suatu catatan yang tidak sihat di minda dan jiwa gadis kecil molek itu.  Hati, perasaan dan mindanya amat terganggu.  Farah Edora tidak menyangka bahawa pesaingnya dalam acara cinta adalah orang yang paling dekat dengannya.
         
Ingat lagi Farah Edora ketika rombongan keluarga Aqeel Hakimi datang bertandang ke rumahnya selepas waktu zuhur berlepas pergi dan sebelum waktu asar menyambut tiba.  Ia begitu terperanjat bila mengetahui bahawa tetamu yang datang pada petang itu adalah dari keluarga Aqeel Hakimi.  Persoalan bermain di minda sihatnya tentang tujuan keluarga Hakimi datang.  Hatinya berdetik gembira jika tujuan mereka adalah untuk merisik. Tapi persoalannya kenapa Hakimi tidak memaklumkan terlebih dahulu kepadanya.
         
          Dalam masyarakat melayu, kebiasaannya jika akan berlaku sesuatu majlis seperti pertunangan, acara merisik dan perkahwinan yang melibatkan dua keluarga, pasangannya akan terlebih dahulu telah merencanakannya.  Wakil yang hadir adalah sebagai pelengkap adat melayu yang dijunjung tinggi.  Jika pada zaman dahulu sekitar tahun tujuh puluhan dan sebelumnya mungkin ibubapa yang mengaturkan segala perjalanan hidup anak mereka.  Anak yang bakal di kahwinkan ketika itu biasanya tidak mengenal dan mengetahui pasangan mereka. Mereka hanya akan tahu selepas acara merisik dan bertunang di jalankan.  Tiada perbincangan awal dari pasangan kerana mereka tidak mengenal antara satu sama lain dan jika kenal pun sukar bagi mereka untuk berjumpa kerana batasan adat yang begitu tebal ketika itu.

          Farah Edora segera masuk ke kamarnya dan menyalin baju kurung melayu untuk meraikan tetamu yang datang.  Ketika ia sedang bersiap-siap ia melihat kakaknya Farah Ain telah tersergam indah dengan baju kurung melayu berwarna biru dan bersedia untuk turun ke tingkat bawah rumah mereka.  Farah Edora yang tergesa-gesa merapikan wajah melupakan sejenak kakaknya yang baru melangkah keluar dari bilik.  Selesai berhias ia terus berlari-lari anak ke ruang tamu bagi membantu mamanya menyediakan jamuan ringan untuk tetamu.  Sampai di ruang dapur ia melihat kakaknya Farah Ain sedang menuang air di cawan putih berbunga mawar merah. Farah Edora terkilan kerana sedikit lewat hadir ke dapur bagi menyediakan hidangan untuk tetamunya.  Ia segera menyapai dulang yang telah penuh dengan cawan yang telah di isi dengan air teh `O’ oleh kakaknya untuk di hantar kepada tetamu yang sedang rancak berbicara di ruang tamu rumahnya.  Farah Ain hanya membiarkan Farah Edora membantu mengangkat minuman itu kerana ia perlu membawa suatu lagi dulang yang di penuhi dengan kuih-muih.   
         
Tetamu yang datang saling berpandangan bila melihat kelibat dua anak gadis melayu yang manis berbaju kurung dan bertudung rapi mendatang sembah bagi meraikan mereka yang hadir.  Rombongan seramai lima orang dengan diketuai oleh emak Aqeel Hakimi terpikat dengan keterampilan dua anak gadis itu. Persoalan timbul di hati Hajah Rubiah siapakah gadis yang dimaksudkan oleh Hakimi.  Sejurus kemudian tampil pula Farah Atillia bersama Hajah Maimunah duduk di sofa di sebelah Hajah Rubiah. Hajah Rubiah sekali lagi terpaku kerana melihat kelibat seorang lagi anak gadis yang kelihatan lebih dewasa dan matang hadir bersebelah isteri ketua rumah. Sekali lagi persoalan timbul di mindanya.  Farah Ain dan Edora tidak sama duduk diruang tetamu `vip’, mereka duduk bersila sopan di penjuru tepi yang kira-kira dua meter dari tetamu yang hadir.  Hakimi tidak turut serta menerjah ke dalam rumah pemilik rumah.  Ia hadir hanya untuk menunjuk jalan yang telah diberikan oleh anak gadis pemilik rumah kepada ahli rombongan yang hadir bagi urusan merisik.

Setelah keadaan tenang, Hajah Rubiah mula mengatur bicara. Salam dari suami yang tidak dapat hadir kerana keuzuran menjadi ayat awal bicaranya bagi makluman Haji Johari dan isteri.

`Tuan haji dan puan hajah, kehadiran kami membawa hajat. Itupun kalau pihak tuan rumah sudi menerima’ tutur Hajah Rubiah dengan lembut dan santun.

          `Kami sekeluarga tiada halangan dan berbesar hati atas kesudian puan serta kerabat hadir ke teratak kami yang sebegini rupa’ jawab Haji Johari sebagai ketua tuan rumah.

          `Hajatnya pun kami dah tahu, Cuma hanya ingin kepastian dan kata putus sahaja’ kata Hajah Maimunah pula selaku pembantu ketua tuan rumah.

          Haji Johari dan isteri sememangnya telah mengetahui akan hajat keluarga Hakimi bertandang ke rumahnya. Anak gadisnya telah seminggu awal memaklumkan tentang kehadiran tetamu mulia itu. Namun begitu, proses merisik perlu dilakukan secara rasmi sebagai tanda persetujuan antara dua pihak demi kelangsungan adat melayu yang telah lama bertapak dijiwa mereka yang masih memeliharanya. Farah Ain hanya tersenyum dan tidak kepada Farah Edora.  Ia begitu binggung dan tidak berupaya untuk senyum atau gembira. Farah Edora tidak faham akan jawapan daripada mamanya.

          `Tuan haji dan puan hajah, kami datang ini bukan sahaja untuk merisik tetapi kalau boleh mahu untuk meminang sekali, itupun jika bunga di taman tiada penghalang’ kata Hajah Rubiah menyambung bicara selaku ketua rombongan.

          Pada zaman dahulu biasanya ketua rombongan bagi acara merisik atau meminang akan dilakukan oleh wakil yang berwibawa dari kalangan keluarga atau orang penting di sesuatu kampung atau perumahan. Mereka yang diberi kuasa sebagai wakil akan menyampaikan hajat daripada ibu bapa pihak lelaki. Ibu dan bapa pihak lelaki tidak sekali-kali akan hadir. Ia berbeza dengan zaman sekarang yang lebih terbuka. Ibu bapa lebih suka hadir sendiri bagi menyampaikan hajat anak mereka dan membuat kata putus.  Mereka bukan tidak percaya kepada wakil yang diberi kuasa tapi kurang sabar untuk mendengar keputusan dari pihak perempuan. Lagi pula ia tidak menyalahi adat, cuma menjadi `trend’.
         
`Pihak kami tiada halangan atas perkara itu jika cukup syaratnya, lagi pun bunga masih elok tiada siapa yang terawal memetik’ jawab Haji Johari pendek.

`Alhamdulillah, nampaknya tangan dihulur telah di sambut mesra’ tutur Hajah Rubiah sambil mengeluarkan sebentuk cincin bertatah permata yang disimpan oleh pengiring di sebelahnya.

Apabila persetujuan telah di terima, Hajah Rubiah mohon izin kepada ibubapa bakal menantunya untuk menyarung cincin ke jari manis si pemilik diri sebagai tanda ikatan suci terjalin indah.  Hajah Rubiah menghampiri dua anak gadis manis lalu bertanya kepada empunya diri.

`Maaf, yang mana satu Farah Ain’ soal Hajah Rubiah tanpa berselindung bahawa ia tidak mengenali rupa paras bakal menantunya itu.

Farah Ain segera senyum sambil memperkenalkan diri.  Tangan kirinya di hulurkan kepada bakal ibu mertuanya untuk memahkotakan cincin yang dikhaskan untuknya. Farah Ain telah awal mengenali cincin itu kerana kedai emas Li Wah di Holiday Plaza adalah lokasi penemuannya.  Farah Edora yang duduk bersebelah dengan kakaknya itu terkedu seketika. Ia bagaikan seorang ibu tua yang menerima berita kematian anak yang telah lama hilang di perantauan.  Farah Edora bagaikan burung yang hilang sayap untuk terbang. Namun demi maruah keluarga yang perlu di jaga, ia tabah.  Hanya Allah yang maha mengetahui tentang hatinya ketika itu.    

Selesai melakukan acara adat menyarung cincin, Hajah Rubiah segera kembali ke tempat duduk di ruang tamu rumah Haji Johari dan Hajah Maimunah untuk meneruskan agenda.

`Tuan Haji dan Puan Hajah, saya di sini mohon satu lagi hajat, itupun kalau dipersudikan jua’ tutur Hajah Rubiah setelah lebih kurang dua minit duduk di kerusi di mana ia tinggalkan tadi.

`Wah, lain macam aje bunyinya puan’ tanya Haji Johari ingin tahu.

`Begini, Tuan Haji dan Puan Hajah, kalau di persetujukan jua, saya mohon agar majlis pernikahan dan persandingan mereka dapat di adakan dalam tempoh terdekat.  Kalau diizinkan sekitar bulan mei ini’ terang Hajah Rubiah lagi.

Haji Johari dan isteri agak tidak selesa dengan permohonan keluarga pihak lelaki. Tempoh yang di pohon terlalu dekat dan menyukarkan mereka. Bagi pihak keluarga perempuan biasanya mereka perlu membuat persiapan lebih kurang enam bulan sebelum majlis dilangsungkan.  Masa tiga bulan yang dipohon oleh keluarga pihak lelaki begitu sukar di terima.  Hajah Rubiah awal-awal lagi telah merasakan bahawa bakal besannya akan kurang senang dengan tempoh masa yang ia mahukan. Untuk itu Hajah Rubiah perlu menerangkan sebab musabab keluarganya mohon agar majlis pernikahan dapat dilangsungkan segera.

Kesihatan Haji Idris, ayah kepada Hakimi menjadi sebab utama.   Haji Idris yang sedang sakit tidak dapat hadir sama ke majlis merisik itu dan mewakilkan isterinya untuk menyampaikan hajat anak mereka Hakimi. Sakit barah otak yang dialami oleh Haji Idris tidak memungkinkan ia dapat bertahan lama.  Doktor peribadinya telah awal-awal lagi memaklumkan jangka hayatnya. Oleh itu, sebelum nafas terhenti ia mahu melihat sendiri satu-satunya anak lelaki pewaris segala pusakanya berkahwin. 
Haji Johari dan isteri terkedu mendengar butiran cerita. Atas dasar itu mereka sebulat suara bersetuju setelah mendapat persetujuan daripada Farah Ain.  Persetujuan Farah Ain amat penting demi masa depannya.  
Persetujuan dicapai oleh kedua belah pihak bagi mengadakan majlis terindah itu pada bulan Mei. 

Farah Edora berlalu membawa hati yang seperti telah mati.



bersambung ke episod 17.....

Wednesday, February 1, 2012

CINTA FARAH EDORA-episod 15

Episod Lima Belas……

bersambung dari ep..14


BBU…..JB

Hiba pulang bersama Farah Edora ke rumah sewa tanpa perlu pembayaran di Bandar Baru Uda iaitu rumah yang dibeli oleh ayahnya Haji Johari dengan keringat sebagai seorang anggota polis. Wajahnya yang selalunya ceria dan manja hilang seketika. Rakan sebiliknya iaitu Farah Ain yang merupakan kakak kandungnya perasan pada perubahan adiknya. Farah Ain hanya mendiamkan diri sejenak bagi memberi laluan si pemilik diri tenang dan dengan rela hati menceritakan permasalahannya. Farah Ain amat yakin dan tahu bahawa adik kesayangannya itu sedang menghadapi masalah, cuma yang tidak diketahui apakah masalah itu. Adakah masalah itu tentang kerja, rakan kerja, hati, jiwa dan keluarga masih dalam ramalan Farah Ain. Sebagai ahli nujum Pak Belalang, Farah Ain hanya mampu melihat dalam air tanpa dapat melihat apa yang tersirat dan tersurat.

Farah Ain tidak dapat sama berkongsi kedukaan dengan adiknya kerana buat ketika itu, ia sedang dilanda ombak kasih yang membadai tinggi. Tak dapat ia menahan panahan petir yang menyambar hingga ke pelusuk hati menyebabkan wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman walau sendirian. Farah Edora yang kedukaan tidak dapat melihat cahaya cinta di wajah kakaknya kerana fikirannya tidak terurus, matanya buta dalam celik dan hanya hati yang berdetik belum mati. Dalam kelesuan Farah Edora melangkah ke bilik mandi untuk mengangkat wuduk bagi melaksanakan solat isyak yang baru menjelma. Di akhir rukun selepas memberi salam, ia menadah tangan serapatnya memohon keampunan atas segala dosa-dosanya dan juga dosa-dosa kedua ibubapa serta saudaranya. Suara yang dilontar hanya bisa di dengari oleh telinganya sendiri. Dalam doa akhirnya ia memohon;

Ya Allah ya tuhanku...ku mohon agar Kau temukanlah daku dengan cinta yang mendapat keredhaanMu Ya Allah....Amin Ya Rabbal Alamin....’.

Selesai solat dan berdoa, Farah Edora duduk di hujung katilnya sambil melihat kakaknya sedang bermain-main dengan telefon bimbit jenama sony erriksonnya. Sedih terasa di hati kerana diri tidak diperhati. Perlahan Farah Edora bangun dan mengambil novel yang baru di belinya sebelum pulang ke rumah berjudul `Ombak Rindu’. Farah Edora membelek-belek novel setebal 576 mukasurat itu sebelum membacanya. Muka depan novel yang ditulis indah tajuknya dengan gambar dua jiwa yang sedang berdiri di atas batu tepian pantai membuka hijab Farah Edora untuk merungkai apa cerita di sebalik tajuk yang tercipta oleh Fauziah Ashari.

Farah Edora sebenarnya sejak dari zaman persekolahan hingga tamat pengajian di universiti ia tidak pernah sekali membaca novel yang agak berat dan berlatarkan cinta. Ia lebih gemar membaca buku-buku berkisarkan khayalan, magik dan komedi. Novel bersiri Harry Porter menjadi kegemarannya. Namun petang sebelum pulang ke rumah merubah segalanya. Tangannya seperti di paksa-paksa mengambil naskah tulisan Fauziah Ashari itu. Situasi yang dialaminya kini memungkinkan perubahan itu. Farah Edora baring sambil memulakan langkah ke pintu masuk cerita novel itu. Helaian demi helaian di terjah dengan begitu asyik sekali. Akhirnya Izzah watak utama ditinggalkan dalam muka sepuluh novel Ombak Rindu dalam dakapan malam.

Sabtu merupakan hari cuti mingguan. Farah Edora tiada apa-apa perancangan dan hanya duduk di rumah mengemaskan bilik, membantu mamanya membasuh pakaian dan berehat. Farah Edora tidak berapa selesa untuk membantu mamanya memasak di dapur kerana pekerjaan itu jarang dilakukan sejak dibangku sekolah lagi. Ia bukan tidak tahu langsung memasak tetapi tidak berminat untuk memasak. Mamanya seringkali menegurnya agar belajar memasak supaya bila berumahtangga kelak akan memudahkan ia menguruskan suami. Namun Farah Edora sedikit malas dalam hal itu.

‘Beli aje mama kat restoran, lagi senang’ jawab Farah Edora dengan nada gurau manja kepada mamanya ketika sedang berbual-bual pada suatu petang ahad.

‘Beli aje, lebih baik adik kawin aje ngan mamak kedai tu.he he he’ usik Farah Ain yang membuat Farah Edora marah dan mengejarnya pada suatu petang ahad itu.

Farah Ain pula telah mengatur jadual untuk keluar. Kereta Atosnya dibersihkan agar kereta-kereta lain yang berkeliaran di jalanraya akan cemburu dengan kecantikannya. Ia telah merencanakan akan keluar pada jam 12.00 tengahari dan destinasi yang telah dipersetujui dengan orang yang akan ditemui ialah Tebrau City di Pandan. Setelah meminta izin dari mamanya dan memaklumkan kepada rakan sebilik yang tidak dipelawa, Farah Ain menghidupkan nyawa keretanya untuk diarahkan ke lokasi jalan menuju ke Kota Tinggi. Farah Ain menyusuri jalan Kampung Ubi untuk keluar ke jalan Tebrau dan terus menyusuri kiri jalan menuju ke Tebrau City yang bersebelahan Tesco Hypermarket. Kira-kira pukul 12.30 tengahari kereta putihnya melabuhkan sauh di tempat letak kereta di bahagian bawah bangunan Tebrau City.

Farah Ain terus melangkah masuk ke pintu tengah bangunan plaza itu melalui lif yang disediakan. Sampai di tingkat dua di bahagian tengah ia terus berjalan kearah kanan untuk bertemu dengan seseorang yang telah sedia menunggu. Sussi King menjadi saksi pertemuan mereka itu. Meja jenis khas untuk dua orang pelanggan menjadi pilihan Farah Ain dan jejaka yang mengiringinya.

‘Maaf, lama awak tunggu’ kata Farah Ain memulakan bicara.

‘Ah, tak dalah baru jugak’ jawab Kim, jejaka yang bersama Farah Ain kini.

‘Ayu, awak biasa ya makan kat sini’ tanya Kim pada Ayu.

‘Taklah selalu sangat, cuma bila ada masa jalan-jalan ngan kawan-kawan saya suka makan kat sini’ jawab Ayu pendek.

Ayu dan Kim berborak panjang sambil makan tengahari dengan menu Jepun. Sumami,temaki,donburi, garlic rise pilihan Ayu. Manakala Kim yang tidak biasa dengan makanan orang Japang itu hanya mengikut apa yang dipilih oleh Ayu. Bagi Kim dapat bersua dan berbicara dengan Ayu lebih bermakna walaupun perlu menjamah makanan yang diperbuat dari pulut, ikan salmon dan udang itu. Cerita-cerita zaman persekolahan mewarnai perbualan mereka. Ayu mahupun Kim tidak langsung menyentuh perihal tempat kerja masing-masing kerana bagi mereka waktu emas yang terluang perlu untuk cerita-cerita yang ringan dan nostalgia. Ayu lebih banyak berbicara. Kim pula lebih suka mendengar sambil menatapi wajah gadis periangan didepannya. Cerita yang disulami dengan gelak tawa mengambarkan segala kebahagian yang diharapkan oleh kedua jiwa. Ayu mahu sahaja mengungkapkan kata cinta yang telah terlalu lama tersimpan, namun kelu lidah untuk berbicara kerana malu yang menebal. Kim pula masih berteka teki. Ia takut kalau gadis yang bersamanya itu telah dimiliki oleh hati lelaki lain atau menolaknya.

Namun dari riak wajah dan bicara Ayu, Kim seperti telah mengerti bahawa gadis itu masih belum berpunya sekarang. Kim tahu Ayu memang pernah ada hubungan dengan lelaki namun gagal kerana perpisahan. Kim juga tahu Ayu tak pernah lupa akan dirinya. Itu yang membuatkan ia begitu kagum dengan diri Ayu. Patutlah Kim sering kali terasa bahawa ada orang yang mencuri hatinya hingga ia tidak punya selera dengan gadis-gadis yang ditemui dan di kenali walau wajah mereka secantik gadis-gadis yang seringkali menayangkan diri mereka di majalah-majalah tempatan. Pada Kim, Ayu seperti telah tercipta untuknya.

Farah Edora yang masih kemurungan, terus mencapai `Ombak Rindu’ nya untuk terus di layari bersama hati yang rawan. Harris kini menjadi tumpuan Farah Edora. Sehelai demi sehelai naskah Fauziah Ashari di terjemahkan dalam minda sihatnya. Hatinya begitu sayu mengenangkan derita yang ditanggung oleh Izzah. Airmata yang telah lama terpendam akhirnya mengalir deras menyusuri pipi montel kemerahannya. Izzah dan dirinya seiringan dalam kedukaan. Farah Edora seperti dapat merasakan apa yang dirasai oleh Izzah. Begitu pedih rasa hati bila ditinggalkan oleh orang yang disayangi. Izzah tidak pernah kotor walaupun pernah di kotori. Kesuciannya terpelihara kerana ia tidak terus memusnahkan diri yang telah di kotori.

Sedang asyik dalam melayari Ombak Rindu nya, Farah Edora di kejutkan dengan bunyi geselan mangga pintu biliknya. Seorang insan wanita yang penuh keceriaan melangkah masuk ke biliknya dan terus duduk di sebelah Farah Edora yang sedang bebaring di kamar rindunya. Tangan kanan gadis itu mencuit-cuit sudut geli Farah Edora menyebabkan ia sedikit tersentak. Tangan itu terus mengganas hingga menyebabkan Farah Edora alah dan terus bangkit kerana tidak tahan kegeliaan. Farah Edora yang dalam kedukaan terus ketawa.

`Angah, janganlah, janganlah, nanti adik hempuk baru tau’ teriak Farah Edora sambil memeluk kakaknya itu bagi mengelakkan ia terus mengeleteknya.

Farah Ain tahu adiknya pengeli dan mudah ketawa bila di geletek. Ia mengambil kesempatan itu bagi menceriakan kembali kedukaan yang tersemat di hati adiknya. Bagi Farah Ain, hidupnya seperti tawar jika tidak dapat bergurau senda dengan adik kesayangannya itu. Walaupun ia dalam keadaan yang begitu bahagia, namun kedukaan adiknya menyentap sanubarinya. Bila Farah Edora ketawa, ia tahu bahawa adiknya itu telah dapat mengawal diri dan tenang.

`Angah, `happy’ semacam nampak’ tanya Farah Edora kepada kakaknya setelah keadaan tenang.

Farah Ain hanya tersenyum tanpa memberi apa-apa jawapan kepada persoalan adiknya. Kebahagian yang menjelma membuatkan lidahnya kelu untuk berbicara. Matanya yang sepet bagai puteri Korea hanya mampu tersenyum. Senyuman itulah yang menjadi idola Kim, jejaka yang telah menawan hatinya selama ini.

`Mata awak cantik betul bila awak senyum, Ayu’ kata Kim ketika sedang berjalan-jalan seiringan dengan Ayu selepas selesai makan tengahari di Sushi King, Tebrau City.

`Hai Ngah, suka sangat sampai cakap pun tak leh’ usik Farah Edora lagi.

`Angah, Kak Long dah tunang, tunang ngan anak Dato’ lak tu, Angah macam mana pulak, nak ngan sape, anak Tan Sri ke, Datuk Seri ke atau tiang seri’ usik Farah Edora lagi sambil duduk di sebelah kakaknya di birai katilnya.

`Angah kalau boleh tak nak lah ngan anak-anak orang besar-besar ni, banyak sangat protocol nanti. Itu tak leh, ini tak leh’ jawap Farah Ain sambil ketawa kecil.

`Habis, Angah nak yang macam mana’ tanya Farah Edora lagi.

`Angah nak orang biasa-biasa aje, sama macam kita. Orang yang sayang kita, menghargai kita, suka apa yang seadanya pada kita dan periang’ kata Farah Ain lagi sambil memeluk adiknya.

`Adik, macam mana pulak, asyik tanya Angah aje’ soal Farah Ain pada Farah Edora.

Farah Edora hanya mendiamkan diri sambil memeluk `Ombak Rindu’ nya.


bersambung de episod 16..

Saturday, January 7, 2012

CINTA FARAH EDORA-episod 14

sambungan dari episod 13...

Episod Empat Belas……


Awal 2010 – Johor Bahru.

Tahun baru datang lagi meninggalkan tahun sebelumnya tanpa dapat dipertahankan lagi. Ia tetap pergi dan perlu pergi meninggalkannya. 2009 perlu pergi bagi memberi laluan 2010 menjelma. Kehadirannya disambut dengan begitu meriah bagi rang muda kerana mereka akan menjadi lebih dewasa dan matang. Bagi rang pertengahan, peralihan tahun menandakan mereka semakin menghampiri usia tua dengan terpaksa meninggalkan masa muda yang begitu indah dan mengasyikkan. Benarlah kata rang tua, masa muda itu indah seindahnya. Segala yang ada di dunia rasanya ingin sekali di nikmati sepuasnya tanpa rasa berdosa melakukan setiap laku walau menyalahi norma kehidupan. Orang muda penuh dengan inspirasi dan semangat bersandarkan kekuatan diri yang ada. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamat dan hajat.

Bagi Farah Edora kedatangan tahun 2010 disambut dengan rasa gembira dan sedikit duka. Gembira kerana kakak sulungnya Farah Atillia bertunang dan sedikit duka kerana orang yang dihatinya ada rasa dijiwanya seperti mahu menjauhkan diri.

Suasana di awal tahun penuh dengan kegembiraan di pejabat Asyraf Properties. Wajah-wajah ceria terpancar di muka Puan Intan, Hussin, Norita, Encik Hakimi dan lain-lain staff. Farah Edora yang baru melangkah masuk ke pejabat melontarkan senyuman yang manis selaku gadis yang menjadi semakin matang kepada rakan-rakannya di pejabat itu. Langkahnya terberhenti dipintu masuk biliknya bila melihat kelibat seorang lelaki. Lama Farah Edora memerhatikan wajah lelaki itu. Mulutnya seperti ada sesuatu yang hendak dituturkan tetapi tidak terucapkan.

‘Farah Edora ’ tegur lelaki itu sambil merapati ke sisi Farah Edora.

‘Saya Faizallah, takkan tak kenal pulak’ kata lelaki itu lagi sambil menguntumkan senyuman gatalnya.

‘Faizal bin Tahiruddin’ soal Farah Edora pula.

‘Ha, ingat pun awak kat saya’ tutur lelaki bernama Faizal itu.

Semua anggota pejabat itu tercenggang dan terpaku sejenak melihat perbualan dua insan yang baru bersua muka itu. Mereka terperanjat kerana Faizal mengenali Farah Edora walaupun baru bersua.

‘Zal, macam mana kau kenal kat Cik Farah ni’ tanya Hussin yang berdiri di belakang Farah Edora.

‘Dia ni kawan sekolah saya masa di tingkatan lima’ jawab Farah Edora sambil berpaling ke arah Hussin yang memakai baju berwarna biru gelap berbelang-belang dan seluar hitam jenama ‘Padini’.

‘Oh, patut le kenal, kawan lama rupanya’ celah Puan Intan yang sedari tadi begitu khusyuk menonton drama sebabak di pejabat itu.

‘Faizal ni Cik Farah baru naik kerja sebab ia cuti panjang (sakit) kerana kemalangan semasa mendaki gunung Ledang. Saya ingatkan dah arwah, rupanya hidup lagi’ kata Puan Intan menerangkan kepada Farah Edora sambil berseloroh yang ditujukan kepada Faizal.

‘Akak ni tak sayang mulut betul’ tutur Faizal.

‘Oklah Faizal, Kak Intan, saya masuk dulu. Nanti kalau ada masa kita borak panjang’ kata Farah Edora bagi menamatkan ceritanya bagi menjalankan kewajipannya di pejabat pada hari itu.

Faizal dan Puan Intan meneruskan tugasan mereka manakala Hussin masuk ke bilik Farah Edora bagi menghantar fail-fail. Faizal merupakan Pembantu Operasi di pejabat itu. Ia telah berkhidmat selama tiga tahun di pejabat itu. Ia di tugaskan bagi memandu kenderaan pejabat, menghantar surat-surat, membantu tugas-tugas kerani dan menyelia peralatan pejabat. Sekembalinya di pejabat itu menambahkan kekecohan dan keceriaan. Setiap kali kelibatnya ada di pejabat, akan adalah pelbagai cerita dan jenaka yang akan di persembahkan.

‘Kak, Siti mana’ tanya Faizal kepada Puan Intan yang sedang asyik menaip sesuatu di komputernya.

‘Siti dah bersalinlah Zal’ jawab Puan Intan.

‘Dah bersalin, anak apa?’ tanya Faizal lagi.

‘Perempuan’ jawab Puan Intan sambil tangannya mengetuk-getuk komputer jenama ‘HP’nya itu.

‘Kesian suami dia, tak pasal-pasal kena puasa 100 hari’ kata Faizal sambil menghampiri meja Puan Intan.

‘Ah, kau orang jantan ni tak da fikir lain ke’ usik Puan Intan kepada Faizal yang berdiri di sebelahnya.

‘Mestilah kak, kita orang lelaki kena fikir pasal tu. 100 hari kena puasa merana badan dibuatnya, betul tak Sin’ kata Faizal lagi sambil mengajukan soalan kepad Hussin yang baru keluar dari bilik Farah Edora.

‘Eh tolong sikit, mak tak tahu tu semua sebab mak belum khawin lagi’ jawab Hussin sambil jari telunjuknya digoyang-goyang ke arah Faizal.

‘Ha ah, lupa lak aku kau belum khawin ha Sin’ kata Faizal lagi sambil mengajuk-ajuk perlakuan Hussin.

‘Ha Sin, Cik Farah Edora tu kan bujang, apa lagi kau ‘tekel’ lah dia’ usik Faizal.

‘Hotak kau, diakan bos aku,mana boleh’ jawab Hussin sambil tangannya mencubit pinggang Faizal dengan lembut hingga menyebabkan ia kegelian.

‘Selamat pagi’ tutur suara lembut dari seorang gadis yang berdiri di depan meja Puan Intan.

‘Selamat pagi, ada apa dek’ tanya Puan Intan membahasakan diri.

‘Saya Hazilah bte Bajuri nak melaporkan diri’ jawab gadis itu sambil menghulurkan surat kepada Puan Intan.

Puan Intan mempersilakan gadis bernama Hazilah itu duduk dan menyemak surat yang diberikan kepadanya. Gadis itu adalah pekerja baru yang ditawarkan bekerja di pejabat itu sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (ICT). Jawatan itu merupakan jawatan baru yang diwujudkan di pejabat itu bagi mengendalikan rangkaian lama webb pejabat dan peralatan komputer. Hussin dan Faizal begitu khusyuk memerhatikan anggota baru di pejabat mereka sehinggakan tersentak bila di tegur oleh Encik Hakimi yang meminta fail daripada Faizal.

‘Tengok apa Faizal, Sin’ tanya Encik Hakimi.

‘Bos, awek baru tu, mantep’ jawab Faizal. Faizal tidak kekok untuk bercanda dengan Encik Hakimi kerana ia tahu atasannya itu seorang pegawai yang ‘sporting’ dan mesra.

‘Kau ni Faizal pantang nampak dahi licin, lupa anak bini kat rumah’ usik Encik Hakimi lagi.

‘Orang lelaki kan boleh kawin empat bos, yang kat umah kat umah’ jawab Faizal sambil tersenggeh pada Hussin.

‘Ha, Sin kau pandang budak tu macam nak telan aje aku tengok’ usik Faizal pada Hussin yang dilihat begitu asyik melihat gadis itu tanpa bisa mengungkap apa-apa bicara.

‘Ha gila kau, entah-entah bini orang’ kata Hussin sambil mencuit bahu Faizal.

Encik Hakimi berlalu meninggalkan Faizal dan Hussin yang leka memerhatikan pegawai baru di pejabat itu. Hakimi sempat mengerling ke arah pekerja baru yang pasti akan ditemuinya selalu. Bagi Hakimi walau secantik manapun pekerja baru atau gadis-gadis di Malaysia ini namun pandangannya hanya terarah pada satu wajah yang telah menyentap jantung hatinya. Dan yang pasti, buat ketika itu tiada siapa walau semanis Lisa Surihani akan dapat mencuri hatinya. Hatinya kini telah dimiliki dan memiliki.

Sekitar jam 10.15 pagi, kelihatan Hakimi melangkah keluar dari biliknya untuk menuju ke pintu keluar pejabat. Farah Edora yang sedang menyemak fail-fail yang di berikan oleh Hussin sempat memerhatikan peristiwa itu. Hatinya terdetik berkata sendiri kemanakan gerangannya menyebabkan sang jejaka di bilik sebelahnya begitu tergesa-gesa keluar dari pejabat. Hasutan syaitan mula menusuk ke kalbu Farah Edora yang menerbitkan rasa sakit di hati, cemburu di mata dan bercelaru di fikiran. Farah Edora berhenti dari membuka helaian kertas pada fail putih yang di pegangannya untuk termenung sejenak. Seperti ingin di keluarkan titisan air mata yang telah begitu lama bergenangan namun di pertahankan demi menjaga maruah diri agar tidak di ketahui oleh rakan-rakan di pejabat.

‘Faizal, awak ada ke mana pagi ni’ tanya Farah Edora kepada Faizal yang sedang membuat salinan pendua dokumen pejabat di mesin fotostat.

‘Tak ke mana Cik Farah, kenapa nak ajak saya jalan-jalan ke?’ jawab Faizal sambil sempat mengusik bekas rakan sekolahnya yang kini menjadi atasnya Farah Edora binti Johari.

‘Boleh tak awak hantarkan saya ke Kulaijaya’ kata Farah Edora lagi.

‘Boleh, boleh, tak da hal punya. Bila Cik Farah, pagi ni, petang, malam, saya sedia berkhidmat ’ jawab Faizal meleret-leret.

Puan Intan hanya menggelengkan kepala melihat perlakuan Faizal. Ia hanya mampu tersenyum atas gelagat Faizal yang suka mengusik rakan sekerja tanpa mengira siapa. Itulah kelebihan Faizal, ia tidak kekok dan malu untuk mengusik yang menyebabkan keadaan pejabat akan menjadi riuh rendah. Topik yang sedikit berbaur kelucahan tidak melampau seringkali menjadi intipati hujahnya. Rakan-rakan terutamanya Siti Mahriza pasti akan tergelak besar bila mendengar cerita yang di sampaikan.

‘Kau ni masuk raja lawak aje lah Zal’ kata Hussin pada suatu ketika sebelum Faizal cedera kerana kemalangan.

10.45 pagi Farah Edora keluar dari pejabatnya untuk menuju ke destinasi yang telah dihajati. Dalam perjalanan menuju ke tapak projek pembinaan Johor Prima Outlet (JPO) di daerah Kulaijaya, Farah Edora menghabiskan masa berbual-bual dengan rakan yang selalu menganggunya semasa di sekolah iaitu Faizal bin Tahiruddin. Farah Edora tahu bahawa Faizal telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Farah Edora juga tahu isteri Faizal bekerja sebagai pendidik di Maktab Sultan Abu Bakar (English College ) Johor Bahru. Farah Edora juga telah tahu Faizal tinggal di mana dan memandu kenderaan apa untuk ke pejabat. Itulah kehebatan lelaki, mereka tidak segan silu untuk memberitahu segalanya tentang mereka. Bagi kaum Adam ini, jika ada sang gadis yang masih meminati atau tertarik pada mereka yang telah ketahuan statusnya, siapa yang harus di persalahkan.

Di tapak projek pembinaan JPO, Farah Edora terus ke bahagian dalam bangunan. Encik Hakimi yang telah sampai lebih awal kelihatan sedang memberi arahan kepada kontraktor yang sedang membuat kerja-kerja. Farah Edora memberi ucap salam kepada Encik Hakimi dan selamat pagi kepada kontraktor berbangsa cina. Faizal diarahkan balik ke pejabat oleh Hakimi dan Farah Edora akan pulang bersamanya.

Selesai memberi arahan dan melawat sekitar tapak projek itu, Hakimi dan Farah Edora beredar untuk pulang ke pejabat. Sepanjang perjalanan Farah Edora hanya mendiamkan diri dan hanya Hakimi yang rancak berbual. Riak wajahnya yang sentiasa ceria dan memancarkan sinar yang indah mendukakan hati Farah Edora. Mahu saja rasanya Farah Edora menjerit sekuat hati, namun ketinggian harga diri menghalang dari mulutnya melontarkan kata-kata yang bias menyakiti hati orang lain. Farah Edora masih ingat lagi akan pesanan mamanya agar menjaga tatalaku dan bicara agar tidak menyinggung hati orang lain walau serendah manapun taraf orang itu. Baginya biarlah hatinya terluka asalkan hati orang lain terpelihara.

‘Ha, Farah kenapa senyap aje ni, ada masalah ke?’ tanya Hakimi bila memerhatikan Farah Edora sepi tanpa bicara.

‘Takdalah Encik Hakimi, biasa aje. Cuma tengok ada orang tu lain macam aje sekarang’ jawab Farah Edora pendek.

‘Sapa, saya ke awak maksudkan’ tanya Hakimi sambil menduga soalan Farah Edora.

‘Sapa makan gula rasalah manisnya’ kata Farah Edora mengusik.

‘Lain macam aje bunyi bidalan tu Farah. Saya macam biasa ajelah Farah tak berubah apa pun, cuma sekarang..’ jawab Hakimi dengan jawapan yang diakhiri persoalan.

‘Cuma sekarang hati telah dimiliki’ kata Farah Edora menyambung kata akhir Hakimi.

Hakimi hanya mampu tersenyum tanpa dapat berkata apa-apa lagi. Rahsianya seperti hampir pecah dan terungkai. Jika ia seorang selebriti tentu ceritanya akan tersebar di laman-laman webb, blog dan akhbar tempatan. Hati Farah Edora bertambah luluh bila melihat senyuman yang begitu menyakitkan jiwanya. Naluri seorang wanitanya begitu terasa sedih, pilu dan hiba. Mahu sahaja ia meminta Hakimi memberhentikan ia di tepi jalan dan pulang sendirian ke pejabat. Namun ia perlu berhati-hati agar Hakimi tidak mengesyaki sesuatu. Jika tidak tentu Hakimi akan tahu bahawa syaitan telah membisikkan rasa cemburu, sakit hati dan kecewa yang amat sangat pada orang yang tidak tahu bahawa ia ada menaruh hati dan kasih kepadanya.

Pada kebiasaan bila keluar bersama ke lokasi tapak projek, Hakimi dan Farah Edora akan singgah di mana-mana restoran tanpa bintang untuk makan tengahari. Namun kini, situasi begitu tidak berlaku lagi. Hakimi kenyang kerana telah bersarapan bersama orang yang telah mencuri hatinya dan sentiasa kenyang dengan santapan cinta bersulam kasih. Lain bagi Farah Edora, ia memang amat lapar kerana tidak sempat bersarapan semasa ke tapak projek di Kulaijaya. Nasi goreng mamanya yang dijamah pada pagi sebelum ke pejabat sahajalah yang menjadi pengalas perutnya. Namun kini ianya telah hilang menjadi darah daging dan perlu di jana kembali bagi mengembalikan tenaga.

Bangunan terbengkalai umpama gajah putih yang terletak di sebelah kiri lebuhraya kulai/Johor Bahru menjadi saksi rasa hiba dan kelaparan Farah Edora.


bersambung de' episod 15.....

Saturday, December 24, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 13

sambungan dari episod 12..

Episod Tiga Belas……

Johor Bahru 2009….

Pagi-pagi lagi Hakimi telah berada di pejabatnya. Hakimi perlu menyemak semua laporan-laporan yang telah di hantar oleh Farah Edora kepadanya sebelum di bentangkan dalam mesyuarat dengan Pengarah Syarikat Ashraf Properties yang biasanya di adakan pada hujung bulan. Sambil menyemak-yemak helaian-helaian kertas yang terbentang di atas mejanya, Hakimi tersenyum keseorangan. Walaupun tugasannya itu memerlukan penumpuan dan permerhatian yang jitu, Hakimi tidak dapat lari dari perasaannya yang tiba-tiba bergelora. Farah Edora yang baru tiba pada pagi itu begitu kaget dengan kehadiran Hakimi yang mendahului dirinya dan pekerja-pekerja yang lain. Waktu bekerja yang sepatutnya bermula jam 9.00 pagi, tapi telah di awali oleh Hakimi sejak jam 8.00 pagi lagi.

Rakan-rakan setugas Farah Edora tidak hairan dengan perlakuan Hakimi kerana perkara itu biasa dilakukan. Di mana jika ada keperluan dan tugasan yang perlu di segerakan, pekerja syarikat itu tahu bahawa Encik Hakimi pasti akan datang awal dan pulang lewat. Komitmen kerja yang ditunjukkan menjadi dorongan kepada pekerja yang lain bagi meningkatkan prestasi kerja dengan lebih berdaya saing.

`Biasalah tu Cik Dora’ tegur Hussin kepada Farah Edora sambil meletakkan fail di meja boss kecilnya itu.

Farah Edora tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala. Dari kejauhan ia memerhatikan Hakimi masih tersenyum sambil tangannya menulis sesuatu. Dinding antara biliknya yang hanya di pisahkan dengan kepingan kaca membolehkan ia melihat apa yang berlaku di bilik Hakimi walaupun dalam skop yang terhad. Hati Farah Edora berdetik berkata ;

‘apa yang menyebabkan Hakimi begitu bahagia pagi ini’

‘Adakah aku yang menjadi penyebab kegembiraannya itu’

Tiba-tiba situasi Hakimi menjadi tanggungjawab Farah Edora pula untuk memikirkannya walaupun tanpa di pinta oleh pemiliknya atau orang lain. Farah Edora seperti terlalu ingin tahu apa yang mengembirakan Hakimi. Hari itu dilalui oleh Farah Edora dengan perasaan sepenuhnya ingin tahu dan ingin tahu. Ketiadaan peluang untuk bersama Hakimi disebabkan tiada tugasan luar menyukarkan Farah Edora untuk menyelongkar tentang perasaan bahagia yang teramat di alami oleh Hakimi. Timbul pula perasaan cemburu di sanubari Farah Edora. Ia tidak tahu mengapa perasaan itu begitu meluap-luap terpancar. Farah Edora yang telah menghantar laporan untuk di semak oleh Hakimi terpaku sejenak tanpa bisa membuat apa-apa kerja akibat mengenangkan situasi yang terpaksa ia alami. Nasib baiklah Farah Edora tinggal sendirian di dalam bilik. Jika bertugas seperti pekerja lain di ruangan yang dekat antara satu sama lain, situasi yang dialaminya pasti akan di hidu oleh rakan-rakan lain. Biliknya menjadi penyelamat dirinya.

`Siti, kau perasan tak kat bilik-bilik di depan kau’ kata Puan Intan kepada Siti yang sedang duduk di depan mejanya.

`Kenapa Kak’ tanya Siti Mahriza sambil tangannya menekan-nekan perutnya kerana ada pergerakan mahluk di dalamnya.

`Tu ha, aku tengok si jejaka dalam bilik sebelah itu asyik tersenyum aje sambil buat kerja. Tapi si gadis di sebelah muka tension dan macam tak gembira’ jawab Puan Intan sambil mulutnya memuncung panjang menghala kea rah bilik-bilik di depan mereka. Jarak antara mejanya yang agak jauh daripada bilik Hakimi dan Farah Edora menyebabkan perlakuannya itu tidak dilihat.

`Ah ahlah Kak, kenapa he, Gaduh ke? Tanya Siti Mahriza lagi yang telah mula perasan apa yang Puan Intan perasan.

`Akak ni cekap betullah he, Siti dari tadi tak perasan pun’ sambung Siti Mahriza lagi.

Puan Intan hanya tersenyum mendengar tutur kata Siti Mahriza yang percakapannya melaju semacam umpama kereta kancil yang terbabas ke tepian pantai Lido. Pengalaman kerja yang lama mematangkan pemerhatian Puan Intan. Namun begitu situasi gembira dan hiba serentak dari dua manusia berbeza membingungkannya. Bagi Puan Intan jika pegawai atasnya bersengketa tentu kedua-duanya bermasam muka.

`Alah, Kak Intan, Siti jangan le sibuk kat di orang tu. Diorang nak gaduh ke nak kawin ke biarlah’ sampuk Hussin yang datang melenggang lengguk sambil membawa secawan air yang tertulis perkataan Nescafe di luar cawan berwarna merahnya.

`Ah, kau sibuklah Hussin. Kau orang jantan mana tahu semua tu’ kata Siti Mahriza lagi sambil mencubit kecil di pinggangnya. Hussin menjerit kesakitan akibat cubitan dari tangan halus Siti Mahriza.

`Kau ni Siti kan tengah mengandung. Buat-buatlah baca Quran ke, kitab-kitab ke atau buku-buku ilmiah, biar anak yang lahir nanti jadi Soleh atau Soleha bukan sebaliknya’ usik Hussin lagi umpama seorang Imam Muda menyampaikan syarahan kepada qariah di surau.

Siti Mahriza hanya tersenyum sinis kepada Hussin yang sememangnya ia tahu suka membebel dan mengusiknya. Bagi Siti Mahriza dan pekerja-pekerja lain, Hussin seperti pak lawak yang bertanding dalam Maharaja Lawak di Astro yang akan sentiasa menceriakan suasana di dalam pejabat itu. Ketiadaannya menyebabkan keadaan pejabat menjadi suram dan hambar. Perkara itu pernah berlaku ketika Hussin bercuti panjang kerana melancung ke China selama satu minggu. Keadaan pejabat mereka umpama pasaraya yang hendak ditutup akibat ketiadaan pelanggan yang datang. Pekerja lain tidak mempunyai kemahiran dalam bercanda. Ada yang cuba untuk menjadi pak lawak tapi gagal.

Situasi yang begitu menyeksakan bagi Farah Edora dan amat membahagiakan bagi Hakimi mengakhiri hari bekerja pada hari itu. Farah Edora terus pulang selepas dua minit waktu wajibnya berlalu, manakala Hakimi masih terperap di dalam biliknya. Wajah ceria masih terukir di muka Hakimi walau waktu kerja telah berakhir. Hari itu, Farah Edora seperti telah hilang dari ingatan Hakimi. Fikirannya melayang jauh entah ke mana. Hakimi tersandar sebentar di kerusi sambil kedua-dua tangannya mengetuk-getuk mejanya yang di perbuat dari kayu jati buatan Indonesia dari gred A.

Hakimi hanyut. Dirinya di rasakan berada jauh dari negeri Johor dan juga jauh dari Malaysia. Ia seolah-olah berada di Menara Aifel, Paris. Di sana kelihatan menanti seorang gadis. Gadis itu berdiri terpaku menunggu kehadirannya walaupun ia telah terlalu lewat hadir. Kesabaran yang begitu agong yang ditunjukkan oleh gadis itu meruntum jiwa Hakimi. Tidak pernah dalam hidupnya dirasakan sebegitu gembira dan bahagia. Kesejukan udara di persekitaran tidak menghalangnya untuk hadir di situ bagi menemui orang yang menunggunya.


25 disember 2009

Johor Bahru.

Farah Edora yang baru sampai dari Kuantan, Pahang sekitar jam 3.00 petang setelah tamat menghadiri kursus di sana terus ke ruang tamu rumahnya bagi membantu kakak serta mamanya mengemas rumah. Setiap sudut di rumahnya perlu kelihatan kemas dan bersih kerana keesokkan harinya bakal berlangsung suatu majlis pertunangan. Pertunangan yang pasti bukan milik Farah Edora dan Farah Ain. Pertunangan anak sulong Puan Maimunah dan Encik Johari dengan lelaki yang diterima oleh si pemilik diri dan keluarga. Tanggal 25 disember yang merupakan hari kebesaran orang kristian kerana menyambut Hari Krismas menjadi hari bersejarah buat Farah Atillia. Lama masa di ambil bagi mengisi kekosongan di ruang hati akibat di khianati oleh lelaki terdahulu yang meninggalkannya.

Farah Edora dan kakaknya Farah Ain begitu gembira kerana kakaknya sulong mereka akan memulai hari-hari bagi mengakhiri zaman bujangnya. Dengan pertunangan Farah Atillia memudahkan bagi Farah Edora dan Farah Ain bagi menjejakinya pula.

`Angah, bila pulak’ tanya Farah Edora pada angahnya yang sedang memasang langsir di bilik kakak sulong mereka.

Farah Ain hanya tersenyum lebar tanpa menjawab pertanyaan adiknya Farah Edora. Bagi Farah Ain ia tidak menolak jika ada jejaka melamarnya. Yang penting baginya jejaki itu mestilah ia kenali, telah awal mengenali dan diterima oleh keluarga. Buat masa itu memang sudah ada kaum Adam yang telah lapan puluh peratus mengisi ruang hatinya. Farah Ain masih merahsiakannya dari keluarga kerana tak mahu mereka mendesak yang membuatkan ia lemas.

Farah Atillia pula begitu sibuk menyiapkan hantaran yang bakal di berikan kepada wakil rombongan dari pihak lelaki. Ia perlu menyiapkan sebelas jenis barang-barang antaranya kemeja dan seluar jenama Bonia, Kasut warna hitam jenama Bonia, Seutas jam tangan jenama Bonia dan lain-lain lagi sebagai balasan dari pihak lelaki. Biasanya pihak lelaki akan memberi hantaran kurang dari pihak perempuan. Jika pihak perempuan memberi hantaran sebelas dulang bermakna pihak lelaki akan memberi hantaran sekitar lima hingga sepuluh dulang.

Dalam adat melayu, acara pertunangan masih menjadi keutamaan dan di pegang teguh oleh masyarakat melayu. Biasanya sebelum acara pertunangan dilangsungkan terlebih dahulu akan berlaku acara merisik. Dewasa ini acara merisik dilakukan oleh kedua ibu bapa kaum lelaki. Ini berbeza pada era lapan puluhan, di mana acara merisik di uruskan oleh saudara terdekat atau wakil dari kejiranan keluarga lelaki. Kedua-dua ibu bapa lelaki lebih suka datang sendiri merisik bagi mendapat kata putus segera dan melihat sendiri calon isteri anak mereka serta keluarga perempuan.

Dalam acara pertunangan, saudara terdekat biasanya menjadi wakil rasmi ibu bapa kaum lelaki. Sebelum mereka bertandang ke rumah keluarga perempuan segala syarat dan permintaan telah diperjelaskan dengan terperinci kepada ketua wakil bagi menyampaikan sepenuhnya hajat mereka. Kalau dahulu, acara pertunangan begitu indah kerana setiap kata-kata sering di sulami dengan pantun dan kata manis. Namun kini sukar mencari orang yang mampu berpantun dengan baik. Jika ada hanya pantun dua kerat.

Johari dan Maimunah berpandangan. Jauh disudut hati mereka memanjatkan kesyukuran ke hadirat illahi kerana membuka pintu hati anak sulong mereka untuk berkahwin. Mereka tidak pernah memaksa dan mendesak Farah Atillia untuk segera berkahwin. Bagi Johari dan isteri, anak-anak harus diberi pilihan dan masa bagi memikirkan suatu perkara yang begitu penting dalam hidup mereka iaitu berumahtangga. Perkahwinan bukan merupakan suatu perkara yang mudah untuk diputuskan. Ia melibatkan bukan sahaja dua manusia berlainan jenis tetapi juga dua keluarga. Johari dan isteri merestui pilihan anaknya kerana mereka tahu Farah Atillia tahu apa yang terbaik buatnya dan terbaik buat keluarga.

“ Selamat Bertunang “ mesej dari telefon bimbit jenama samsung seseorang yang pernah mengenali Farah Atillia keluar di muka telefon blackberry nya.


bersambung d' episod 14.....

Sunday, December 4, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 12

Episod Dua Belas……

sambungan dari episod 11.....


2010-Brisbane, Australia…

24 Mei 2010.


Farah Edora mengemaskan pakaian yang di bawanya dan dimasukkan ke dalam beg berodanya. Ia melihat jam ditangan. Tindakannya semakin cepat dan pantas. Selesai berkemas, ia merapikan diri di hadapan cermin. Selesai merapi diri ia menarik begnya kemuka pintu. Ia berhenti sejenak bagi melihat sekitaran dalam bilik hotel agar tiada barang-barang yang ketinggalan kerana jika ada barang yang tinggal entah bila pula ia akan dapat di ambil semula. Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane merupakan destinasi yang dituju sebelum ke destinasi sebenarnya iaitu rumahnya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Sampai di Lapangan Terbang Senai pada sekitar jam 8.00 malam, Farah Edora tergesa-gesa berjalan menuju ke pintu balai berlepas untuk mencari teksi bagi pulang. Sedang asyik berjalan sambil menarik begnya, Farah Edora di sapa oleh seseorang dari sebelah kiri belakangnya. Farah Edora terus berjalan dan kedengaran suara yang memanggilnya semakin kuat. Farah Edora berhenti sejenak dan berdiri tegak. Ia amat kenal dengan suara yang memanggilnya. Suara itu datang dari hati naluri seorang manusia berjantinakan lelaki tulin.

`Daus’ keluar satu nama dari hati naluri seorang manusia berjantinakan perempuan bernama Farah Edora.

Farah Edora tidak berani untuk menoleh ke belakang. Hatinya bercampur gaur antara kesedihan dan kegembiraan. Sedih sudah termaklum tapi gembira tak tahu kenapa.

Dalam pada itu, lelaki yang memanggilnya telah berada betul-betul disebelahnya. Lelaki itu berdiri seiring dengannya. Kepalanya dipusingkan ke arah kanan dan matanya tepat memandang sisi muka perempuan yang telah begitu lama hilang dari pandangannya. Mereka berpisah setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sejak itu tidak pernah bersua muka dan bertukar kata.

`Dora’ tegur lelaki bernama Firdaus Hambali bin Razali.

Farah Edora tidak berkata apa-apa hanya memusingkan kepalanya ke arah Firdaus dan memberikan senyuman seadanya. Firdaus memerhati sepuasnya wajah perempuan yang memandangnya tanpa berkata-kata lagi. Suaranya juga seperti sudah hilang di telan deruan bunyi enjin kapal terbang Air Asia yang baru melabuhkan pesawatnya ke landasan di Lapangan Terbang Senai itu.

`Daus apa khabar’ tutur Farah Edora dengan lembut.

`Alhamdulillah baik, Dora pulak apa khabar’ jawab Firdaus dengan muka yang manis.

`Baik sekali’ jawab Farah Edora ceria.

Mereka berdua saling berpandangan dan senyum puas kerana telah dapat bersua setelah sekian lama terpisah oleh perjalanan masa yang tak mungkin akan berundur. Disebabkan penumpang yang ingin menaiki teksi seperti mereka berdua ramai, Firdaus dan Farah Edora mengambil keputusan untuk duduk dibangku menunggu yang disediakan di situ. Sambil duduk, mereka berbual panjang. Suara tawa mengiring sepanjang perbualan mereka. Kesedihan yang dibawa oleh Farah Edora dari Brisbane seperti sudah hilang dan terbang bersama kapal terbang yang membawa ia pulang.

Pergi hiba, datang cinta.


Johor Bahru 2009……..


Hakimi dan Farah Edora berhenti sejenak di Restoran Singgah Selalu di persisiran pantai Lido bagi menikmati makan tengahari kerana masa makan tengahari telah sampai. Farah Edora hanya mengekori Hakimi kerana seniornya di pejabat dan juga atasnya itu tempat ia menumpang kenderaan pada hari itu. Hakimi mengambil meja yang terletak di bahagian dalam kerana ia berhawa dingin dan lebih selesa. Kepanasan yang meluap-luap semasa berkunjung ke tapak projek perumahan membuatkan Hakimi memilih ruang itu bagi merehatkan badan untuk makan tengahari. Hakimi tidak risau untuk makan berduaan dengan Farah Edora kerana tiada wanita bergelar isteri yang akan marah dan perempuan yang dipanggil kekasih untuk cemburu kerana ia belum memilik kedua-duanya.

Hakimi di usia yang sepatutnya telah dimiliki dan mempunyai zuriat masih menangguhkan hasratnya. Ia tidak tahu bilakah akan menamatkan zaman bujangnya. Soal kerjaya, rumah dan wang ringgit tidak menjadi halangannya. Dengan jawatan yang dimiliki tidak memungkinkan pasangannya akan hidup susah dan kelaparan. Ia ada segalanya. Tapi yang sepatutnya ia ada seperti telah hilang sebelum ia inginkan. Ibunya di kampung sering kali bertanya membuatkan Hakimi seperti malu untuk pulang dan sering member alasan untuk tidak kerap pulang agar persoalan yang sama tidak diajukan oleh ibunya dan keluarganya di kampung.

`Encik Hakimi, maaf saya tanya sikit boleh’ kata Farah Edora ketika sedang asyik menyuap nasi berlaukkan gulai lemak ikan kering, sayur kerabu dan sotong masak sambal. Hakimi hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju menerima soalan yang ingin diajukan oleh Farah Edora yang makan di meja empat segi dan duduk di hadapannya.

`Encik Hakimi, isteri encik tak marah ke saya makan dengan encik berdua ni’ kata Farah Edora dengan nada berani. Soalan itu sebenarnya amat berat dan takut untuk Farah Edora ajukan kepada Hakimi. Namun demi menjaga hati manusia sekaumnya ia beranikan diri.

Sambil tersenyum Hakimi menjawab.

`Farah, tiada wanita bernama isteri yang akan marah atau cemburu kerana ia belum hadir dalam hidup saya’.

Farah Edora sedikit terperanjat dan lega. Pada pandangannya yang masih muda, Hakimi dirasakan telah lama berkeluarga dan mungkin telah memiliki dua orang anak. Farah Edora juga menjangkakan Hakimi mempunyai seorang isteri yang cantik dan menawan serta bertudung.

`Jangan takutlah Farah, ke awak yang takut ada somebody look us’ Usik Hakimi sambil memerhatikan tepat ke wajah Farah Edora yang berhenti makan. Farah Edora tersipu malu.

`Saya baru aje kerja encik Hakimi, mana ada boy friend lagi’ tutur Farah Edora sambil tergelak kecil.

`Ia ke, setahu saya budak-budak sekolah sekarang, baru tingkat empat atau lima dan ada pak we. Inikan pulak awak yang cute ni ’ kata Hakimi lagi.

`Masa sekolah tu, cinta monyet aje, encik Hakimi’ jawab Farah Edora lagi.

Hakimi dan Farah Edora sama-sama tergelak kecil. Gelagat mereka di perhatikan oleh pelanggan yang berada bersebelah dan ianya tidak dihiraukan oleh mereka.

Selesai makan tengahari mereka segera berangkat pulang ke pejabat. Sebelum sampai di pejabat Hakimi berhenti sejenak di Masjid Sultan Abu Bakar untuk solat zuhur. Farah Edora yang tidak boleh solat, hanya menunggu di dalam kereta sambil melihat keindahan Masjid Sultan Abu Bakar. Farah Edora keluar sebentar untuk melihat dengan lebih dekat seni bina masjid itu. Menurut cerita datuknya, Masjid tersebut di bina dengan menggunakan telur ayam. Putih telur dijadikan sebagai plaster untuk menutupi batu-batu di seluruh dinding-dinding. Bila dilihat dengan lebih dekat, Farah Edora yang begitu akrab dengan dunia seni bina amat percaya dengan cerita datuknya. Baginya perkara itu tidak mustahil kerana orang-orang zaman dahulu kala memang terkenal dengan ketekunan dan keajaiban. Jika tidak masakan terbinanya Peramid di Mesir, Taj Mahal di India, Tembok Besar di China, Chandi Brobodour di Indonesia dan banyak lagi binaan ajaib di seluruh dunia. Kedudukan Masjid Sultan Abu Bakar yang terletak di atas bukit dan menghadap Pantai Lido serta Singapura begitu indah sekali. Udara yang nyaman dari tiupan angin Selat Tebrau mengkhayalkan sejenak pengunjung yang datang untuk solat dan melawat. Pada hari cuti pada Sabtu dan Ahad, ramai pengunjung baik dari dalam dan luar negeri yang datang berkunjung ke Masjid Sultan Abu Bakar itu. Kesibukan penjual-penjual lukisan, kraf dan sejadah menceritakan segalanya.

Di pejabat, Farah Edora telah di minta membuat laporan berhubungan dengan projek perumahan yang di lawat bersama Hakimi. Laporan perlu di berikan kepada pengarah untuk di bawa ke dalam mesyuarat bulanan pejabatnya. Untuk itu, Farah Edora sekali lagi memerlukan khidmat Hussin untuk membantunya menyediakan laporan mengikut format terdahulu. Farah Edora di beri masa dua hari oleh Encik Hakimi bagi menyediakan laporan tersebut. Sebagai Arkitek Kanan pejabat itu, Hakimi perlu menyemak terlebih dahulu semua laporan sebelum di majukan kepada pengarah.

Hari-hari berlalu mematangkan Farah Edora pada setiap tugasan dan langkahnya. Tunjukajar yang diberikan oleh Hakimi banyak membantunya yang masih mentah dan muda. Banyak ilmu baru tentang pekerjaan sebenar yang diperolehi. Ilmu yang dipelajari hanya menyumbang lima puluh peratus dan selebihnya adalah apa yang ditempuhi dalam realiti sebenar. Kerja bagi Farah Edora amat berbeza dengan belajar. Belajar untuk tahu, tapi kerja untuk beri tahu.

Hakimi dan Farah Edora sering kelihatan berdua kerana perlu ke luar pejabat bagi melawat tapak pembinaan. Disebabkan Farah Edora masih belum memiliki kereta, maka kereta Hakimilah yang menjadi kenderaan rasmi Farah Edora untuk ke tapak. Keakraban mereka telah dicemburui oleh Norita setiausaha pejabat yang telah lama menaruh hati pada encik Hakimi. Empat tahun Norita memasang umpan, namun tidak mengena. Jika dilihat dari mata kasar, Norita walaupun tak secantik Neelofa, tapi punya daya tarikan yang tersendiri. Pedih terasa di hati Norita bila kerapkali melihat Farah Edora dan Hakimi seiringan keluar dan masuk ke pejabat. Norita walaupun mencemburui Farah Edora dan Hakimi, namun ia tidak pernah menunjukkan perkara itu kepada rakan-rakan di pejabat. Namun perkara itu dapat dihidu oleh Puan Intan yang seringkali terlihat perubahan pada muka Norita bila melihat Farah Edora keluar bersama Hakimi. Pengalaman hidup yang lama dan telah berkeluarga menyebabkan Puan Intan dapat mengetahui perkara itu.

`Belum balik lagi Farah’ tegur Hakimi bila melihat Farah Edora masih tekun menaip sesuatu di komputer di atas mejanya pada suatu petang selasa kira-kira jam 5.40 petang.

`Oh, Encik Hakimi. Saya lambat sikit balik sebab nak selesaikan laporan’ jawab Farah Edora pendek sambil meneruskan taipannya.

Hakimi menghampiri meja Farah Edora dan duduk di kerusi di depan meja.

`Farah, kerja ni kalau nak di ikutkan sampai bila-bila pun tak habis. Berhentilah dulu, esokkan masih ada’ usik Hakimi sambil tangannya mengetuk-getuk kecil meja Farah Edora.

Farah Edora berhenti menaip dan memandang tepat ke muka Hakimi. Hakimi tenang dan tersenyum kecil.

`Encik Hakimi, saya ni kalau kerja tak siap, kat rumah nanti nak makan dan tidur pun tak lena’ kata Farah Edora membalas pantun Hakimi.

`Farah, Farah, awak ni macam……tutur Hakimi lagi dan dengan tiba-tiba terberhenti pada ayat terakhirnya yang mengundang persoalan pendengarnya.

`Macam siapa Encik Hakimi’ tanya Farah Edora lagi.

`Oh……….., tak da lah Farah. Berani ke awak duduk sorang-sorang kat opis ni. Nanti kot-kot ada yang menegur baru tau’ Hakimi menjawab sambil mengelak bagi memberikan jawapan. Hakimi sebenarnya hendak menyatakan bahawa sifat diri Farah Edora yang tidak suka menangguhkan kerja sama seperti kawan baiknya dahulu semasa bersekolah menengah pada tahun 2001.

Farah Edora yang mendengar cerita separa seram encik Hakimi segera `shutdown’ komputernya dan mengemaskan mejanya untuk segera pulang. Hakimi yang telah bangun untuk beredar ketawa kecil melihat perlakuan Farah Edora.

`Encik Hakimi, saing lah’ panggil Farah Edora yang berlari-lari anak mengejar Hakimi yang telah mula berjalan ke arah pintu keluar.

Farah Edora akan pulang bersama kakaknya Farah Ain yang menunggu di tempat letak kereta. Hakimi pula tidak terus pulang kerana hendak ke Pustaka Buku di Plaza Angsana untuk membeli novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid.

`Lambat Dora’ kata Farah Ain bila Farah Edora selesai duduk di sebelahnya di tempat duduk hadapan kereta jenama Atos jenis automatik berwarna biru gelap. Farah Edora hanya mengangkatkan keningnya sambil mengoyang-goyangkannya dan berkata `biasa’ kepada kakaknya. Farah Ain yang telah membawa adiknya pulang sejak hari pertama Farah Edora bekerja memahami isyarat adiknya.

Farah Ain yang telah menamatkan pengajian di peringkat `master’ di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan undang-undang telah bekerja di firma guaman di Johor Bahru. Seperti kakak dan adiknya, Farah Ain juga lebih selesa menabur bakti dengan bekerja di negeri kelahirannya di Johor walaupun sebelum ini rela bekerja di mana-mana negeri di semenanjung.

`Angah, singgah Angsana jap, adik nak beli baranglah kat sana’ kata Farah Edora ketika perjalanan mereka telah melepasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Farah Ain hanya menganggukkan kepala, walaupun dimukanya terpancar sedikit kerutan kerana tingkah adiknya. Farah Ain sedikit marah kerana ia menunggu Farah Edora agak lama di kereta dan kini terpaksa berhenti pula untuk ke Plaza Angsana. Namun kemarahan itu hanya terungkap dalam hatinya dan tidak di luahkan. Farah Ain tahu sikap Farah Edora yang mudah merajuk bila di marahi. Sampai di Plaza Angsana, Farah Ain meletakkan keretanya di tempat letak kereta di bahagian luar bangunan berdepan dengan gerai-gerai makan yang terletak di aras bawah di luar bangunan Plaza Angsana. Di gerai itu majoriti peniaganya ialah orang melayu. Farah Ain tidak mengikut adiknya untuk ke bahagian dalam bangunan dan hanya duduk di gerai. Milo ais menjadi penghilang dahaga dan menyejukkan api kemarahan kecilnya.

Tiba-tiba sedang asyik menikmati milo ais, telefon jenama samsungnya berdering. Gemersik suara penyanyi Maria Carrey memanggil Farah Ain untuk membaca mesej yang dihantar oleh adiknya berbunyi;

"Agh, klu Agh nk lik dlu, liklh. Adk lmbt skt sbb jmp kwn kt kdi”

Api kemarahan kecil yang hampir sejuk oleh simbahan air milo ais kembali semarak dek perlakuan Farah Edora. Farah Ain segera menghabiskan milo aisnya untuk segera beredar. Ia bangun dan mula mengorak langkah ke keretanya.

`Ayu, Ayu’ tiba-tiba kedengaran dari kejauhan suara orang memanggil nama itu menangkap ke corong telinga Farah Ain.

Farah Ain yang tergesa-gesa berjalan tiba-tiba berhenti. Kakinya terasa berat dan kaku untuk bergerak ke depan. Badannya langsung tidak berdaya untuk berpusing ke belakang. Farah Ain begitu tersentak. Sudah sekian lama nama itu tidak di sebut oleh orang yang bersuara itu. Farah Ain tahu hanya seorang manusia dalam dunia ini dari kaum Adam yang memanggil nama itu untuk di tujukan kepadanya. Gementar seluruh tubuh Farah Ain. Di belakangnya dirasakan ada seseorang sedang menghampirinya dengan begitu cepat.

`Ayu’ kata tuan punya suara yang telah berada betul-betul di hadapan Farah Ain dengan penuh sopan.

Farah Ain terdiam dan memandang dengan tajam ke wajah tuan punya suara.

`Kim’ kata Farah Ain setelah lama terhenti bagaikan terkunci mulut oleh mangga besi.

Hanya tiga perkataan yang bisa diucapkan oleh Farah Ain. Farah Ain betul-betul terperanjat kerana tidak menyangka dapat bertemu kembali dengan lelaki yang pernah menjadi teman rapat (best friend) bukan `boy friend’ semasa di tingkatan lima Sekolah Menengah Sultan Ismail (SSI) Johor Bahru.

`Ayu, lama betul kita tak jumpa he’ kata Kim sambil mengukirkan senyuman yang begitu menyenangkan.

Farah Ain/Ayu hanya menganggukkan kepala dan tersenyum ikhlas kepada kawan lamanya Kim. Bermula saat itu perbualan adalah antara Ayu dan Kim.

Ayu dan Kim akhirnya mengambil keputusan untuk duduk di meja gerai di ruang tengah Plaza Angsana bagi melepaskan kerinduan masing-masing. Mereka berbual panjang. Perbualan yang di sulami dengan gelak tawa dan tangisan kecil. Farah Ain mengalirkan air mata kerana begitu gembira dapat bertemu dengan rakan lamanya Kim.

`Ayu, saya tak pernah lupa dan dapat melupakan awak walaupun sejauh mana saya pergi. Sejak kita berpisah setelah tamat tingkatan lima, saya cuba untuk menghubungi awak namun tak berjaya. Ayah saya selepas saya tamat menduduki SPM telah bertukar tempat kerja lagi kerana di naikkan pangkat. Kami sekeluarga berpindah ke Perak dan menetap di Bandar Ipoh selama tiga tahun lebih’ kata Kim panjang lebar bagi menjelaskan kepada Ayu yang begitu tekun mendengarnya bercerita.

Ayu masih tidak bercerita tentang kisahnya, tapi hanya tekun mendengar dan melihat wajah jejaka yang begitu lama tak bersua. Ia merasakan bagai berada di alam mimpi kerana masih tak percaya dapat bertemu dengan rakan lamanya itu.

`Kim, saya cuba cari awak dalam laman `facebook’, tapi tak pernah jumpa. Awak pakai nama apa ha? Tanya Ayu membuka bicara.

`Maaf Ayu, saya tak punya akaun dalam facebook’ jawab Kim pendek.

`Kalau saya ada akaun sejak dari dulu tentu kita dapat berjumpa lebih awal’ sambung Kim seperti menyesal kerana tidak membuka akaun di laman facebook.

Kim masih ingat di pejabatnya hampir semua kakitangan mempunyai akaun facebook. Pernah sekali setiausaha pejabatnya menyarankan agar ia membuka akaun, tapi Kim menolak dengan alasan laman itu membuang masa dan melekakan. Kini ia merasakan bahawa ia silap. Setiap kemudahan dalam teknologi banyak membawa munafaat kecuali orang yang mengambil kesempatan atasnya.

`Takpalah Kim, akhirnya kita jumpa juga’ jawab Ayu sambilan ketawa kecil.

Mereka menamatkan perbualan untuk pulang ke rumah masing-masing kerana waktu telah menghampiri malam. Farah Ain/Ayu perlu pulang segera sebelum maghrib agar tidak ditegur oleh mamanya. Sejak kecil hingga remaja Farah Ain dan adik beradiknya telah diberi ingatan bahawa mereka perlu pulang ke rumah sebelum senja. Pertemuan pertama itu membuka lembaran baru untuk mereka meneruskan tali persahabatan atau lebih dari itu. Status mereka yang masih teruna/dara dan belum ada apa-apa ikatan memberi restu untuk mereka berhubungan.

`Hai, Angah baru balik. Adik ingat dah sampai dulu’ tegur Farah Edora yang sedang mengusap-usap rambutnya yang panjang selepas selesai mandi bila melihat kakaknya masuk ke bilik.

`Angah ada hal sikit le’ jawab Farah Ain sambil tersenyum simpul.

`Hai, lain macam aje. Ada apa-apa ke ni’ soal Farah Edora lagi sambil menghampiri kakaknya.

Farah Edora merapati kakaknya dan mula mengeletek kedua-dua pinggang kakaknya hingga menyebabkan Farah Ain ketawa semaunya dan melarikan diri agar tidak di usik oleh adiknya. Farah Edora yang memang suka menyakat kakaknya masih tidak melepaskan rangkulannya hingga menyebabkan mereka berdua tercampak di atas katil. Keriuhan suasana itu menyebabkan pintu bilik mereka diketuk bertalu-talu oleh seseorang dari luar.

`Angah adik, kan dah nak maghrib ni, tak boleh diam sikit ke. Sikit lagi kan nak azan’ kata Farah Atillia dengan suara sedikit kuat bagi mengingatkan adik-adiknya.

Selepas makan malam Farah Ain terus ke kamarnya tanpa mengikuti berita jam 8.00 malam di TV3. Perlakuannya diperhatikan oleh Farah Edora. Farah Edora juga mengambil keputusan untuk ke kamarnya bagi mengacau kakaknya. Di kamar tingkat atas rumah milik kedua ibubapa Farah Edora kelihatan Farah Ain sedang duduk dimejanya sambil menunggu `signal’ untuk mengakses internet yang belum kunjung tiba.

`Hai, Angah tak tengok berita ke. Tak pernah-pernah lak duduk kat depan komputer awal-awal ni’ kata Farah Edora sambil mencuit bahu kiri kakaknya.

Farah Ain tidak menjawab hanya memandang wajah montel adiknya dengan jelingan tajam.

`Angah, ceritalah pasal petang tadi. Ceritalah’ usik Farah Edora lagi bagi mencungkil perkara yang disembunyikan oleh kakaknya. Farah Edora dapat merasakan bahawa kakaknya melalui suatu peristiwa yang indah pada petang ia ke kedai di Plaza Angsana. Kakaknya yang sepatutnya pulang awal darinya tapi lebih lewat menjadi bukti yang kukuh untuk ia mengesyaki bahawa kakaknya bertemu seseorang yang istimewa.

`Cerita apa’ jawab Farah Ain sambil ketawa kecil.

`Ha, Angah ketawa tu. Ini mesti ada cerita best petang tadi’ soal Farah Edora lagi.

Farah Ain akhirnya terpaksa mengalah dan bersetuju untuk menceritakan peristiwa yang berlaku tetapi dengan mengenakan syarat agar adiknya tidak menceritakan kepada ayah,mama dan kak long mereka. Farah Edora yang begitu teruja untuk mendengar cerita menerima segala syarat kakaknya.

Farah Ain menceritakan tentang sahabat lamanya semasa di tingkatan lima yang telah ditemui semasa dalam perjalanan ke kereta untuk pulang ke rumah. Farah Ain hanya memperkenalkan sahabatnya dari bani Adam itu sebagai Kim sahaja. Ia tidak memperkenalkan sepenuhnya nama sahabatnya itu kerana tak mahu di siasat oleh adiknya. Farah Edora tidak mempersoalkan tentang nama penuh jejaka itu kerana baginya pengakuan kakaknya bahawa ia telah bertemu dengan jejaka yang pernah menambat hatinya semasa di sekolah sudah mencukupi. Farah Edora puas.

`Adik, ingat janji kita, don’t talk talk ‘ kata Farah Ain mengingatkan adiknya.

`Don’t worry my dear ’ jawab Farah Edora sambil mencium pipi kakaknya.

`Angah, apa itu cinta’ tanya Farah Edora sambil duduk di sebelah kakaknya menggunakan kerusi bentuk bulat tanpa penyandar.

`Apa hal lak ni tanya pasal Cinta. Adik jatuh cinta ke’ jawab Farah Ain sambil mengerling ke arah adiknya.

`Tak da lah Angah. Kita ni kan dah menuju ke alam dewasa selepas meninggalkan alam remaja. Adik rasa dah masanya kita mengenal sebenar-benarnya apa yang dikatakan tentang cinta’ soal Farah Edora lagi.

Topik Cinta kini menjadi perbualan antara dua anak dara bersaudara. Farah Edora sememangnya tahu makna cinta dan erti cinta kerana ia boleh didapati dari kamus serta bahan-bahan rujukan. Namun yang ingin ia tahu ialah tenang falsafah cinta itu sendiri.

`Adik, bagi Angahlah cinta itu adalah perkongsian jiwa antara lelaki dan perempuan melalui ikatan yang suci iaitu perkahwinan. Tanpa perkahwinan cinta lebih banyak dusta. Biasanya dik, sebelum ada ikatan perkahwinan cinta diungkap kerana ingin mengambil hati, mengoda dan memuji luaran seseorang. Kaum lelaki biasanya akan menyatakan cinta pada perempuan cantik yang mereka kenali agar ia dapat memilikinya. Perempuan pula akan menyatakan cinta kepada lelaki yang disukainya agar lelaki itu tidak meninggalkannya’ jawab Farah Ain dengan panjang lebar seperti seorang pengulas ruang bicara hati di majalah.

`Wah, tinggi falsafah Angah tu’ kata Farah Edora dengan rasa bangga atas hujah kakaknya itu.

`Adik, adik pernah tengok tak ada pasangan yang sama cantik dan lawa tapi hidup mereka tak kekal lama. Kenapa? ‘ kata Farah Ain lagi sambil melontarkan persoalan yang perlu di jawab oleh Farah Edora.

`Mungkin mereka tiada keserasian dan kesefahaman tak’ jawab Farah Edora pendek.

`Pernah tak adik terbaca kisah lelaki yang handsome, lawa berkahwin dengan perempuan yang biasa-biasa sahaja tapi hidup mereka bahagia dan dikurniakan dengan zuriat yang ramai’ soal Farah Ain lagi tanpa mengulas jawapan adiknya.

`Adik tahu, mereka pasangan yang memahami antara satu sama lain, serasi dan dirahmati oleh Allah’ jawab Farah Edora dengan penuh yakin.

`Ha, pandai pun adik akak. Adik, apa yang Angah baca, pasangan itu berkahwin atas dasar suka sama suka. Sepanjang hidup mereka, mereka berkata mereka jarang dan sukar untuk menyatakan kata Cinta. Namun cinta mereka dizahirkan melalui perbuatan seperti saling memahami, bantu membantu, sanggup hidup susah/senang bersama dan saling hormati menghormati’ kata Farah Ain lagi.

`Jadi dik, janganlah mudah sangat mempercayai orang lelaki yang seringkali melafazkan kata cinta kepada kita. Cinta mereka mungkin kerana kita cantik, mengoda dan menguntungkan mereka’ ujar Farah Ain lagi sebagai nasihat kepada adiknya itu.

Farah Edora dan kakaknya Farah Ain hanyut dalam cerita cinta mereka hingga menyebabkan Farah Ain melupakan sejenak laman sesawangnya.


bersambung d' episod 13......