Saturday, September 17, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 10

Episod Sepuluh……

Sambung dari episod sembilan...


Kampung Pasir, JB
Awal Tahun 1985


`Mama, mama, adik’ teriak Farah Ain kepada mamanya yang sedang menjahit pakaian di ruang tamu rumah mereka.

`Kenapa ngan adik, angah’ soal Maimunah sambil bingkas bangun dan memberhentikan kerja menjahitnya. Maimunah agak cemas bila melihat Farah Ain berlari-lari mendapatkannya sambil berteriak menyebut nama adiknya.

Farah Ain berhenti didepan mamanya, menghelakan nafas dan terus bersuara kembali.

`Mama, tadi masa angah main ngan adik kat bilik, tiba-tiba adik terbaring dan diam aje’ kata Farah Ain sambil tangannya mengaru-garu kepala.

`Adik jatuh ke Angah’ soal Maimunah lagi.

`Tak, dia baring aje’ jawab Farah Ain lagi dengan riak muka yang hampir hendak menangis bila melihat mamanya mula bertanya dengan suara agak tinggi.

Maimunah segera bergegas berjalan masuk ke bilik tempat Farah Ain dan Farah Edora bermain. Di dalam bilik kedua di rumahnya, ia melihat anak bongsunya Farah Edora sedang terbaring kaku. Maimunah segera memangkunya, merasai nadinya dan cuba mengerak-gerakkan badannya tetapi tiada tindak balas. Nadi dirasanya masih kuat, cuma jasad anaknya diam. Maimunah melihat keseluruhan badan Farah Edora, tetapi tiada apa kesan lebam akibat jatuh dan darah akibat terkena sesuatu benda yang tajam di tubuhnya. Farah Ain yang mengikut sama hanya berdiri kaku sambil mulutnya mengigit jari jemari. Kelihatan air jernih mula membasahi pipinya bila melihat adiknya masih diam dan tidak bergerak-gerak.

`Kenapa adik, mama’ kedengaran suara Farah Atillia yang kebetulan masuk ke bilik bila melihat suasana agak kecoh tadi.

`Along, cepat panggil ayah kat depan’ pinta Maimunah kepada Farah Atillia.
Farah Atillia segera berlari menuju ke beranda rumah mereka untuk memanggil ayahnya. Di beranda rumah mereka, Johari sedang mengelap-gelap motosikal Honda Cup lama kesayangannya sambil bernyanyi-nyanyi kecil.

`Ayah, mama panggil kat bilik Along, adik?’ tegur Farah Atillia kepada ayahnya.
Johari tanpa berlenggah terus memberhentikan nyanyian dan gosokkannya bila mendengar nama anak bongsunya disebut. Ia terus melangkah dengan deras masuk ke bilik kedua rumahnya yang bersebelahan dengan biliknya.

`Kenapa adik, Mai’ Johari bersuara agak keras bila melihat isterinya Maimunah sedang mengusap-usap kepala Farah Edora yang layu dipangkuannya.
Johari segera mengambil alih memegang Farah Edora. Ia mengoncang-goncang badan Farah Edora dan meletakkan jari telunjuk di bawah hidung Farah Edora bagi merasai nafasnya. Johari lega kerana nafas anak bongsunya masih kencang dan normal.

`Bang, jom kita bawa adik ke hospital’ pinta Maimunah yang kelihatan begitu sedih, sayu dan mula menangis. Farah Ain masih kaku di situ. Suara hatinya begitu sedih, ia merasa bersalah kerana menyebabkan adiknya pengsan. Airmatanya terus mengalir tanpa dapat ditahan lagi diiring dengan sedu sedan.

`Mai, cepat siap, kita ke hospital sekarang’ arah Johari kepada Maimunah agar segera menukar baju untuk ke hospital.

`Along ngan angah, Yah’ Tanya Farah Atillia bila mendapati mereka tidak dipelawa bersama ke hospital.

`Along Angah ikut sekali’ Johari menjawab ringkas sambil ia memapah Farah Edora ke arah ruang tamu rumah mereka.

Johari yang sedari tadi memakai seluar jean dan baju singlet pagoda terus meletakkan Farah Edora di pangkuan Farah Atillia di tempat duduk belakang kereta proton wiranya dan menghidupkan injen kereta. Maimunah kelihatan keluar tergesa-gesa, mengunci pintu utama dan masuk ke dalam kereta di bahagian hadapan sebelah pemandu. Farah Ain duduk sebelah kakaknya Farah Atillia sambil tangannya mengusap-usap kepala Farah Edora yang bersebelahan dengannya. Di renungnya wajah adiknya sepenuh jiwa dan seraya mengangkat tangan berdoa kehadrat illahi.

`Ya, Allah selamatkanlah adik saya Allah, saya sayang dia Allah, jangan ambik dia Allah, kalau nak ambik, ambiklah saya dulu jangan adik saya Allah, tolonglah adik saya Allah’ Farah Ain berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya. Airmata yang sedari tadi masih membasahi pipi terus mengalir lagi. Kali ini lebih deras dan berirama sedu sedan. Maimunah yang berada di tempat duduk depan memerhatikan suaminya sambil mengesat-gesat airmata yang mula turun. Sayu hatinya mendengar doa ikhlas dari hati anak keduanya itu. Johari yang berada disebelahnya turut mengalirkan airmata walaupun tidak sebanyak airmata Maimunah. Johari sebenarnya sedari tadi menahan sebak yang amat sangat, tapi bila mendengar doa yang dibaca Farah Ain tidak tertahan lagi rasanya. Terpercik airmatanya keluar seperti pegawai bomba yang memancutkan air di kawasan kilang yang terbakar. Farah Atillia yang sedari tadi memangku adiknya kelihatan sangat tabah. Matanya kemerahan menahan airmata, mulutnya komat-kamit berdoa dalam hati agar adik bongsunya diselamatkan oleh penciptaNya iaitu Allah Subhanallah Wataallah. Cuma bezanya doanya tidak dizahirkan dimulut seperti yang di lafazkan oleh Farah Ain.

`Mama, angah tak buat apa-apa kat adik’ Farah Ain bersuara lagi dalam tangisan bagi mempertahankan diri kerana takut di persalahkan.

`Tak, mama ngan ayah tak salahkan angah, mama tahu angah sayang kat adik, tak kan angah nak buat apa-apa kat adik kan’ Maimunah memujuk Farah Ain yang kelihatan berasa amat bersalah sambil tangan kanannya memegang tangan kiri Farah Ain. Farah Ain mengangguk-anggukkan kepala tanda faham penjelasan mamanya.
Lega rasa hati Farah Ain bila mama dan ayahnya tidak menyalahkan dia pada kejadian itu. Johari tidak berkata apa-apa hanya diam sahaja. Ia hanya menganggukkan kepala kea rah isterinya sebagai tanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh Maimunah kepada Farah Ain. Ia tahu sepanjang sepuluh tahun Farah Ain hidup bersama mereka tidak pernah ia melihat ia menyakiti secara kasar terhadap adiknya Farah Edora, malah sebenarnya ia lebih selalu membela adiknya bila di permainkan oleh kanak-kanak lain yang bermain bersama adikknya di kawasan kejiranan di rumah mereka. Johari masih ingat, Farah Ain pernah menampar seorang budak lelaki berusia Sembilan tahun kerana mengusik Farah Edora sehingga menangis.

Farah Atillia yang sedari tadi memangku adik bongsunya itu, melihat ke wajah Farah Ain dengan begitu sayu. Ia tahu betapa rapatnya Farah Ain dengan Farah Edora sejak kecil. Mereka berdua jarang kelihatan main bersendirian, kerana di mana ada Farah Ain disitu akan ada Farah Edora. Di renungnya wajah bulat, berambut pendek adiknya itu sedalam-dalamnya. Ia seperti dapat merasakan perasaan di jiwa Farah Ain. Perasaan hiba, sedih, ragu dan berbagai lagi. Jika Farah Ain sedih, ia juga sedih kerana Farah Edora juga adiknya. Cuma ia tidak dapat meluahkan kesedihan dengan airmata kerana jiwanya begitu kuat.

Kereta proton wira Johari yang laju menyusuri jalan bersebelah Pantai Lido sampai ke pintu masuk unit kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Perjalanan dari Kampung Pasir ke Hospital hanya mengambil masa 15 minit kerana hari itu adalah hari Jumaat, yang merupakan hari cuti kelepasan bagi kakitangan awam, badan berkanun dan juga segelintir jabatan swasta.
Johari meletakkan keretanya betul-betul di depan pintu masuk unit kecemasan. Ia cepat-cepat keluar dan mengambil Farah Edora dari pangkuan Farah Atillia. Kelihatan Farah Atillia sedikit mengeluh kerana baru melepaskan bebanan yang dipangku seberat 15kg. Johari terus berlari-lari anak sambil memangku Farah Edora masuk ke bilik Kecemasan. Maimunah mengunci pintu kereta dan berlari-lari anak menuju ke arah suaminya bersama Farah Atillia dan Farah Ain.

`Doktor, tolong anak saya doktor’ kata Johari kepada doktor india yang menyambutnya.

`Kenapa anak encik’ soal doktor berbangsa india itu.

`Dia pengsan sejak tadi doktor’ Maimunah pula mencelah bagi menerangkan situasi anaknya kepada doktor india yang bernama Rajendran itu. Nama doktor itu terpapar pada tanda nama warna hitam yang dipakai di atas kocek bajunya.
Doktor Rajendran minta Johari membawa anaknya ke bilik rawatan yang terletak di dalam unit kecemasan itu. Doktor meminta Johari tunggu di luar bagi memudahkan ia membuat pemeriksaan ke atas Farah Edora. Johari akur dan keluar menuju ke isterinya yang sedang duduk di kerusi pelawat bersama Farah Atillia dan Farah Ain. Selang setengah jam, doctor Rajendran yang merawat Farah Edora keluar dari bilik rawatan dan menuju ke arah Johari dan keluarga. Johari segera bangun di ikuti Maimunah bila doktor Rajendran mengampiri mereka.

`Macam mana anak saya doktor’ soal pertama yang diajukan oleh Johari kepada doktor Rajendran.

Doktor Rajendran walaupun bertugas di unit kecemasan yang seringkali dihujani dengan kes-kes yang serius tetapi mimik mukanya sentiasa tenang dan ceria. Kes Farah Edora hanyalah sebahagian kecil dari berpuluh kes kecemasan yang perlu di tempuhi setiap hari. Kes-kes seperti kemalangan jalanraya, kebakaran, ragut dan sebagainya menjadi santapan hariannya.

`Encik, jumpa saya di bilik nanti’ kata doktor Rajendran tanpa menjawab soalan yang dikemukakan oleh Johari.
Johari dan Maimunah berpandangan sesama sendiri. Kerisauan terpancar dari riak muka Johari dan isterinya.

`Encik, puan, sila ikut saya ke bilik’ pinta doctor Rajendran bagi menjelaskan dengan lebih lanjut tentang anak mereka Farah Edora.

Johari tanpa berlengah terus mengikuti doktor berbangsa india itu ke biliknya yang terletak bersebelah dengan bilik rawatan. Semasa melalui katil pesakit di situ, Johari sempat melihat pesakit-pesakit yang mengerang kesakitan akibat cedera samaada kemalangan jalanraya atau lain-lain.
Maimunah tidak mengikut suaminya kerana perlu menjaga Farah Atillia dan Farah Ain yang turut berada di situ. Ia memberikan sepenuh kepercayaan kepada suaminya bagi memutuskan segala perkara demi kebaikkan anak bongsunya Farah Edora.

Di katil tempat rawatan, Farah Edora kelihatan telah mula sedar dan mukanya kelihatan amat pucat serta berwarna kekuningan. Ia sedar setelah mendapat rawatan daripada doktor Rajendran. Maimunah yang sedari tadi duduk menunggu bersama Farah Atillia dan Farah Ain bingkas bangun bila melihat anak bongsunya kelihatan mengerak-gerakkan tangan kanannya. Maimunah berdiri di sebelah kanan katil Farah Edora dan melihat Farah Edora mula membuka kelopak matanya bagi melihat kembali dunia ini. Maimunah memegang tangan Farah Edora dengan erat dan mencium dahinya tanda syukur kehadirat illahi kerana mengembalikan nafas buat anaknya. Di dalam hati dipanjatkan terima kasih kepada tuhan kerana mengkabulkan doanya. Sejak mula melangkah pergi dari rumah hingga ke bilik kecemasan, Maimunah tak henti-henti berdoa kepada Allah semoga menyelamatkan anaknya itu.
Benarlah kata bijak pandai dan para ilmuan agama bahawa doa ibu tinggi martabatnya. Beruntunglah sang anak-anak yang mendapat doa kebaikan daripada ibu mereka.

Ustaz Hanafiah Razak seorang penceramah yang terkenal di Negeri Johor dan Kota Tinggi khasnya pernah berkata dalam suatu kuliah subuhnya yang berbunyi.

`kata-kata yang lahir dari mulut seorang insan mulia yang bernama ibu adalah doa’.
Kata Ustaz Hanafiah Razak lagi `amat malanglah bagi anak-anak yang ibunya sering memarahinya dengan kata-kata kesat dan membawa keburukan seperti anak celaka, anak sial, anak bodoh, mampus kau dan sebagainya lagi’.
Nasihat Ustaz Hanafiah Razak kepada ibu-ibu, bercakaplah perkataan yang baik kepada anak-anak walaupun dalam keadaan marah atau kecewa dengan perangai anak-anak. Katanya `Ambillah contoh seperti ibu-ibu dizaman dulu-dulu yang bila memarahi anak-anak mereka, mereka seringkali mengeluarkan kata-kata yang baik seperti anak bertuah betul atau bertuah kau Mat’.

Ceramah dan kuliah yang seringkali disampaikan oleh Ustaz Hanafiah amat memberi kesan dan menghiburkan para pendengar kerana cara penyampaiannya yang bersahaja, diselangseli dengan lawak jenaka serta terjemahan ayat-ayat suci Al Quran dengan fasih dan menepati tajuk ceramahnya. Ini yang membuatkan para pendengar tidak jemu dan mengantuk.
Ustaz Hanafiah Razak adalah seorang yang sederhana penampilannya dan tidak begitu mengambil kisah tentang bayaran saguhati bagi setiap ceramah yang di sampaikan. Beliau pernah belajar di sekolah pondok di Kelantan selama beberapa tahun dan mengajar di Sekolah Menengah Arab Kota Tinggi serta pernah menjadi Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Kota Tinggi. Beliau juga merupakan seorang pakar dalam ilmu Falak Syarie dalam Negeri Johor.

Bagi Ustaz Hanafiah Razak kepuasan para pendengar dan ilmu yang patut mereka perolehi daripada ceramahnya lebih penting dari pengerasnya (Orang Johor kadang-kadang panggil bayaran saguhati sebagai `pengeras’). Sebab itulah Ustaz Hanafiah Razak amat popular dikalangan penduduk kampung-kampung walaupun diceruk mana sekalipun kerana disitulah destinasi yang seringkali ia hadir bagi menyampaikan ceramahnya. Tanjung Surat yang nun jauh pun sanggup diredahi walaupun pada waktu malam bagi menyampaikan dakwahnya.

`Adik, adik’ Farah Ain mengoyang-goyang tangan kiri adiknya bagi memberi respon kepada Farah Edora yang telah mula sedar. Farah Edora tidak berkata apa-apa hanya memerhatikan mama dan kakaknya. Keadaan badannya masih lemah.

`Angah, jangan kacau adik dulu, nanti bila dia dah betul-betul baik baru kita cakap ngan dia’ pujuk Farah Atillia kepada adiknya. Farah Ain terus memegang erat tangan adiknya.

`Ya Allah, terima kasih Ya Allah’ Farah Ain memanjatkan rasa kesyukuran kepada pencipta adiknya dan seluruh umat manusia kerana memberi nafas kepada adiknya, Farah Edora.
Dalam bilik Dr Rajendran Johari diberi penerangan berhubungan penyakit anaknya. Johari tak terkata bila Dr Rajendran menyatakan bahawa anaknya mengalami permasalah hati yang kronik. Bagi mengubatinya ia perlu di bedah. Pembedahan pula hanya boleh dibuat jika ada penderma hati yang sesuai.

Johari keluar dari bilik Dr Rajendran dan menuju ke katil anaknya Farah Edora. Maimunah hanya memerhatikan dari jauh kedatangan suaminya yang dalam keadaan murung dan sedih. Johari menceritakan apa yang di beritahu oleh Dr Rajendran kepada isterinya. Farah Ain tidak mengerti apa yang dibicarakan oleh mama dan ayah mereka, namun tidak pada Farah Atillia. Dalam usia 13 tahun ia sudah memahami apa yang diperkatakan oleh ayahnya kepada mamanya. Ia tahu adiknya menghidapi penyakit hati dan memerlukan pembedahan segera untuk sembuh.

Johari dan Maimunah telah mengambil keputusan untuk menderma sebahagian hati mereka untuk anak kesayangan mereka Farah Edora. Mereka berjumpa dengan Dr Rajendran untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum boleh dibenarkan menderma hati mereka. Hasil pemeriksaan yang dibuat oleh Dr Qistina, pembantu Dr Rajendran, Johari dan Maimunah tidak boleh untuk menderma kerana permasalah pada kesihatan mereka. Johari di dapati ada gangguan pada darahnya (dikesan ada darah tinggi), manakala Maimunah hatinya tidak sesuai dengan pesakit. Johari buntu mengenai permasalahan itu. Dia duduk termenung dibangku depan katil Farah Edora sambil menundukkan kepala. Ia tidak tahu ke mana lagi harus ia meminta pertolongan kerana masa begitu singkat. Farah Atillia dan Farah Ain mendekatinya untuk bertanyakan perkembangan adik mereka. Maimunah yang ada bersama Johari terpaksa memberi tahu kepada Farah Atillia kerana di rasakan ia perlu tahu situasi sebenar.

Tanpa pengetahuan Johari dan isterinya, Farah Atillia dan Farah Ain berjumpa dengan Dr Qistina agar membenarkan mereka mendermakan hati kepada adik mereka Farah Edora. Dr Qistina menasihatkan mereka agar memberi tahu kepada kedua ibubapa sebelum menderma, namun Farah Atillia mendesak kerana khuatir hajat mereka tidak dipersetujui oleh mama dan ayahnya. Dr Qistina tetap berkeras agar mereka meminta kebenaran ibu bapa mereka kerana prosedur itu perlu sebelum sesuatu tindakan dibuat. Ini disebabkan Farah Atillia dan Farah Ain di bawah umur. Surat persetujuan hanya boleh ditandatangan oleh ibu bapa mereka sahaja. Oleh kerana desakan yang kuat menyebabkan Dr Qistina pergi berjumpa dengan Johari dan isterinya untuk menyatakan niat anak-anak mereka untuk menderma hati. Johari dan Maimunah tidak bersetuju dengan permintaan Farah Atillia dan Farah Ain. Namun Farah Atillia dan Farah Ain tetap berkeras agar mereka di beri peluang menyelamatkan nyawa adik mereka.

`Ayah, tolonglah benarkan along ngan angan derma hati kami bagi selamatkan adik’ pinta Farah Atillia dan Farah Ain sambil melutut di hadapan Johari dengan tangisan yang menyentuh kalbu Johari serta pelawat-pelawat yang berada di situ.

`Tolonglah ayah’ desak Farah Atillia lagi sambil mengoncang-goncangkan kaki ayah mereka.
Johari duduk melutut ke lantai sambil memeluk kedua-dua orang anaknya. Sayu hatinya mengenangkan pengorbanan yang ingin mereka lakukan demi keselamatan nyawa adik mereka.

Setelah berbincang dengan Dr Qistina berhubungan perkara itu, Farah Atillia dan Farah Ain diperiksa sebelum pembedahan dilakukan. Hasil pemeriksaan Dr Qistina, seorang daripada mereka berdua sesuai untuk mendermakan hati mereka. Dr Qistina telah menerangkan risiko dan kesan akibat proses pendermaan itu dan dipersetujui oleh Johari dan isteri. Dua surat izin telah di tandatangani dengan hati yang amat berat oleh Johari untuk proses pembedahan. Satu untuk penderma dan satu untuk yang menerima dari penderma iaitu Farah Edora. Setelah proses menandatangan selesai, kedua-dua anak Johari di bawa masuk ke dewan bedah untuk proses pembedahan. Bercucuran airmata Johari dan Maimunah mengenangkan nasib dua orang anaknya. Jika diperingkat awal hanya seorang anaknya yang di risaukan tetapi kini menjadi dua. Dua nyawa dipertaruhkan kepada Dr Rajendran dan Dr Qistina. Dalam hati, hanya kepada Yang Maha Kuasa Johari panjatkan doa agar kedua-dua orang anaknya selamat.

Sedang Johari duduk menunggu dengan penuh gelisah, kenangan waktu kecil Farah Edora ketika berusia dua setengah tahun mengamit lamunannya. Teringat akan ia keletah si kecil yang sentiasa ceria dan menghiburkan walaupun memenatkan. Johari sedar Farah Edora lahir awal dari kebiasaan anak-anaknya. Tempoh Sembilan bulan tidak kesampaian kerana ia hadir awal ke muka bumi. Kesan daripada itu, anaknya itu terkena penyakit kuning yang agak serius. Biasanya bayi yang terkena penyakit kuning mengambil masa seminggu hingga dua minggu untuk sembuh sepenuhnya. Ia berlainan dengan Farah Edora yang terpaksa menginap di hospital Sultanah Aminah lebih lama kerana penyakit itu.

Namun begitu, penyakit tersebut tidak membantutkan pertumbuhan badan dan mindanya. Ia lebih aktif dan akal fikirannya mengatasi usianya. Dalam usia dua tahun ia petah berkata-kata, bijak mengusun kata yang dilontarkan dan memahami apa yang diperkatakan kepadanya.

`Ayah, kenapa kucing tak leh cakap’ tutur Farah Edora pada suatu petang selasa ketika sedang berduaan dengan ayahnya di beranda rumah mereka.
`Kucing cakap tak macam kita sayang’ jawab Johari pula.

`Habis kucing cakap macam mana ayah’ sekali lagi Farah Edora bertanya bagi mendapatkan kepastian. Tersenyum Johari melihat telatah anaknya itu.

`Kucing tak cakap, tapi dia mengiau aje’ terang Johari lagi.

`Dia ngiau kenapa ayah’ sekali lagi Farah Edora bertanya sambil kakinya di hanyunkan ke depan dan ke belakang atas kerusi plastik warna hitam yang di dudukinya.

`Dia ngiau sebab dia lapar atau dia sakit’ terang Johari. Farah Edora hanya tesenyum dengan jawapan ayahnya sambil mengenit-genitkan matanya yang bulat.

Selepas bertungkus lumus menjalankan pembedahan selama lebih kurang empat jam, kelibat Dr Qistina dan Dr Rajendran yang ditugaskan bagi menjalankan prose pembedahan Farah Edora dan kakaknya kelihatan menuju ke arah Johari dan isteri yang sedang menunggu di luar bilik bedah Hospital Sultanah Aminah itu. Riak wajah yang menyenangkan terpampar di muka kedua-dua orang ditu. Johari sedikit lega dengan penampilan mereka berdua. Namun selagi belum kata-kata di tuturkan oleh mereka, hatinya tetap tidak senang dan berdebar-debar. Jantungnya sejak dua jam sebelumnya bergetar kuat.

`Encik Johari dan Puan Maimunah, Alhamdullilah bersyukur kepada Allah kami dapat membuat pembedahan bagi kedua-dua orang anak anda dengan selamat’ kata Dr Qistina mewakili pasukan pembedahan yang diketuai oleh Dr Rajendran.

`Encik Johari, anak-anak anda sangat kuat dan tabah. Saya betul-betul kagum dengan semangat yang ada pada diri mereka. Walaupun masih muda mereka kuat’ kata Dr Rajendran yang berdiri sebelah Dr Qistina.
Johari yang mendengar ucapan dari Dr Qistina dan Dr Rajendran terus melutut dan sujud syukur tanda terima kasih kepada Allah yang maha agong kerana atas ikhsannya menyelamatkan nyawa kedua-dua orang anaknya. Lantai bilik menunggu wad pembedahan menjadi saksi lafaz yang dizahirkan dalam hatinya. Dr Rajendran sedikit kebingungan berbanding Dr Qistina yang memahami apa yang di lakukan oleh Johari.

`Terima kasih Allah atas ikhsanMu’ kata hati Johari.

bersambung d'episod 11.....

No comments:

Post a Comment