Monday, September 5, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 8

Episod Lapan……

Sambungan dari episod 7....


Sekolah Menengah Sultan Ismail, JB
Tahun 2001


Farah Ain kakak kepada Farah Edora bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail (SSI) Johor Bahru sejak di tingkatan empat lagi. Sebelum ini ia belajar di Sekolah Menengah Bandar Baru Uda. Farah Ain lebih cenderung untuk belajar di bidang teknikal walaupun ia seorang perempuan. Di sekolah Farah Ain rapat dengan ramai teman-teman perempuan dan lelaki. Ia lebih selesa berkawan dengan pelajar dari bangsa cina kerana mereka tidak lokek ilmu dan mudah membantu. Mungkin wajahnya sedikit seakan-akan peranakan cina membuat kawan-kawan berbangsa cina selesa berkawan dengannya.
Namun begitu kawan yang paling rapat dengan Farah Ain adalah Honeyz Sazley. Honeyz Sazely sering kali di lihat menemani Farah Ain di perpustakaan sekolah mereka. Mereka mula rapat sejak di tingkat empat kerana berada dalam bilik kelas yang sama. Farah Ain merasa selesa bersama Honeyz Sazley kerana jiwa mereka hampir sama. Wajah mereka seiras dan mempunyai banyak persamaan. Yang berbeza cuma, ayah Farah Ain berkerja di agensi Kerajaan sebagai pegawai polis manakala ayah Honeyz Sazley bekerja sendiri dengan membuka kedai menjahit pakaian lelaki dan wanita.

`Ain, lepas SPM nanti berpisahlah kita. Kau ke mana aku ke mana? Kata Honeyz Sazley ketika sedang mengulangkaji pelajaran di perpustakaan di sekolah mereka.

`Entahlah Honeyz, aku pun tak tahu nak ke mana nanti’ jawab Farah Ain sambil tangan kirinya menulis sesuatu pada buku notanya.

`Kau rasa bidang apa sesuai kita ambil lepas SPM ni. Sekarang ni, universiti tumbuh bak cendawan di Negara kita. Kalau salah pilih kos, penat aje kita buang masa belajar, tapi akhirnya susah nak dapat kerja. Maka jadilah penganggur terhormat’ jelas Farah Ain lagi dengan panjang lebar tanda kerisauannya.

`Mak dan ayah aku, kalau boleh suruh aku ambil kos perniagaan kerana kata mereka senang nanti boleh kembangkan perniagaan keluarga’ kata Honeyz Sazley lagi.
`Ain, kau tak minat nak masuk maktab perguruan?. Kata cikgu Ariffin kalau kita masuk Maktab Perguruan, terjamin masa depan kerana kerja dah menunggu. Lagipun kata cikgu Ariffin lagi belajar di Maktab Perguruan kita akan di bayar elaun setiap bulan’ tutur Honeyz Sazley lagi bagi memberi cadangan kepada Farah Ain untuk menceburi bidang perguruan.

`Aku tidak minatlah jadi cikgu, Honeyz. Memang kerja cikgu hanya separuh hari dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari, tapi lepas waktu pejabat kena tanda buku kat rumah, buat persediaan mengajar, terlibat dengan pelbagai aktiviti kokurikulum sekolah dan macam-macam lagi tugasan yang di arahkan kelak’ jawab Farah Ain yang menunjukkan bahawa ia tidak berminat dengannb bidang perguruan.

`Kau nak masuk maktab perguruan ke Honeyz’ Tanya Farah Ain pula kepada Honeyz Sazley.

`Taklah, aku pun tak minat mengajar. Jiwa aku lebih kepada bidang lain. Aku lebih suka jadi seorang kaunseling atau pensyarah. Kalau boleh aku nak buka syarikat sendiri dan tidak mahu terikat dengan agensi Kerajaan atau swasta’ jelas Honeyz Sazley yang senada dengan Farah Ain tidak meminati bidang perguruan.

Bidang perguruan merupakan bidang yang seringkali menjadi pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas menamatkan pengajian mereka di tingkatan lima. Untuk memasuki Maktab Perguruan, seseorang pelajar itu perlu membuat permohonan ke Jabatan Pelajaran Malaysia. Sebelum dibenarkan untuk mengikuti pengajian di Maktab Perguruan suatu sessi temuduga perlu di hadiri oleh calon. Temuduga pula terbahagi kepada dua sessi. Sessi pertama secara berkumpulan dan sessi kedua secara individu. Penampilan dan aktiviti-aktiviti di sekolah memainkan peranan dan membantu jaya atau gagal seseorang calon itu.
Kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerjaya yang amat mulia. Sebagai seorang guru yang mendidik anak bangsa, segala kudrat dan ilmu yang di turunkan kepada anak murid merupakan suatu amal jariah dan pahala yang besar bagi seseorang muslim. Namun begitu, kini ramai pelajar yang tidak mahu berkecimpung dalam bidang ini kerana bebanan kerja yang semakin banyak dan mencabar. Dewasa ini, sekolah-sekolah berlumba-lumba untuk melahirkan pelajar yang lulus dengan cemerlang dan mencapai sasaran seratus peratus. Kejayaan yang di capai akan membolehkan sekolah menjadi terkenal dan guru-gurunya di beri pengiktirafan atas kejayaan mereka membimbing pelajar-pelajar mereka. Kejayaan melahirkan cerdik pandai juga membolehkan sekolah-sekolah di naik taraf dan dijadikan sekolah bistari dan sekolah contoh.

`Assalamualaikum, boleh saya duduk di sini’ tegur seorang budak lelaki yang meminta izin Honeyz Sazley untuk duduk disebelahnya kerana ketiadaan kerusi kosong di ruang lain.

`Waalaikum Salam, Boleh, duduklah’ jawab Honeyz Sazley sambil terpinga-pinga kerana tidak mengenali budak lelaki itu.

Farah Ain yang duduk di meja hadapan budak lelaki itu hanya melihat sahaja perlakuan budak lelaki itu. Dari permerhatiannya, budak lelaki itu tidak pernah di lihatnya di sekolah itu sebelum ini. Walaupun sekolahnya besar, namun kelibat pelajar mudah di kenali jika berada di tingkatan yang sama. Pelajar di depannya di rasakan dalam tingkatan yang sama dengannya dan Honeyz Sazely. Ketiadaan logo sekolah pada bajunya menguatkan telahannya bahawa budak lelaki itu pelajar baru di sekolahnya.

`Awak, baru di sekolah ni ke’ sepontan Farah Ain bertanya bagi menghilangkan keraguannya.

`Ya’ jawab budak lelaki itu.

`Awak dari Sekolah mana sebelum ni’ Tanya Honeyz Sazley pula.

`Saya dulu belajar di Sekolah Menengah di Pontian. Saya berpindah ke sini kerana ayah saya menjawat jawatan baru di Jabatan Penerangan Negeri Johor.’ Jawab budak lelaki itu sambil memandang ke arah Honeyz Sazley disebelahnya sambil memusingkan badannya.

`Awak tingkatan berapa’ Tanya Farah Ain kembali.

` Tingkatan Lima’ jawab budak lelaki itu ringkas.

`Kalau gitu, sama lah kita’ kata Honeyz Sazley lagi.

`Kita ni asyik sembang tanya itu ini, nama awak sape’ soal Farah Ain kepada budak lelaki itu.

`Oh, lupa lak nak kenalkan nama. Nama saya Aqeel Hakimi bin Hj Idris. Panggil saja saya Hakimi atau Kimi’ terang budak lelaki itu.

`Saya Farah Ain bte Johari, panggil saja Ain. Yang duduk sebelah awak tu Hanis bte Sazali, nama pena dia Honeyz Sazley’ kata Farah Ain memperkenalkan dirinya dan kawan rapatnya Honeyz Sazley.

Honeyz Sazley hanya mengangkatkan kening sebagai tanda bersetuju dengan salam perkenalan dari Farah Ain yang mewakili dirinya kepada Aqeel Hakimi.

Aqeel Hakimi seorang pemuda yang sederhana. Badannya kurus tinggi. Kulitnya putih ke merah-merahan. Wajahnya bujur sirih, di mana jika diperhatikan ada iras Yusri dari kumpulan KRU. Ia tidak bermisai tapi menyimpan sedikit janggut. Aqeel Hakimi telah mengambil keputusan untuk berkawan dengan Farah Ain dan Honeyz Sazley. Baginya perbezaan jantina tidak menjadi halangan. Keramahan Farah Ain dan Honeyz Sazley memikat hatinya. Farah Ain dan Honeyz Sazley sendiri tidak keberatan bila Aqeel Hakimi mohon untuk berkawan dengan mereka. Lagipun bagi Farah Ain dan Honeyz Sazley keinginan Aqeel Hakimi berkawan dengan mereka bak Pucuk di cita, ulam mendatang.
Sejak saat itu, mereka bertiga menjadi kawan baik walaupun berada di kelas yang berlainan. Perpustakaan sekolah menjadi markas pertemuan mereka. Di situlah mereka bergurau senda dan mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan SPM yang menjadi landasan akhir sebelum melangkah kaki ke pusat pengajian tinggi atau mana-mana institusi menjadi fokus mereka. Mereka menanam azam untuk masuk ke universiti. Aqeel Hakimi yang merupakan anak sulong dalam keluarganya menjadi harapan dan contoh kepada adik-adiknya. Baginya ia harus berusaha dengan gigih agar dapat menakluki mana-mana universiti di negara ini. Bagi Honeyz Sazley pula kegagalan kakaknya untuk masuk ke universiti menjadi cabaran yang kuat baginya agar dapat menjadi orang pertama dalam keluarga yang sampai ke menara gading itu.
Farah Ain pula mahu mengikut jejak langkah kakak sulongnya Farah Atillia yang telah berjaya ke Menara Gading. Sebagai seorang lelaki Aqeel Hakimi perlu bersaing dengan Farah Ain dan Honeyz Sazley yang dilihatnya jauh kehadapan. Mereka berdua sering mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan penggal. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka menjadi dorongan Aqeel Hakimi.

`Hakimi, kau tak malu ke bergaul dengan dua orang budak perempuan tu’ tegur Suhairi ketika sedang minum pagi di kantin sekolah mereka.

`Malu. Aku lebih malu kalau berkawan dengan kawan sejenisku macam kau orang yang asyik berseronok sahaja tanpa memikirkan peperiksaan yang akan mendatang. Hairi, kita ni lelaki, kita sepatut lebih pro aktif dalam pembelajaran kerana kita bakal menjadi ketua keluarga. Kau tak malu ke kalau nanti bila kerja, bos-bos kita semuanya perempuan.’ Jawab Aqeel Hakimi dengan panjang lebar seperti memberi ceramah motivasi kepada kawan-kawannya. Aqeel Hakimi pelik melihat sikap kebanyakan pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya yang tidak begitu mengambil berat tentang masa depan mereka. Baginya, jika ia menghampiri mereka nescaya kelak ia juga akan menjadi seperti mereka, lalai dan hanyut dalam dunia remaja mereka.

Pada hari Jumaat, semasa berada di perpustakaan sendirian, Farah Ain di datangi oleh Aqeel Hakimi. Aqeel Hakimi datang dengan membawa sesuatu yang di isi dalam beg plastik berwarna kekuningan. Beg plastik yang di bawa diserahkan kepada orang yang sepatutnya menerima iaitu Farah Ain. Farah Ain agak terkejut dengan pemberiaan Aqeel Hakimi itu.

`Ain, esokkan hari lahir awak yang ke tujuh belas tahun. Esok hari cuti jadi saya tak jumpa awak, jadi saya bagilah hari ni’ kata Aqeel Hakimi. Aqeel Hakimi tahu hari kelahiran Farah Ain ialah pada tanggal 24 April. Tarikh itu jatuh pada hari sabtu. Oleh kerana sabtu hari cuti, maka ia merasakan amat sesuai jika hadiahnya diserahkan sehari lebih awal kerana dengan cara itu ia harap Farah Ain akan menghargai pemberiannya.

Farah Ain hanya tersenyum kecil dan tak menyangka bahawa Aqeel Hakimi akan mengambil berat tentang hari kelahirannya. Baginya apa hadiah yang diberikan tidak menjadi soal tetapi ingatan yang ada pada diri si pemberi membuatkan ia terharu. Ketika Aqeel Hakimi memberikan hadiah kepada Farah Ain, Honeyz Sazley sedang melangkah masuk ke dalam perpustakaan dan sempat menyaksikan detik bersejarah itu. Hati kecil Honeyz Sazley berdetik seketika. Syaitan yang menjadi musuh utama manusia mula menyelusuri ke dalam darah dan akal fikirannya. Perasaan irihati tiba-tiba hadir tanpa di pinta. Kepada Farah Ain di lontarkan rasa irinya. Honeyz Sazley sebenarnya ada menyimpan rasa kasih seorang perempuan kepada seorang lelaki bernama Aqeel Hakimi. Rasa kasih yang ada padanya tidak diluahkan kerana ia merasakan perlu pihak lelaki yang memulakan. Namun melalui peristiwa bersejarah yang disajikan di depan matanya membuatkan ia berfikir bahawa Aqeel Hakimi lebih tertarikh pada Farah Ain dari dirinya.

Jika di lihat dari pandangan mata seorang lelaki, Farah Ain dan Honeyz Sazley mempunyai banyak persamaan yang boleh membuat kaum adam tertarik. Mereka mempunyai ketinggian yang hampir sama, kulit mereka cerah keputihan dan berada pada ketinggian sederhana. Kelebihan pada Honeyz Sazley adalah pada jerawatnya. Jerawatnya kelihatan lebih banyak dari jerawat yang dimiliki oleh Farah Ain. Budi perkerti mereka juga bersopan dan baik tingkah laku.

Honeyz Sazley mengambil keputusan memberhentikan niatnya untuk duduk sama dengan Farah Ain dan Aqeel Hakimi. Ia membuat pusingan `U’ dan beredar dari perpustakaan itu dengan hati yang rawan dan kecewa. Kekecewaan itu ditujukan khas kepada Aqeel Hakimi dan Farah Ain.

`Terima kasih Hakimi’ tutur Farah Ain dengan lembut sambil mengukirkan senyuman yang membawa seribu erti.

Aqeel Hakimi hanya tersenyum sebagai tanda menerima ucapan terima kasih dari Farah Ain. Aqeel Hakimi lega kerana Farah Ain sudi menerima pemberiannya. Sejak semalam kerisauan melanda hatinya kerana takut hadiah yang tak seberapa nilainya itu di tolak oleh Farah Ain. Kesudian Farah Ain menerimanya mengembirakannya.

Kegembiraan itu juga telah melupakan Farah Ain bahawa hari itu Honeyz Sazley yang sentiasa berada bersamanya di perpustakaan tiada. Kehadiran hadiah daripada Aqeel Hakimi melupakan sejenak ia pada sahabatnya itu. Di perpustakaan kini hanya Farah Ain dan Aqeel Hakimi berdua duduk mentelaah buku-buku yang di pinjam di rak-rak perpustakaan sekolahnya tanpa Honeyz Sazley.
Semasa sama-sama membuat rujukan dan pembacaan, mata Hakimi tertumpu pada perlakuan dan gerak geri Farah Ain. Keadaan ini di sedari oleh Farah Ain. Hakimi di tegur oleh Farah Ain kerana perlakuannya itu.

`Hakimi, kenapa awak pandang saya macam itu’ kata Farah Ain yang tiba-tiba memberhentikan pembacaannya dan memandang tepat ke muka Aqeel Hakimi. Aqeel Hakimi tenang dan menjelaskan perlakuannya kepada Farah Ain.

`Ain, sejak saya kenal awak, saya dapati awak ni lain sikitlah’ jawab Aqeel Hakimi dengan jujur.

`Lain macam mana tu Hakimi’ soal Farah Ain kembali. Ia semakin teruja untuk mendengar penjelasan daripada Hakimi.

`Ain, saya lihat awak lain daripada pelajar perempuan yang saya kenali. Awak pakai jam tangan kanan, jarang kalau kita lihat orang perempuan pakai jam tangan kanan. Jam sport pulak tu. Tulis pakai tangan kiri.’ Jelas Aqeel Hakimi kepada persoalan yang bermain di fikiran Farah Ain.

`Pelik ke, pada saya biasa aje. Saya memang suka pakai jam sport kat tangan kanan sebab senang nak tengok waktu dan pakai sesuatu kat tangan kanan sunnah, Hakimi. Tentang tulis pakai tangan kiri, saya memang dah terbiasa sejak kecil lagi. Mama saya pernah nak tukarkan, tapi tak boleh sebab rasa kekok pulak. Saya tak tahulah kalau perkara tu pelik pada awak’ terang Farah Ain panjang lebar kepada kepelikan Hakimi padanya.

`kalau saya pelik, kenapa awak nak kawan dengan saya’ usik Farah Ain sambil mengetukkan pen yang di pegang ke tangan kiri Hakimi. Hakimi hanya tersenyum kecil kerana ketukan yang dibuat oleh Farah Ain tidak terasa sakit pada jari jemari kirinya. Ketukan itu seperti ketukan sayang seorang guru pada anak muridnya.

`Sebab keistimewaan awak itulah yang menyebabkan saya suka berkawan dengan awak Ain. Satu lagi perkara yang paling saya suka kat awak ialah senyuman’ jawab balas Hakimi kepada hujah Farah Ain dengan menberikan satu lagi persoalan.

`Senyuman’ Tanya Farah Ain.

`Ya, senyuman. Ain, awak kalau senyum, saya lihat bukan sahaja mulut awak yang menguntumkan senyuman tetapi juga mata awak. Mata awak akan mengecil dan seolah-olah turut sama tersenyum. Saya lebih suka perhatikan mata awak bila awak tersenyum’. Jelas Aqeel Hakimi lagi.

Farah Ain begitu terperanjat dan terharu, ia tak menyangka bahawa Hakimi begitu memperhatikannya. Selama ini ia lihat Hakimi seorang lelaki yang pemalu, tapi pada hari itu Farah Ain merasakan ia sedang berhadapan dan berbicara dengan seorang perawan yang sedang cuba mengoda hati si dara.

`Ain Yang Unik, Ain Yang Unik, Ain Yang Unik’ ayat itu berulang-ulang kali terucap dalam minda Aqeel Hakimi hingga akhirnya sepotong ayat itu jelas kedengaran pada cuping telinga Farah Ain.

`Ain yang unik, apa tu Hakimi’ Tanya Farah Ain apabila terdengar kalimah itu diucapkan dengan jelas oleh Hakimi.

`Ain, apa kata saya panggil awak `AYU’ maksudnya Ain Yang Unik’ sepontan idea keluar dari mulut Hakimi.

`Ayu? Farah Ain pula pelik dengan nama itu.

`Ok Ain, mula hari ini dan sempena Hari Lahir awak esok, saya nak panggil awak dengan nama Ayu. Awak suka atau tak saya tetap akan panggil dengan nama itu.’ Kata Hakimi yang membuatkan Farah Ain semakin pelik dan termenung seketika. Lama mereka berdua terdiam seperti malaikat yang sedang lalu di hadapan mereka. Hakimi hilang tumpuan pada bukunya dan Farah Ain pula meletakkan tangan kanannya di bawah dagu sambil berfikir sejenak. Buku yang sejak tadi dipegangnya juga telah lama di abaikan.

`Ok Hakimi, saya setuju awak panggil saya dengan nama Ayu, tapi dengan satu syarat’ kata Farah Ain.

`Syarat, syarat apa pulak Ain’ tanya Hakimi lagi.

`Awak boleh panggil saya dengan nama Ayu jika awak setuju saya panggil awak dengan nama Kim sahaja’. Jelas Farah Ain.

`Kim, Kim’ Hakimi menyebut-nyebut nama itu berulang kali seperti ada tidak kena pada nama itu.

`Ain, Kim tu macam nama orang Korea aje’ ulas Hakimi pada nama gelaran baru yang diberi oleh Farah Ain padanya sambil menguntumkan senyuman seperti memperli.

`Setuju atau tidak?. Kalau tak, saya tak benarkan awak panggil saya Ayu’ kata Farah Ain lagi seperti mengugut kepada Hakimi.

`Ok, saya setujulah. Kim pun Kim lah’ terang Hakimi lagi sambil tergelak kecil. Mereka berdua sama-sama tertawa. Helaian tawa Farah Ain yang kini bergelar `Ayu’ lebih kuat dan mendayu-dayu dari tawa Hakimi yang kini bergelar ‘Kim’.

`Kim, kalau boleh saya mahu antara kita berdua aje panggilan itu di buat. Jika bersama-sama rakan-rakan, saya harap kita gunakan nama biasa aje’ terang Farah Ain lagi.

`Ok’ jawab Hakimi pendek tanda setuju.

Kaum Adam biasanya mudah untuk membuat sesuatu keputusan. Bagi mereka jika sesuatu perkara itu tidak membebankan dan senang tak perlulah nak fikir panjang. Kaum Adam lebih suka memudahkan sesuatu perkara dari menyusahkannya. Ini tidak berlaku pada kebanyakkan kaum Hawa. Kaum Hawa biasanya lebih berhati-hati dan berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan. Pro dan kontra ini sebenarnya merupakan satu kebaikan dan keserasian yang bakal wujud dalam setiap perhubungan antara dua kaum ini. Kaum Hawa selalunya menjadi penasihat dan pendamping yang baik bagi kaum Adam. Kesilapan biasanya dapat di atasi bila ada suatu pihak lain yang dapat melihat dan peka kepada keadaan itu. Jika kedua-dua kaum ini sama dalam setiap langkah dan tindakan memungkinkan sesuatu keputusan itu di buat dengan amat mudah dan tanpa penelitian.

Kaum Hawa boleh di ibaratkan sebagai penapis untuk air kopi `O’ yang hendak diminum oleh si Adam. Kopi `O’ yang asli bukan uncang biasanya perlu di tapis sebelum di minum. Jika tidak, akan tersekatlah hampas kopi itu di kerongkong si peminumnya. Adam dan Hawa sesungguhnya memang telah di jadikan oleh Allah S.W.T sebagai pasangan yang saling lengkap melengkapi. Sejak di usir dari syurga Allah, Adam dan Hawa terdampar secara berasingan. Dengan kuasa Allah mereka bertemu kembali dan disatukan. Maka mula detik itu bermulalah kehidupan manusia di alam maya ini. Perhubungan antara kaum lelaki dan wanitalah yang mengembangkan umat manusia di dunia ini. Tidak akan ada kaum lain di dunia ini yang boleh bersatu dan berkembang biak. Binatang juga perlu di satukan antara jantan dan betina bagi penambah baka mereka.

`Ayu, esok jumpa lagi’ Hakimi mengucapkan selamat tinggal pada Farah Ain untuk waktu itu sebelum menjelma hari esok.

`Bye, Kim’ pendek jawab Farah Ain @ Ayu.

Tiba di rumah, Farah Ain tak sabar lagi untuk membuka hadiah yang diberikan oleh Hakimi walaupun hari lahirnya jatuh pada ke esokkan hari. Hadiah yang di isi dalam beg plastik di keluarkan. Hadiah itu di bungkus dengan rapi menggunakan kertas berwarna putih. Di luarnya di tulis nama penerima dan alamat menggunakan pen warna biru. Farah Ain terus mencari sisi bungkusan itu dan mula membukanya. Setelah selaput pertama yang di balut dengan kertas putih di leraikan, kelihatan kotak berwarna hijau. Farah Ain terus membuka penutup kotak itu untuk melihat isi kandungannya. Dalamnya terletakan beg plastik kecil yang menempatkan sehelai tudung kepala berwarna oren keputihan. Farah Ain mengeluarkan tudung itu dan cuba memakainya. Cermin menjadi saksi senyuman terukir di wajah bulat si pemilik diri.

`Macam tahu-tahu aje Hakimi tahun ini aku nak buat baju raya warna oren’ kata hati Farah Ain berbicara ketika mencuba memakai tudung kepala berwarna oren itu.


bersambung d'episod 9..

No comments:

Post a Comment