Monday, August 29, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 6

Sambung dari Episod Lima…


Johor Bahru tahun 2005


Di rumah, Farah Edora tinggal berdua dengan kakaknya Farah Ain. Lain-lain anggota keluarganya hanya akan berkumpul di rumah sekitar jam 5.30 petang. Selesai makan tengahari, Farah Edora segera masuk ke biliknya untuk solat zuhur dan berehat. Di sudut tepi biliknya kelihatan Farah Ain, kakaknya yang pulang lebih awal sedang asyik menaip sesuatu pada `notebook’ nya. Farah Edora menghampiri kakaknya dan terus memeluk lehernya.

`Ha, tulis apa tu, chit cat he’ sergah Farah Edora lembut sambil mencium pipi kiri kakaknya. Farah Ain hanya membiarkan sahaja perlakuan itu kerana ia perbuatan yang selalu dilakukan oleh Farah Edora. Walaupun telah dewasa mereka masing seperti kanak-kanak berusia lima tahun yang suka bergurau dan bermanja-manja.

`Angah dah solat’ kata Farah Edora sebagai ingatan untuk kakaknya. Farah Ain hanya mengangguk kan kepala tanda telah melaksana kan rukun islam yang kedua.

`Adik dah makan dan kemas meja makan’ soal Farah Ain pula sambil tangannya menari-nari di atas `keyboard notebook’ nya.

`Dah beres tuan’ jawab Farah Edora berseloroh sambil melepaskan pelukan di leher kakaknya.

Farah Ain sebenarnya sedang menaip `resume’ bagi memohon jawatan kosong yang sedang di iklankan oleh sebuah syarikat swasta di Johor Bahru. Banyak permohonan jawatan di agensi kerajaan dan swasta yang di pohon, namun masih belum membuahkan hasil.

`Angah, susah jugak he nak dapat keja walaupun dah ada ijazah’ tanya Farah Edora kepada kakaknya yang sedang mengoyang-goyangkan kepala sambil menaip di `notebook’ nya.

`Memang susah dek, sebab sekarang ramai sangat orang perempuan yang lulusan tinggi macam akak. Kalau orang lelaki senang sikit nak dapat kerja kerana kaum mereka ramai yang lulus setakat SPM aje. Jadi persaingan kurang dan mudahlah mereka menjawat jawatan tinggi di jabatan kerajaan dan swasta’ terang Farah Ain dengan nada sedikit hampa atas apa yang berlaku.

`Angah, tadi masa kat sekolah adik jumpa kawan lama adik masa sekolah rendah’ Farah Edora mula mengalihkan topik perbualan dengan kakaknya bagi menghilangkan ketegangan pada kakaknya Farah Ain.

`Kawan lama, sapa’ tanya Farah Ain sambil memberhentikan kerja menaipnya itu.

`Firdaus Hambali, kakak masih ingat lagi tak budak tu’ Farah Edora terus memberitahu nama kawannya itu kepada Farah Ain. Farah Ain kelihatan keraguan dan tidak dapat mengingati nama budak lelaki yang diutarakan oleh adiknya.

`Alah Ngah, budak kurus-kurus yang suka kelipkan mata tu, takkan Ngah tak ingat’ Farah Edora memberikan penjelasan lanjut bagi mengingatkan kakaknya.

`Oh, ingat, ingat, budak tu’ Farah Ain segera teringat kepada budak lelaki yang disebut oleh adiknya. Farah Ain masih ingat semasa ia di darjah enam, budak lelaki itu di darjah dua bersama adiknya Farah Edora. Seingatnya Farah Edora amat rapat dengan budak lelaki itu kerana sering bermain bersama-sama di sekolah.

`Macam mana dia sekarang tentu lagi `handsome’ kan dik’ soal Farah Ain lagi setelah mengingati budak lelaki bernama Firdaus Hambali itu.

`Ah, `handsome’ lah jugak Ngah, sampai adik terpaku bila dia duduk di depan adik kat perpustakaan tadi’ jawab Farah Edora sambil tersenyum kambing.

`Patutlah akak tengok sedari tadi adik `happy’ aje, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu’ usik Farah Ain sambil mencubit kecil pada pinggang Farah Edora. Farah Edora membalasnya hingga menyebabkan berlakulah senda gurau di atas katil dua tingkat yang di diami oleh mereka berdua.

`Adik, cinta lama berputik semula, he’ Farah Ain terus mengusik adiknya hingga mengundang rasa geram Farah Edora.

`Tak da lah ngah, cintan-cintan tak mainlah, adik nak belajar dulu sampai dapat ijazah macam Angah dan Along barulah boleh fikirkan tentang pakwe’ jawab Farah Edora sambil tangannya membetulkan tshirt kolar bulat yang dipakainya akibat renyuk di perlakukan oleh Farah Ain.

`Ya ke ni’ Farah Ain terus mengusik bagi menguji jati diri adiknya.

`Betul, sumpah’ Farah Edora duduk tegak sambil tangan kanannya diangkat seperti seorang Menteri mengangkat sumpah taat setia di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebelum menjawat jawatan dalam Kabinet.

`Ngah, bulan depan hari jadi adik, Angah nak bagi hadiah apa?’ soal Farah Edora yang sekali lagi mengubah tajuk cerita bagi mengelakkan ia di sensasikan oleh kakaknya. 25 Mei merupakan hari ulangtahun kelahiran Farah Edora yang ke 17 tahun. Ini bermakna tinggal lagi lima atau enam bulan untuk ia menyiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan yang terpenting dan penentu arah tuju diri iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

`Adik nak hadiah apa’ soal Farah Ain kembali. Farah Ain tidak pernah lupa untuk memberikan sesuatu tanda ingatan pada hari kelahiran adiknya itu. Sebelum ini, walaupun ia belum bekerja dan masih menuntut, duit saku yang di beri oleh ayahnya di simpan sedikit untuk membeli hadiah adiknya. Baginya nilai hadiah tidak penting, yang penting adalah ingatan kepada peristiwa itu.

`Handphone’ boleh?’ jawab Farah Edora dengan penuh semangat.

`Mahal tu’ Farah Ain berkata lagi sambil mengerutkan mukanya.

`Kalau nak `handphone’ adik mintaklah ngan Along, dia banyak duit’ usul Farah Ain kepada adiknya Farah Edora.

`Takutlah Ngah nak minta ngan Along’ tutur Farah Edora sambil mencerutkan hidungnya.

`Alah, Along oklah, dia tak marah punya kalau adik yang mintak’ pinta Farah Ain.

`Angah bukan tak mahu bagi, mahu, tapi gaji Angah kecik aje dik, Angah kerja sambilan aje, tak lama lagi dah kena berhenti sebab dah habis tempoh’ tambah Farah Ain lagi dengan nada sedih mengenangkan permintaan adiknya itu.

`Tak pa lah Ngah, adik tak kisah, nanti kalau adik dah keja, adik beli sendiri’ jawab Farah Edora sambil bangun meninggalkan kakaknya keseorangan duduk di katil dua tingkat di bilik mereka.

Farah Ain terdiam seketika bila melihat adiknya keluar dari bilik dengan muka yang penuh kecewa dan hambar. Tanpa di pinta mengalir air mata di pipi mengenangkan kegagalan mengembirakan hati adik bongsunya itu. Kira-kira dua minit kemudian, Farah Ain bangun sambil mengesat air mata di pipi dengan tuala mandi yang di sangkut di kerusinya lalu membuka pintu bilik untuk ke tingkat bawah rumahnya. Di tingkat bawah rumahnya suasana kembali ceria. Semua anggota keluarganya telah kembali dari pusat-pusat sumber rezeki mereka. Kelihatan ayahnya sedang membuka stokin berwarna hitam sambil duduk di sofa. Mamanya pula sedang di dapur mengambil sesuatu dalam peti sejuk jenama Panasonic.

Kakak sulongnya, Farah Atillia masih di beranda rumah sedang mengambil sesuatu di bonet kereta Honda Jazz berwarna putih miliknya. Kereta itu dibeli oleh Farah Atillia atas titik peluhnya sebagai penjawat awam. Farah Ain yang berdiri di depan pintu, mencari-cari kelibat seorang lagi ahli keluarganya. Farah Atillia hanya memerhatikan perlakuan adiknya seraya bertanya.

`Angah, angah cari siapa?’. Soal Farah Atillia sambil menutup bonet keretanya.

`Adik, Along Nampak dia tak’. Tanya Farah Ain kembali.

`Tadi Along Nampak dia keluar, ke kedai depan sana kot?’ Jelas Farah Atillia mengungkaikan pencarian Farah Ain.

`Kenapa ngan adik, Along nampak muka dia muncung aje masa ia keluar tadi. Along pun tak ditegurnya’. Farah Atillia terus bertanya bagi mengungkai keraguannya pula tentang sikap adiknya. Adiknya selalunya sangat ceria dan manja. Hari itu seperti ada yang tak kena membuatkan tingkahnya di perhatikan.

`Entahlah Long, Angah pun tak tahu. Dia merajuk kot’ jawab Farah Ain lagi.

`Merajuk’ pendek pertanyaan Farah Atillia.

Farah Ain duduk di kerusi kayu di beranda rumah mereka dan dituruti oleh kakaknya Farah Atillia yang duduk di kerusi lain yang berada di situ. Farah Ain terpaksa berterus terang dengan kakaknya kerana ia tahu kakaknya seperti telah tahu apa yang berlaku. Ini disebabkan Farah Ain telah tersalah cakap tentang isu `merajuk’.

`Along, bukan tak leh bagi Ngah, tapi bulan ni Along nak pakai duit banyak sikit sebab nak ganti keempat-empat tayar kereta yang dah haus bunganya’ kata Farah Atillia sambil menunjukkan rupa bentuk tayarnya yang sudah hilang seri bunganya kepada Farah Ain.

`Tak palah nanti Along cuba pujuk dia’ kata Farah Atillia lagi.

Farah Ain memahami akan permasalah kakaknya kerana ia tahu kos bagi menganti sebuah tayar memakan belanja sebanyak RM150 .00 hingga RM200.00 . Bagi empat buah tayar menelan belanja sebanyak lebih kurang RM600.00 ringgit.

`Long, kita cuba mintak kat Ayah, Ayah tentu bagi sebab ia sayang sangat kat adik’ usul Farah Ain kepada kakaknya.

`Janganlah Ngah, kesian kat Ayah. Tahun ni kan Ayah dan Mama nak ke tanah suci mengerjakan haji. Tentu nak pakai banyak duit. Jadi janganlah kita bebankan ayah’ jawab Farah Atillia sebagai tanda tidak bersetuju dengan usul Farah Ain.

`Ya Allah, lupa Angah tentang itu. Nasib baik Along ingatkan, kalau tak Angah dah nak cakap aje dengan Ayah’ kata Farah Ain sambil mengaru-garu kepalanya.

`Angah, Along rasa kita jangan manjakan sangat adik tu. Tahun ni kan dia dah genap 17 tahun. Along rasa ia patut memikirkan bahawa tak semua perkara yang dia hendak dia kena dapat. Takut nanti bila terlalu manja sangat ia tidak boleh berdikari kelak. Kita kan masa kecik mana selalu dapat apa yang kita hendak, tak macam dia. Along tahu Ayah sangat sayang kat dia sebab dia anak bongsu, tapi sampai bila Ngah’. Panjang lebar hujah Farah Atillia selaku kakak yang sulong kepada adiknya Farah Ain selaku anak kedua bagi membataskan sedikit kemanjaan adik mereka.

`Along bukan cemburu atau irihati kat dia, Along Cuma mahu dia tahu betapa susahnya Ayah ngan Mama kerja mencari duit bagi membesarkan kita. Along pasti, jika dia dah berkerja kelak dia akan tahu betapa berharganya setiap sen yang di perolehi daripada titik peluhnya sendiri’ Farah Atillia terus berhujah di beranda rumah mereka dengan nada sederhana agar Ayah dan Mamanya di dalam rumah tidak mendengar perbualan mereka.

`Betul cakap Along, Angah pun dah rasa betapa berharganya duit yang kita perolehi dari hasil titik peluh kita’ selah Farah Ain tanda setuju dengan hujah kakaknya.

`Habis macam mana kita nak buat Long’ soal Farah Ain pula bagi menyelesaikan kerumitan yang berlaku.

`Ok, macam ni, kita beritahu dia, dia boleh dapat `handphone’ jika dia lulus cemerlang dalam SPM tahun ni dengan kelulusan paling kurang 5A’ kata Farah Atillia sebagai usul bagi menyelesaikan kerumitan itu.

`Ok, Angah setuju’ ringkas jawab Farah Ain. Lega rasa hatinya kerana telah dapat menyelesaikan permasalah itu melalui musyawarah dengan kakak sulongnya, Farah Atillia.

`Along, Angah, apa buat kat luar tu. Masuklah ke dalam, tak manis orang tengok anak dara bersembang kat beranda’ kata Johari yang tiba-tiba muncul di muka pintu.

Farah Atillia dan Farah Ain tanpa menjawab terus bangun dari kerusi dan melangkah masuk ke dalam rumah. Farah Atillia terus menuju ke tingkat atas rumah mereka bagi menggantikan baju dan solat asar. Farah Ain duduk di sofa sambil mencapai surat khabar Harian Metro yang terletak di atas meja depan sofa yang didudukinya.

`Adik tak balik lagi dari kedai’ Tanya Johari kepada Farah Ain. Johari tahu Farah Edora ke kedai kerana semasa ia di beranda anak bongsunya itu telah meminta izinnya untuk ke kedai yang terletak 100 meter dari rumah mereka.

`Lum Yah’ pendek jawapan Farah Ain.

`Angah dah solat asar’ Tanya Johari lagi.

`Dah Yah’ jawab Farah Ain lagi.

Selang beberapa minit, kelihatan kelibatan Farah Edora masuk ke dalam rumah. Mukanya masih tidak mengukirkan apa-apa riak yang indah hanya terpapar wajah muram durja. Farah Ain tidak berkata apa-apa hanya buat-buat tak nampak kehadiran adiknya itu. Farah Edora terus berjalan laju menuju ke anak tangga pertama rumahnya untuk ke tingkat paling atas. Sampainya dimuka pintu bilik terus ia membukanya dan menutup kembali. Kedengaran bunyi pintu yang bergesel dengan jejari pintu hingga ke ruang tamu rumahnya. Farah Atillia yang sudah selesai solat asar tersentak sedikit mendengar bunyi pintu di bilik sebelahnya.

`Angah, Along ajak adik turun makan’ panggil Maimunah kepada anak-anaknya untuk makan malam pada jam 7.45 malam. Johari telah sedia duduk di sudut paling depan pada meja enam kerusi rumahnya. Sebagai ketua keluarga ia perlu dahulu duduk bagi mempengerusikan majlis makan malam yang diadakan setiap malam selepas solat maghrib dan sebelum Buletin Utama jam 8.00 malam.

Kelihatan Farah Atillia dan diikuti Farah Ain turun dengan memakai tshirt berkain batik tanpa Farah Edora. Farah Ain terus duduk manakala Farah Atillia ke dapur bagi melihat apa yang perlu di hidangkan lagi di meja makan.

`Mana adik’ Tanya Johari kepada Farah Ain.

`Ada kat bilik, kejap lagi dia turun’ jawab Farah Ain. Farah Ain semasa dipanggil oleh mamanya baru selesai solat maghrib dan Farah Edora pula mengambil giliran bersolat kerana bilik mereka tidak dapat menampung dua orang jemaah dalam suatu masa.

`Adik nanti lepas solat turun bawah `dinner time’’ kata Farah Ain sambil cuba berseloroh bagi mengingatkan adiknya itu.

`Tahu’ ringkas jawab Farah Edora tanpa melihat muka kakaknya.

Kira-kira jam 7.55 malam, Farah Edora turun dari biliknya dan terus ke ruang tamu. Ia mengambil alat kawalan jauh televisyen dan menekan butang `power’ untuk menghidupkannya. Saluran 103 ditekan bagi menonton Buletin Utama TV3 jam 8.00malam.

`Adik, jom makan dulu’ tegur Maimunah yang sedang menuang air ke gelas yang tersedia di atas meja makan.

`Tak pa lah mama, adik dah kenyanglah, siang tadi adik makan banyak’ jawab Farah Edora sambil tangannya menekan-nekan butang `remote control’ astro ke saluran lain kerana belum jam 8.00 malam untuk menonton berita.

`Makanlah sikit, nanti nak tidur lapar pulak’ celah Johari lembut bagi memujuk anak kesayangannya itu. Farah Ain dan Farah Atillia hanya mendiamkan diri kerana sedang asyik melayan ikan tenggiri masak lemak yang dimasak oleh mama mereka.

`Tak mahulah ayah, adik masih kenyang, makan banyak nanti takut gemuk lak macam budak tu’ jawab Farah Edora lagi sambil matanya mengerling ke arah seorang kakaknya yang sedang asyik bersantap. Farah Ain terhenti seketika dari keasyikan menyuap lauk masak lemak bila merasakan dirinya di jadikan contoh oleh Farah Edora. Farah Atillia yang duduk dihadapan Farah Ain dan menghadap kearah dapur membesarkan sedikit matanya ke arah Farah Ain.

Farah Ain yang terasa hati, hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan permasalahan yang hanya dia dan kakaknya sahaja yang tahu. Johari tidak bersuara lagi kerana Farah Edora telah mengutarakan alasan yang kukuh atas soalan yang dikemukakannya.

Di sekolah, Farah Edora seperti kebiasaannya akan ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran. SPM yang bakal di duduki hanya enam bulan masa yang tinggal. Bagi mencapai cita-cita dan keinginannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara mendorong ia berusaha dengan lebih gigih. Hari itu, ia berseorang sahaja kerana Ezzati cuti sakit dan Lyiana membantu guru sains Puan Zalimah mengemaskan peralatan ujikaji di bilik makmal sains.

`Hai, Dora seorang aje’ tiba-tiba muncul suara yang baru semalam di dengari menegurnya.

`Awak Daus, saya ingatkan sape tadi’ jawab Farah Edora sambil menulis sesuatu di buku catatan kecilnya (notebook).

`Mana Lyiana dan Ezzati’ Tanya Firdaus Hambali lagi bila melihat regu utama Farah Edora tidak kelihatan.

`Oh, mereka berdua ada urusan’ jawab Farah Edora lagi tanpa melihat ke arah Firdaus Hambali.

Firdaus Hambali tidak menyoal lagi tetapi hanya melihat sahaja jari-jemari Farah Edora menulis di buku notanya. Dalam hatinya lalu berkata `masih ada lagi `notebook’ yang aku bagi pada dia enam tahun dahulu’. Firdaus Hambali memang amat mengenali buku nota yang di tulis oleh Farah Edora kerana itulah buku nota yang dihadiahkan kepada kawannya itu semasa hari lahir Farah Edora yang ke sebelas tahun.

Farah Edora perasan Firdaus Hambali memerhatikannya lalu memberhentikan penulisannya. Ia merenung ke arah Firdaus Hambali dengan renungan yang tajam membuatkan Firdaus Hambali keresahan dan pura-pura menyelak-nyelak buku yang baru di ambil di rak-rak buku dalam perpustakaan.

`Janganlah tenung saya macam tu, takut saya dibuatnya’ tegur Firdaus Hambali.

`Awak yang curi-curi tengok saya menulis, kenapa’ Tanya Farah Edora lagi.

`Tak da lah, saya tengok awak begitu khyusuk sekali mencatat nota dalam `notebook’ tu sampai tak perasan orang sekeliling’ balas Firdaus Hambali bagi membela diri yang hampir terperangkap.

`Cantik buku nota tu he’ katanya lagi.

Farah Edora hanya tersenyum bila Firdaus Hambali memuji kecantikan buku notanya kerana ia tahu kawannya sejak darjah satu itu mengenali buku nota miliknya. Buku nota itu Farah Edora simpan sejak darjah lima kerana begitu menghargai pemberian kawan karibnya itu. Ia tidak menyangka akan dapat bertemu kembali dengan orang yang memberikan buku itu selepas enam tahun terpisah.

`Hai Dora, Firdaus, maaflah lambat sikit sebab tolong Puan Zalimah tadi’ muncul Lyiana dari belakang Farah Edora yang kelihatan termengah-mengah.

`Firdaus awak seorang aje ke, mana kawan-kawan lelaki awak’ soal Lyiana lagi setelah duduk disebelah Farah Edora.

`Saya mana ada kawan Lyiana, budak-budak kelas saya semuanya asyik main-main aje,boringlah saya nak join mereka’ jawab Firdaus Hambali.

Firdaus Hambali menyambung lagi `peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan aje, saya tengok pelajar-pelajar lelaki kurang mengulangkaji pelajaran pada masa lapang berbanding pelajar perempuan. Jadi saya pikir nak `join’ awak semua `study’ boleh tak?’

`Boleh apa salahnya, kalau awak tak malu’ celah Farah Edora yang sedang menyelak sebuah lagi buku yang dipinjamnya.

`Apa kata kita buat `study group’ ‘ usul Firdaus Hambali kepada Farah Edora dan Lyiana tanpa Ezzati.

`Bagus jugak idea Daus tu, tapi Ezzati macam mana’ pantas Farah Edora menjawab seperti telah separuh bersetuju.

`Alah jangan risaulah Dora, Ezzati setuju punya sebab dia tak kisah, janji keja baik’ terang Lyiana sebagai wakil kepada Ezzati yang tiada. Ezzati biasanya akan mengikut segala perancangan kawan-kawannya.

Bermula detik itulah empat sahabat itu kelibat mereka hadir setiap kali waktu rehat dan petang di perpustakaan sekolah mereka.


bersambung d'episod 7.....

No comments:

Post a Comment