Sunday, September 4, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 7

Episod Tujuh…


Sambungan dari episod 6..


Kenangan Cinta UKM


`Lia, ada surat untuk kau’ tutur Zuarimy sambil menyerahkan sampul surat berwarna putih saiz Sembilan inci panjang dan empat inci lebar kepada Farah Atillia. Farah Atillia mengambil surat daripada kawannya Zuarimy dan terus meletakkan dalam begnya.

`Kau tak baca surat tu Lia’ Tanya Zuarimy sepontan.

`Nanti kat library’ jawab Farah Atillia pendek.

Farah Atillia dan Zuarimy telah berada di tahun tiga di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tahun itu paling mencabar dan penting kerana ia merupakan tahun akhir pengajiannya di unversiti itu. Tahun itu juga penentu jaya atau gagal dalam usahanya membawa balik segulung ijazah dengan keputusan cemerlang.

Perhubungan separa cinta antara Farah Atillia dengan Zulkifli berlangsung dalam keadaan sederhana. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Farah Atillia lebih menumpukan perhatian kepada peperiksaan yang perlu ditempuhi sebelum bergelar graduan. Zulkifli yang telah mendapat pekerjaan di sebuah firma hartanah di Kuala Lumpur mula sibuk dengan tugasan harian di pejabat dan sering bekerja luar.

Mereka hanya dapat berhubungan melalui talian telefon sahaja. Masa untuk bersua jarang dapat diperuntukkan. Cinta yang pernah wujud dalam jiwa Zulkifli yang begitu bergelora semasa di Universiti semakin mengendur. Tidak bagi Farah Atillia yang sentiasa memegang janji yang dibuat oleh Zulkifli sebelum ini. Janji itu dijadikan azimat dan kekuatan untuknya terus berjuang dimedan ilmunya. Baginya lupakan sementara tentang cinta demi matlamat yang lebih besar dan penting. Cinta akan hadir dan dikejar, tidak ilmu yang hilang jika ditinggalkan. Ia percaya pada cinta Zulkifli yang jujur dan ikhlas. Walaupun mereka jarang bersua muka namun ia tetap yakin dan percaya.

`Kau percaya ke janji-janji Zulkifli tu, Lia’ pertanyaan yang pernah diajukan oleh kawannya Zuarimy setelah Farah Atillia menceritakan tentang luahan hati Zulkifli padanya.

Sampai di perpustakaan, Farah Atillia terus duduk dan mengambil surat yang diterima daripada Zuarimy. Zuarimy terus ke rak-rak buku di perpustakaan mencari buku rujukan yang diperlukan. Surat yang digam rapi dan berstem gambar Yang Di pertuan Agong dibuka perlahan-lahan oleh tangan kanan Farah Atillia. Dalam sampul surat berwarna putih itu terletak sehelai kertas berwarna putih. Farah Atillia mengeluarkan isi surat itu daripada dalam sampul surat melalui pintu masuk hadapannya dan meletakkan di atas meja. Surat yang dilipat empat itu dibuka. Farah Atillia memegang dengan kedua-dua belah tangannya surat itu dan mengerakkan punggungnya ke bahagian belakang kerusi untuk bersandar. Setelah selesa bersandar, surat di tangan direndahkan sedikit dan di letakkan surat di bibir meja sebagai pendokong surat. Farah Atillia mula membaca isi surat yang ditulis dengan tangan yang berbunyi;



Assalamualaikum, Lia.


Apa khabar. Zul harap semoga Lia sihat dan dirahmati oleh Allah. Lia lama rasanya kita tak bersua,maklumlah masing-masing sibuk. Zul tahu Lia sedang sibuk `study’ untuk `exam’, jadi sebab itu Zul tak mahu ganggu Lia.

Lia, Zul tulis surat ini kerana Zul rasa perlu sangat Zul cakap sesuatu kepada Lia. Zul tak sanggup untuk mengatakannya depan Lia kerana takut Zul tak boleh nak cakap apa yang sepatutnya Zul cakap.

Lia, Zul rasa sudah tiba masanya Zul kena menyatakan perkara yang sebenar demi masa depan Zul dan juga Lia.

Lia, sepanjang berkhidmat dengan Dato’ Mazlan Keliwon, Zul telah diberi banyak kepercayaan dalam menguruskan perkara-perkara yang penting dalam syarikat Dato’. Sekarang Zul telah dinaikkan pangkat dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) menggantikan CEO lama yang telah bersara.

Lia, sepanjang berkerja di syarikat Dato’Mazlan, Zul banyak menghabiskan masa kerja dengan kakitangan bawahan. Salah seorangnya adalah anak kepada Dato’ Mazlan iaitu Cik Harlianna. Zul tak tahu nak kata macam mana ZUl boleh terlalu rapat dengan dia. Zul sering bertugas sama dengannya di luar bagi kerja-kerja di `side’. Dato’ Mazlan tahu akan keakraban kami. Zul serba salah dalam hal ini Lia. Zul banyak terhutang budi kepada Dato’Mazlan yang telah mengambil Zul kerja dan menaikkan pangkat Zul.

Lia, Dato’ Mazlan pun baru-baru ini ada memanggil Zul dan mahu Zul rapat dengan anaknya kerana merasakan Zul sesuai bagi membimbing anaknya.

Lia, Zul jadi serba salah. Nak tolak takut Dato’ tersinggung. Bila terima, maknanya Zul terpaksa berpisah dengan Lia.

Lia, Zul harap Lia faham situasi ini. Oleh itu dengan rasa berat hati ZUl terpaksa putuskan perhubungan kita demi diri Zul dan Lia juga. Zul tak mahu Lia menunggu Zul yang memang tak akan ada.

Lia, ZUl menyusun jari memohon kemaafan yang amat dalam kerana mengecewakan Lia. Lia anggaplah cinta yang pernah kita semai sebagai suatu kenangan terindah dan sejarah. Zul mendoakan semoga Lia akan menemui jejaka yang jauh lebih baik dari diri ZUl yang hina ini.

Lia, sekali lagi Zul mohon maaf atas segalanya.

Sekian.

Yang benar

Zul.AF



Farah Atillia terdiam sejenak. Surat di tangan yang baru selesai di baca terlepas dari pegangan dan mendarat di atas meja. Wajahnya yang segar menjadi pucat seperti orang yang terkena badi mayat lelaki yang kemalangan ngeri. Airmata tidak bisa mengalir kerana pemilik diri bukan dari insan yang sewenang-wenangnya membuang airmata untuk sesuatu yang merugikan. Surat yang mendarat di atas meja diambil, dilipat dua dan di letakkan di bawah buku yang dijadikan buku rujukan. Farah Atillia duduk bersandar sambil kedua-dua tangannya bersentuhan sambil menari-nari mengikut rentak lagu irama rock.

`Lia, kenapa termenung aje, kau kenapa? Tanya Zuarimy yang menarik kerusi di depan Farah Atillia sambil membawa tiga buah buku rujukan yang telah di ambil dari rak-rak di perpustakaan.

`Oh, Zu. Tak da apa-apalah aku Cuma penat aje’ ringkas jawab Farah Atillia tanpa menceritakan perkara sebenar.

`Jangan nak bohonglah Lia, aku tahu kau ada masalah ni. Tidak tak kan muka kau semacam aje aku tengok. Kalau ada masalah cetalah pada aku. Aku kan kawan kau.’ Kata Zuarimy yang tahu kawannya itu sedang di landa masalah.

`Zul, Zu’ Farah Atillia tidak dapat menyembunyikan lagi deritanya. Surat yang diselitkan di bawa buku di ambil dan di serahkan kepada Zuarimy. Surat yang sebelum ini di klasifikasikan sebagai Sulit baginya telah di buat pengkelasan semula dan di jadi sebagai surat biasa.

`Kau, bacalah apa yang dia tulis’ pinta Farah Atillia lagi.

uarimy yang diberi peluang keemasan tidak menolak langsung pemberian itu. Surat yang di berlipat dua itu dibuka dengan rakus dan terus dibaca dengan suara yang perlahan dan sedikit kuat. Mukanya kelihatan beremosi sekali semasa membaca di baris pertengahan surat itu.

`Melampau betul Zul ni. Kalau aku, aku belasah aje dia.’ Tutur Zuarimy setelah tamat membaca surat yang hanya sehelai itu.

`Dulu dia yang janji akan tunggu kau walau apa sekalipun berlaku. Ini dia pulak yang memutuskan tanpa kata di depan mata, hanya pena sebagai pengganti diri. Pengecut.’ Selar Zuarimy lagi. Zuarimy geram akan tindakan manusia bernama Zulkifli yang pernah ia kenali itu.

`Aku tak kisah kalau dia nak tinggalkan aku Zu, tapi kenapa sekarang. Ketika aku akan menduduki peperiksaan akhir tahun?’ keluh Farah Atillia kepada kawannya Zuarimy.

Farah Atillia dan Zuarimy akan menduduki peperiksaan akhir sebelum menamatkan pengajian mereka di universiti itu. Emosi Farah Atillia begitu terganggu dengan kehadiran surat cerai itu. Surat cerai kasih dari Zulkifli yang meninggalkannya demi memburu cinta anak orang kaya. Tumpuannya kini benar-benar terganggu. Ia sering kelihatan termenung sendirian dan kurang berbual. Keadaan Farah Atillia disedari oleh Zuarimy. Zuarimy seperti seorang pegawai kaunseling segera memberikan pelbagai nasihat dan perangsang bagi mengembalikan semangat juang dalam diri Farah Atillia yang telah mula hilang. Kesabarannya dalam memulihkan kawannya itu membuahkan hasil. Farah Atillia kini kembali ke landasannya. Semangat juangnya pulih sedikit demi sedikit. Senyuman dan gelak tawanya kembali menyinari kehidupan alam persahabatan dia dan Zuarimy. Kepada Zuarimy, Farah Atillia mengucapkan juta terima kasih kerana menyedarkannya. Kepada Allah, Farah Atillia memanjatkan kesyukuran kerana member hidayat dan pertunjuk kepadanya.

Farah Atillia tidak menoleh lagi, cinta lelaki bernama Zulkifli AF yang pernah subur wujud dalam hatinya dilontarkan jauh-jauh bersama ketulan batu-batu yang di ikat bersama hatinya ke dalam Tasik Perdana. Baginya apa guna menyimpan cinta dan kenangan terhadap orang yang tidak pernah menghargainya. Farah Atillia tidak menolak cinta jika hadir dari insan yang benar-benar memahaminya dan menghargainya. Tapi untuk masa ini, segulung ijazah adalah cinta pertamanya.


bersambung d'episod 8....

No comments:

Post a Comment