Tuesday, September 13, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 9

Episod Sembilan……

sambungan dari episod 8....



Sekolah Menengah Sultan Ismail, JB

Tahun 2001


2hb Mei 2001. Puan Noriza Khalid, guru kelas Farah Ain dan Honeyz Sazley mengumumkan sesuatu ketika semua murid-murid di kelas itu sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah kerana tamat sessi pembelajaran pada hari itu. Puan Noriza berdiri tegak di tengah-tengah di bahagian hadapan kelas itu dengan membelakangkan papan hitam yang telah hilang segala tulis setelah di padamkan oleh pelajar yang bertugas pada hari itu. Puan Noriza seperti keberatan untuk mengumumkan sesuatu kepada semua pelajar-pelajarnya. Mukanya yang selalunya serius kini nampak sayu dan hiba. Semua pelajar dalam kelas itu berpandangan sesama sendiri. Ada yang berkata-kata secara perlahan. Ada yang mencuit rakan sebelah dan kebanyakkannya diam seperti orang yang sedang bertafakur.

Farah Ain yang duduk di barisan kedua sebelah kanan kelas hanya tersenyum kecil. Ia seperti biasa akan mudah tersenyum walaupun dalam keadaan tegang dalam kelas itu. Waktu itu, minda dan hatinya tenteram kerana tiada permasalahan yang berlaku. Masih terbayang di kepalanya tudung berwarna oren yang hanya sempat di pakai secara percubaan dalam biliknya. Farah Ain belum berani untuk menunjukkan tudung itu kepada mama dan kakaknya kerana takut banyak persoalan yang akan mereka ajukan. Soalan seperti dapat dari mana?, siapa yang bagi? Adalah pertanyaan yang bersarang di minda Farah Ain. Kalau ia katakan bahawa Hakimi yang memberikan tudung itu, pasti sindiran akan di lontarkan oleh kakaknya Farah Atillia. Mamanya pula mungkin akan mempersoalkan kenapa menerima hadiah dari seorang lelaki.

Mama Farah Ain, sejak awal-awal lagi telah memberi peringatan kepadanya bahawa tidak boleh sekali-kali membuat perhubungan intim dengan mana-mana budak lelaki di sekolahnya atau di sekolah lain. Peringatan itu melekat di benak Farah Ain. Untuk itu, ia akan tetap merahsiakan tentang tudung itu.

`Ngah, dapat mana tudung tu’ Tanya Farah Edora yang tiba-tiba muncul di belakang Farah Ain yang sedang mencuba-cuba tudungnya. Farah Ain tidak menutup pintu biliknya kerana pada waktu itu hanya dia dan Farah Edora yang ada di rumah. Lagipun bilik itu juga adalah milik Farah Edora yang menginap di tingkat atas katil dua tingkat yang disediakan dalam bilik itu.

Farah Ain terkedu sekejap dan berfikir untuk menjawab soalan adiknya itu. Farah Ain harus berhati-hati untuk menjawab soalan adiknya Farah Edora kerana Farah Edora sedikit kecoh dan merupakan mata-mata gelap mamanya. Ia sering kali memberikan berita-berita yang sensasi dan tepat kepada mamanya tentang Farah Ain dan Farah Atillia. Oleh itu, jawab yang betul dan tidak meragukan perlu diberikan kepadanya agar apa yang bakal di sampaikannya kepada mama mereka tidak di pertikaikan. Sedikit kesilapan akan membawa padah. Farah Edora akan segera menyampaikan sesuatu berita kepada mamanya apabila ia menerima sesuatu cerita baru. Kisah tudung berwarna oren itu adalah cerita terbaru dan pasti akan segera sampai ke telinga mamanya.

`Oh adik, tudung ni Kak Honeyz yang bagi. Esokkan hari lahir kakak. Adik tak nak bagi kakak apa-apa ke?’ jawab Farah Ain dengan tanpa teragak-agak. Jawapan itu di terima dengan baik oleh Farah Edora bila ia tidak mempersoalkan balik jawapan itu.

`Adik mana ada duit nak beli hadiah Angah. Angah mintaklah ngan mama, ngan ayah atau Kak Long’ jawab Farah Edora tanpa berselindung lagi.

Farah Ain tersedar dari lamunan bila melihat Puan Noriza mula membuka mulut untuk menyampaikan ucapannya. Kisah tudung hilang di telan oleh suara pembuka kata Puan Noriza.

`Murid-murid semua, hari ini saya nak maklumkan mulai esok seorang dari rakan kamu akan berpindah sekolah. Dalam kesempatan ini saya bagi pihak sekolah dan sebagai guru kelas ini ingin mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama, pertolongan dan khidmat yang telah beliau berikan semasa berada di sekolah ini amnya dan kelas ini khasnya’ kata Puan Noriza yang mengundang rasa terperanjat yang amat sangat oleh seluruh pelajar dalam kelas itu. Suasana mula riuh bila masing-masing mula bertanya sesama sendiri siapakah pelajar yang di maksudkan oleh Puan Noriza.

Puan Noriza yang hendak menyambung bicaranya terhenti bila mendapati keadaan dalam kelas itu sudah menjadi riuh rendah. Beliau minta semua pelajarnya agar tenang dan mendengar ucapannya sehingga akhir bagi mengetahui perkara yang sebenar.

`Saya amat terharu dan sedih dengan pemergian pelajar ini. Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang, didikasi dan contoh kepada sekolah ini. Amat berat rasanya hati saya untuk melepaskannya pergi. Namun kita harus ingat bahawa setiap orang ada perjalanan hidupnya sendiri’ sambung Puan Noriza yang masih belum menyebut nama pelajar yang di maksudkan.

`Puan siapa pelajar tu, cepatlah bagi tahu, buat suspen kami aje’ tanya Rosman Musa yang duduk di barisan belakang sekali dalam kelas itu. Rosman Musa adalah pelajar pertama yang tidak menjadi suspek dalam kes ini kerana ia orang pertama yang menanyakan siapakah calon pelajar yang akan bertukar itu. Dua puluh Sembilan orang pelajar lagi masih menjadi suspek utama.

`Saya mendoakan agar beliau berjaya dalam peperiksaan SPM yang bakal di duduki pada tahun ini dan lulus dengan cemerlang. Hanis bte Sazali sila keluar ke hadapan bagi menyampaikan sepatah dua kata kepada rakan-rakan awak’ kata akhir Puan Noriza dengan meminta pelajar yang akan bertukar iaitu Hanis bte Sazali untuk maju ke hadapan bagi menyampaikan ucapan.

Tercenggang semua rakan-rakannya bila mendengar nama pelajar yang akan meninggalkan mereka ialah Hanis bte Sazali. Farah Ain yang sedari tadi tenang dengan tak se mena-mena berdiri tegak. Matanya memandang tepat ke wajah Hanis yang juga berdiri. Hanis berdiri berhampiran meja guru kelasnya. Hanis kelihatan tenang namun di wajahnya tersimpan perasaan yang amat sedih. Sedih kerana terpaksa meninggalkan rakan-rakan yang sukar di cari ganti.

`Assalamualaikum, Puan Noriza dan kawan-kawan semua. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa. Kawan-kawan semua mulai esok saya akan berpindah ke negeri Melaka. Bagi makluman kawan-kawan, Melaka adalah negeri kelahiran ibu saya. Kami sekeluarga berpindah ke sana kerana ayah akan menguruskan perniagaan kedai jahitnya yang baru di sewa di Bandar Melaka. Di samping itu, keadaan atuk kami yang sudah uzur menjadi sebab utama kami perlu kembali ke Melaka untuk menjaganya. Saya harap kawan-kawan faham situasi saya dan merelakan pemergian saya ke sana. Saya tak akan pernah melupakan kawan-kawan semua dalam memori hidup saya. Bagi saya, kawan-kawan semua adalah sahabat paling baik yang pernah saya kenali’ kata Hanis sambil tangan kanannya mula mencari-cari kelopak matanya untuk di kesat kerana titisan air jernih mula turun mengusuri pipinya tanpa kerelaannya.

Hanis menyambung lagi. `Dalam kesempatan ini saya ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan atas segala kesalahan dan tingkah laku saya yang mungkin menyinggung perasaan serta menyakitkan hati kawan-kawan. Saya mengharapkan semuga kita akan terus berkawan melalui talian atau surat. Saya mendoakan kawan-kawan semua akan lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM dan di rahmati oleh tuhan’.

Hanis menamatkan ucapannya dan masih berdiri tegak di posisinya. Farah Ain yang sedari tadi berdiri masih berdiri. Ia masih terperanjat dan tidak percaya bahawa kawan baiknya Honeyz Sazley akan meninggalkannya untuk pergi ke luar negeri Johor. Pergi meninggalkan ia seorang diri bagi menghadapi peperiksaan SPM yang bakal diduduki pada penghujung tahun. Kawan-kawan perempuan Hanis telah mula menghampirinya untuk bersalaman. Mereka berpelukan seorang demi seorang. Tangisan mengiring setiap kali mereka berpelukan. Kawan-kawan lelakinya pula hanya berjumpa Hanis untuk menyampaikan kata-kata akhir dan tidak ada acara berpelukan atau bersalaman. Tiada air mata yang menitis di pipi pelajar lelaki. Farah Ain masih lagi berdiri di depan mejanya.

Selepas semua kawan-kawannya selesai berpelukan dan bersalaman dengannya, Hanis berjalan menuju ke arah Farah Ain. Farah Ain jadi serba salah. Sepatutnya ia yang datang kepada Hanis kerana Hanis yang perlu di raikan tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Hanis berdiri di hadapan Farah Ain. Tiada kata-kata terucap antara mereka berdua. Semua mata dalam kelas itu ter arah kepada mereka berdua. Rakan-rakan Hanis tahu tentang keakraban antara Hanis dan Farah Ain. Mereka juga tahu betapa sedihnya hati Farah Ain dan Hanis atas perpisahan itu.

Honeyz, kenapa aku tak tahu lebih awal kau akan pindah. Kenapa kau tak beritahu aku’ kata Farah Ain sebagai pembuka bicara antara mereka.

`Sanggup kau tinggalkan aku sorang-sorang kat sini’ kata Farah Ain lagi sambil berderai air matanya.

`Kau kan dah ada Hakimi, buat apa kisahkan aku’ jawab Honeyz yang membuatkan Farah Ain terdiam. Farah Ain pelik mengapa nama Hakimi disebut dalam bicara Honeyz Sazley.

`Kau, sejak akhir-akhir ni dah tak kisahkan aku kan. Aku ada ke, aku tak da ke. Yang kau asyik fikirkan ialah Hakimi., Hakimi’ kata Honeyz Sazley lagi. Nadanya adalah nada kecewa dan sedih. Sedih kerana di abaikan oleh kawan baiknya sendiri. Sejak rapat dengan Hakimi, Farah Ain sedikit lupa tentang kawan baiknya Honeyz Sazley.

`Honeyz kau kan yang kata tak dapat join study kat library, jadi aku tak jumpa kau lah. Sebab itu aku study dengan Hakimi sahaja’ jawab Farah Ain bagi membela dirinya.

Kawan-kawan mereka yang menyangkakan upacara yang teramat sedih akan berlaku antara Hanis dan Farah Ain pada hari itu, tercenggang dan terperanjat dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Upacara yang berlaku bukanlah acara peluk-pelukan dan tangis-tangisan tetapi suatu acara luahan perasaan.

`Memang aku tak dapat join kau ari tu, tapi bukan hari-hari lain. Aku tengok kau tak langsung cari aku selepas itu. Maklumlah orang dah dapat hadiah dari buah hati, lupa kawan lama’ jelas Honeyz Sazley lagi yang membuatkan keadaan menjadi hangat.

Farah Ain tak menyangka peristiwa pemberian hadiah oleh Hakimi padanya telah di perhatikan oleh Honeyz Sazley. Farah Ain hanya terdiam kerana cerita mengenai hadiah yang di katakan oleh Honeyz Sazley adalah benar dan lupanya pada Honeyz Sazley juga benar.

`Honeyz, aku minta maaf atas segala kesilapan dan salah aku pada kau. Aku tahu aku bukan kawan yang baik untuk kau. Aku tak guna, aku sombong, aku hina.’ Luahan hati Farah Ain setelah mendengar luahan hati kawannya Honeyz Sazley.

Honeyz Sazley yang masih berdiri di depan Farah Ain terdiam seketika mendengar luahan hati Farah Ain. Honeyz Sazley sebenarnya amat sayang kepada Farah Ain. Rasa kecewa dan sedih membuatkan ia tidak dapat mengawal perasaannya. Dalam hatinya bersarang perasaan yang begitu hiba sekali.

`Ain, maafkan aku kerana menyakitkan hati kau tadi. Aku sepatutnya tak berhak nak campuri hal peribadi kau. Kalau kau nak berkawan dengan Hakimi ke, siapa ke, sepatutnya aku tak perlu sibuk. Aku sebenarnya terlalu sayang pada kau Ain’ Honeyz Sazley pula meluahkan rasa hatinya.

Mereka berdua tanpa di paksa terus berpelukan. Farah Ain memeluk Honeyz dengan erat sekali. Pipi kanan dan kiri kawannya itu di cium bertalu-talu. Mereka terus berpelukan tanpa ada kata-kata lagi yang di ucapkan, hanya kedengaran bunyi tangisan antara kedua mereka. Kawan-kawan perempuan mereka yang tadi tercenggang, datang menghampiri Honeyz Sazley dan Farah Ain. Mereka semua memeluk Honeyz dan Farah Ain. Suara tangisan semakin kuat kedengaran dalam kelas itu. Puan Noriza yang sedari tadi memerhatikan kisah sedih di depan matanya turut mengalirkan airmata.

Suasana dalam kelas itu, umpama orang yang sedang berkabung kerana meratapi pemergian seorang insan yang kembali menemui penciptanya. Pemergian Honeyz Sazley begitu meruntun jiwa Farah Ain. Tiada kata dan upaya yang boleh dibuat untuk menahan agar kawannya itu pergi.

Di rumah, perasaan hiba dan sedih di bawa pulang oleh Farah Ain. Keadaan ini di sedari oleh Puan Maimunah, mamanya.

`Angah, kenapa ni, sedih aje mama tengok’ tegur Maimunah kepada Farah Ain yang tidak menjamah makan malam yang di sajikannya. Farah Ain biasanya tidak pernah menolak hidangan hebat makan malam yang disediakan oleh mamanya. Walau apapun lauk-pauk yang disediakan ia sentiasa berselera. Baginya, mamanya merupakan seorang cheff yang terhebat dan terunggul di dunia. Walaupun sussi menjadi makanan kegemarannya, namun jika di beri pilihan ia akan memilih masakan yang di masak oleh mamanya.

`Angah, sakit ke’ tanya Maimunah lagi. Dari riak wajahnya mengambarkan bahawa Maimunah begitu risau akan permasalah yang melanda anak keduanya itu. Sebagai seorang ibu, nalurinya sentiasa dapat merasakan sesuatu yang tidak kena bila melihat anaknya bersedih.

Farah Ain seorang yang sangat ceria. Di rumahnya ia seperti seorang ratu lawak. Ada sahaja cerita lucu yang di perdengarkan membuat ahli keluarga tergelak. Ia seorang yang `happy go luck’ dan sentiasa menjaga hati serta perasaan orang lain.

`Tak dalah mama, angah ok, angah cuma sedih sebab berpisah ngan kawan baik angah kat sekolah’ jawab Farah Ain.

`Sapa yang pindah dari sekolah angah’ tanya Maimunah lagi bagi mengetahui kisah sebenarnya.

`Honeyz, mama ingat tak anak makcik Norli tukang jahit tu’ kata Farah Ain menerangkan nama orang yang menjadi punca kesedihannya. Maimunah menganggukkan kepala tanda kenal kepada nama yang disebut oleh Farah Ain. Maimunah kenal kepada Honeyz dan juga ibunya Puan Norli. Maimunah pernah beberapa kali menempah baju kurung untuk dirinya dan anak-anaknya dengan ibu Honeyz Sazley.

`Kenapa dia pindah, Angah’ soal Maimunah lagi.

`Ia ikut mak dan ayahnya pindah ke Melaka’ jawab Farah Ain lagi.

`Melaka, jauhnya. Susahlah mama lepas ni nak tempah baju. Baju yang mama buat dengan dia semuanya sedap di pakai’ kata Maimunah lagi yang agak terperanjat kerana kawan anaknya itu berpindah le luar negeri Johor.

`Kesian, angah’ kata Farah Edora menyampuk. Farah Edora tiba-tiba muncul dari belakang mamanya dan terus mengusik kakaknya. Nada suaranya seperti menyindir bukan simpati.

Farah Ain hanya diam atas ucapan adiknya itu. Ia sudah terbiasa dengan keletah adiknya dan tahu bahawa ucapan itu adalah hanya gurauan. Farah Edora mendekati Farah Ain dan duduk di sebelahnya dan memeluk kakaknya dengan erat.

`Angah, Dorakan ada. Dora pun kan kawan Angah jugak’ kata Farah Edora memujuk hati kakaknya yang sedih itu.

Farah Ain terharu dengan simpati yang di tunjukkan oleh adik bungsunya itu. Maimunah yang sedari tadi masih disitu hanya melihat kedua-dua orang anaknya berpelukan. Hatinya begitu bangga dan gembira kerana anak-anaknya saling menyayangi antara satu sama lain. Semangat itu sebenarnya telah lama di pupuk oleh Maimunah kepada anak-anaknya. Bagi Maimunah tiada harta yang paling bernilai di dunia ini selain kasih sayang. Kasih sayang tidak boleh di beli dengan wang ringgit. Walau sekaya macammanapun seseorang itu, jika tiada kasih sayang wujud dalam jiwanya, sebenarnya ia adalah orang yang paling miskin dan papa di dunia ini. Maimunah selalu mengingatkan anak-anaknya agar menjaga perhubungan antara mereka agar tidak terputus akibat pergaduhan atau persengketan sesama sendiri Bagi Maimunah seteruk-teruk pun seseorang itu, ia seumpama air, Air tak akan putus walau di cincang lumat berjuta-juta kali.

Sedang mereka anak beranak berbual-bual, kedengaran dari corong radio jenama Sony milik keluarga mereka lagu `Salam Terakhir’ yang dinyanyikan oleh Sudirman Arshad. Bait-bait lagunya begitu mengusik jiwa Farah Ain. Antara senikatanya berbunyi


Sampaikan salam buat semua

Salam terakhir,

salam teristimewa

Kepada kau yang tersayang

Pada teman yang ku kenang

Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku

Mengucap salam terakhir kepada mu

Kerna waktu berputaran

Bimbang tak berkesempatan

Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan

Yang amat menyakitkan

Aku yang tidak berdaya

Hanya berserah padaNya

Salam akhir

Salam yang teristimewa

KepadaNya ku memohon keampunan

MelaluiNya ku beri kemaafan

Kepadamu

Andainya aku punya waktu

Masih ku ingin mengulangi semula

Saat indah bersama mu

Sayang tak berkesempatan

Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Menitis airmata Farah Ain di iringi oleh tangisan kecil Maimunah dan Farah Edora yang terus memeluk erat kakaknya.


bersambung di episod 10....

No comments:

Post a Comment