Monday, August 22, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 3

Episod Tiga….

Johor Bahru…

Sekitar tahun 2005

`Adik, adik’ teriak si kakak kepada adiknya yang sedang berehat di tingkat atas rumah mereka.

`Cepatlah turun, ari ni kan giliran adik kemas meja makan, tak kan lupa lak’ si kakak terus bersuara sambil berceramah.

Tiada jawapan ataupun bunyi pergerakan yang hadir dari tingkat atas rumah mereka. Si kakak dah mula naik `hot’ bila panggilannya tidak terjawab dan tiada tindakan dilakukan oleh orang yang dipanggil.

`Dahlah angah, kemaskanlah aje meja tu, bukannya banyak sangat pun’ kakak kepada si angah pula mencelah bila mendapati si adik dah mula cekak pinggang.

`No, angah tak akan buat, ini hari giliran dia, dia mesti buat’ si adik masih dengan pendiriannya.

`Angah, Dora tu kan masih budak-budak lagi ’ si kakak terus meminta ihsan.

`Budak kata Along, umur dia dah 17 tahun, Seventeen you now, seventeen’ si adik terus membalas hujah si kakak dengan nada geram.

`Hai, apa yang diributkan ni, Angah Along’ si ibu pula mencelah bila mendapati dua orang anaknya sedang berdebat di ruang makan.

`Dora, mama. Hari ni kan giliran dia kemas meja makan, dia buat dek aje. Buat-buat tidurlah tu’ jelas Farah Ain kepada mamanya.

`Mungkin dia penat agaknya, sebab tadi dia balik lewat dari sekolah’ si ibu lembut memujuk anak keduanya bagi meredakan keadaan. Farah Ain berdiam sahaja dan mengerti apa yang di sampaikan oleh mamanya. Tapi di dalam hati ia masih tidak puas hati. Ia seperti Harry Potter yang tahu apa yang dilakukan oleh adiknya Farah Edora.

Di ruang meja makan kelihatan Farah Atillia, anak yang sulong kepada pasangan Encik Johari dan Puan Maimunah dan kakak kepada Farah Ain dan Farah Edora sedang mengangkat pinggan mangkuk dan mengemaskan meja makan. Mukanya tidak menampakkan gerak tubuh orang yang marah ataupun sedang membuat sesuatu pekerjaan dengan secara terpaksa. Sebagai kakak yang sulong, ia merasakan sebagai tanggung jawabnya bagi menyelesaikan tugasan-tugasan yang masih belum selesai di rumahnya. Mengemas meja makan, merupakan tugasan yang belum diselesaikan oleh pegawai yang bertugas pada hari itu iaitu Tuan puteri Farah Edora.

Bila melihat kak Longnya yang mengemas meja makan, lantas Farah Ain bersuara `Along memang macam tu, kalau adik tak kemas, dia yang cover. Manjakan sangat si dia tu’. Farah Atillia hanya diam sahaja dan terus menyiapkan kerja-kerja tersebut.

Farah Atillia sememangnya arif dengan perangai dan tingkat laku adik bongsunya itu. Ia seringkali mengelak bila diberi tugasan di rumah. Ada sahaja alasan yang diberikan.

Pernah sekali, ia memberi alasan tidak mengemaskan meja makan kerana pada malam itu ia tidak makan. Katanya `adik malam ni tak makan sebab kenyang sangat, jadi adik tak perlulah kemas meja makan, orang yang makan banyaklah yang kena kemas’. Farah Ain yang mendengar hujah itu, menyirap sekali dibuatnya. Matanya yang sepet menjadi bundar dan bulat. Rasa mahu dimakannya adiknya itu. Kata-kata Farah Edora ` orang yang makan banyaklah yang kena kemas’ seperti di tujukan kepadanya. `Adik, giliran tetap giliran’ pantas Farah Ain mengingatkan adiknya itu.

Selang beberapa jam, kelibat Farah Edora kelihatan. Ia berjalan perlahan menyusuri anak-anak tangga dari tingkat atas rumahnya. `Ha, baru muncul. Kerja dah siap baru turun, ingatkan dan pengsan tadi’ sergah Farah Ain kepada adiknya bila melihat ia hadir sambil lenggang liuk memakai baju tidur warna jambu yang bercorak kartun kearah ruang tamu rumah mereka.

Lagaknya seperti orang yang tidak bersalah. Sergahan oleh kakaknya tidak dihiraukan. Ia berjalan dan terus duduk dilantai bersebelahan kaki ayahnya. Ayahnya Encik Johari sedang khusyuk menonton buletin utama yang disiarkan oleh TV3 jam 8.00 malam. Farah Ain yang sama-sama duduk di sofa sebelah kanan ayahnya tidak menyambung hujahnya lagi kerana ia tahu adiknya sedang dilindungi oleh kuasa besar di rumah itu. Matanya hanya mengerling ke wajah adiknya yang mula melentok-lentokkan kepala di peha ayahnya.

`Ayah, kenapa orang kerja kerajaan macam pegawai kastam, polis suka sangat ambil rasuah’ tiba-tiba keluar persoalan dari mulut Farah Edora kepada ayahnya. Persoalan itu timbul, bila pembaca berita di tv sedang mengutarakan berita tentang penangkapan pegawai kastam oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM).

`Dora, bukan semua kakitangan kerajaan yang makan rasuah’ jelas ayahnya.

`Habis tu, ramai yang kena tangkap SPRM kenapa? Sekali lagi Edora mengutarakan soalan kepada ayahnya bagi mendapatkan penjelasan.

`Mereka tu sebenarnya adalah sebahagian kecil aje. Bak kata pepatah melayu “kerana nila setitik habis susu sebelanga”. Yang makan rasuah dua tiga orang tapi yang dapat malu seluruh kakitangan jabatan tersebut’. Encik Johari terus berhujah bagi memahamkan anak bongsunya itu. Sambil berhujah ia mengusap-usap kepala Farah Edora. Farah Edora sememangnya amat manja dan rapek (rapat) dengan ayahnya sejak kecil lagi. Sebagai anak bungsu ia memang mendapat perhatian yang lebih.

`Ayah ambik rasuah tak’ sekali lagi Farah Edora menyoal ayahnya dengan nada bergurau.

`Taklah sayang, takkan ayah nak bagi anak-anak ayah makan duit haram. Nanti tak berkat dan anak-anak ayah susah nak belajar.’ Jelas Encik Johari tanpa rasa marah atau tersinggung dengan soalan Farah Edora itu.

Encik Johari bertugas sebagai anggota polis di daerah Johor Bahru. Ia telah berkhidmat selama 20 tahun. Di pejabatnya ia lebih mesra di panggil dengan gelaran abang Jo kerana ia pegawai yang senior dan lama berkhidmat serta di hormati oleh rakan-rakan. Sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota polis berpangkat sarjan ia tidak pernah tergerak hati untuk mengambil walau satu sen duit yang boleh di kategorikan sebagai rasuah. Baginya biarlah ia hidup dalam keadaan sederhana tetapi isteri dan anak-anaknya bersih dari wang yang tidak suci. Itulah sebenarnya kekuatan atau integriti tinggi yang ada pada diri Encik Johari.

`Betul cakap ayah tu. Kakitangan kerajaan yang mengambil rasuah tu sebenarnya adalah pekerja yang tidak mempunyai integriti dan wajar di kenakan tindakan. Along hari tu baru menghadiri bengkel integriti iaitu Pelan Integriti Nasional (PIN)’ Farah Atillia yang sedari tadi duduk sambil membaca surat khabar turut serta dalam perbualan bila isu rasuah di utarakan oleh ahli panel cik Farah Edora.

Farah Atillia menyambung lagi bicaranya `orang kita kebanyakkannya sangat rendah integritinya berbeza dengan masyarakat Jepun. Mereka sangat tinggi integriti dan displin. Kita boleh lihat negara mereka boleh membangun pesat walaupun telah hancur lebur dek serang Amerika di Hiroshima dan Nagasaki’.

Bicara Farah Atillia seperti seorang penceramah di dewan kuliah. Ayahnya dan kedua adiknya hanya mendengar dengan khyusuk sambil menonton televisyen. Farah Edora sedikit mengaru-garu kepala kerana kurang faham dengan apa yang diceritakan oleh kak Longnya itu.

`Along, apa integriti tu? Tanya Farah Edora.

`Integriti tu adik beradik ngan roti le’ tiba-tiba Farah Ain menyampuk sambil ketawa-ketawa kecil. Kelihatan matanya semakin mengecil bila ketawa. Ini membuatkan Farah Edora kegeraman dan mencubit betis kakaknya itu.

`Aduh sakit le Dora’ Farah Ain menjerit kecil sambil tangannya pula mencocok-cocok celah pinggang adiknya. Maka berlakulah gurau kecil hingga mengundang campur tangan ayahnya bagi meredakan mereka.

`Dahlah Angah’ pinta ayahnya dengan nada rendah dan sedikit keras.

`Integriti tu, qualiti yang baik yang perlu ada pada setiap orang’. Jelas Farah Atillia sambil menjeling kearah Farah Ain.

`Tahu’ pendek jawab Farah Ain.

Farah Atillia menambah lagi `jika setiap orang di negara kita mempunyai integriti yang tinggi nescaya masalah masyarakat seperti rompakan, kecurian, pembuangan sampah merata-rata akan dapat di kawal dan terhapus. Dengan ini barulah kita boleh menjadi Negara maju pada tahun 2020’.

`Penceramah dari I.I.M yang memberi ceramah semasa Along berkursus, menceritakan pernah sekali ia di arahkan oleh bosnya bagi mengambil tiga orang pegawai dari Jepun di KLIA. Beliau telah pergi ke airport dengan menaiki kenderaan sendiri kerana kenderaan jabatan tiada sebab di gunakan oleh pegawai lain. Semasa dalam perjalanan membawa tiga orang pegawai Jepun itu, salah seorang daripada mereka telah meminta izin agar di bukakan tingkap kereta itu’ Farah Atillia terus bercerita dengan penuh semangat.

`Kenapa mereka minta buka tingkap Long’ sekali lagi Farah Edora bertanya.

`Mereka mahu mengisap rokok kerana semasa di dalam kapal terbang tidak boleh merokok’ jawab Farah Atillia.

Farah Atillia meneruskan ceritanya ` Selepas menghisap rokok, pegawai IIM itu tadi memerhatikan melalui cermin pandang belakang keretanya, ketiga-tiga pegawai Jepun itu memegang pontong rokok yang telah habis di hisap. Pegawai IIM itu bertanya `tuan kenapa tidak buangkan sahaja pontong rokok itu keluar atau dalam kereta saya’.

`Nak tahu apa pegawai Jepun itu jawab’ Farah Atillia pula bertanya kepada Farah Edora yang dilihat memberikan perhatian penuh pada penceritaannya.

`Dia kata apa Long’ Farah Edora menyoal kembali.

`Dia kata, kami di Jepun telah dilatih sejak umur lima tahun agar membuang sampah hanya di tong sampah sahaja’. Jawab Farah Atillia.

`Tinggi betul integriti orang Jepun ya’ tiba-tiba kedengaran lembut suara Puan Maimunah yang sedari tadi sedang berdiri di belakang Farah Atillia sambil memegang dulang yang berisi buah epal dan Lai.

`Wah, mama pun tahu integriti, caya la’ puji Farah Ain sambil bingkas bangun mengambil sepotong buah lai atas dulang yang masih di pegang oleh Puan Maimunah.

`Mama pun pernah baca tentang Pelan Integriti Nasional ni di pejabat’ Puan Maimunah menjawab ringkas.

`Sikit-sikit tahu lah’ hujahnya lagi.

`Angah, kalau nampak makanan macam buaya lapar, terus terpa aje’ Farah Edora terus mengusik kakaknya. Kali ini Farah Ain hanya berdiam diri kerana dia sedang asyik mengunyah buah lai. Kelihatan seulas demi seulas buah lai menerjah ke mulutnya.

`Along, orang Jepun tu ada tak muka macam orang yang sedang menyunyah buah lai tu’ Farah Edora meneruskan provokasinya kepada Farah Ain. Sekali lagi Farah Ain hanya mendiamkan diri kerana buah epal pula sedang menerjah ke mulutnya. Ia hanya menjeling tajam ke arah adiknya itu.

Suasana di ruang tamu rumah milik En Johari dan Puan Maimunah mula lengang. Cerita-cerita mengenai integriti telah tamat di bahaskan. Farah Atillia menyambung kembali membaca. Kali ini majalah PC yang baru di belinya di selak helai demi helai dengan penuh minat. Farah Ain yang kekenyangan kelihatan mula merapatkan matanya yang sememengnya sepet dan menyandar di penjuru sofa.

`Angah, nak tido naik atas le’ Farah Edora mengosok-gosok bahu kakaknya bagi menyedarkannya. Farah Ain yang seperti orang mamai bingkas bangun dan mula melangkah menuju ke tingkat atas rumah mereka.

`Angah, jangan lupa solat isyak dulu sebelum tidur’ kata ayahnya bagi mengingatkan Farah Ain. Farah Ain sempat menoleh dan menganggukkan kepala tanda faham arahan ayahnya.

Bagi Johari walaupun anak-anaknya sudah besar panjang dan dewasa, selagi mereka tinggal bersamanya di rumah itu ia merasakan bertanggungjawab bagi mengingatkan mereka tentang solat. Baginya solat merupakan tiang agama yang perlu dijaga dan diamalkan berterusan. Sebagai seorang anggota polis, ia melihat ramai remaja masa kini yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial kerana tiada pegangan agama yang kuat. Ramai remaja melayu yang ditangkap kerana minum arak, mencuri, merogol dan pelbagai lagi perbuatan yang melambangkan betapa lemahnya sipiritual dan mental mereka.

Pernah sekali, semasa ia menjalankan operasi lumba haram, seorang pemuda melayu yang ditangkap kerana tidak memiliki lesen dan cukai jalan kenderaan tidak pernah solat sejak berumur 13 tahun. Johari bertanya kepada pemuda itu `nak, kenapa kamu tak pernah solat, kan solat itu wajib bagi orang Islam’.

Pemuda itu selamba menjawab ` encik, saya tak pernah tengok mak dan ayah saya solat. Mereka pun tak pernah suruh dan tanya saya dah solat ke belum’.

Sedih dan hiba sekali hati Johari bila mendengar jawapan ikhlas dari pemuda itu. Manakan mungkin itik hendak mengajar anaknya berjalan betul sedangkan ia pun berjalan senget. Institusi keluarga amat penting dalam pembangunan insan. Keluarga yang porak peranda dan bermasalah akan memungkinkan anak-anak mencari jalan lain bagi mententeramkan jiwa mereka. Kawan-kawanlah yang akan menjadi sandaran. Jika kawan-kawan yang dijadikan rujukan, kawan yang elok perkerti maka eloklah hasilnya, jika tidak semakin jauhlah mereka menyimpang.

`Ayah ,mama adik pun nak tido lah’ Farah Edora pula mula mengorak langkah setelah setengah jam kakaknya Farah Ain masuk ke bilik. Seperti biasa, Farah Edora akan bersalaman dengan ayah dan mamanya. Ia mencium pipi ayah dan mamanya.

`Assalamualaikum ayah mama, maafkan adik, adik tido dulu’ itulah ucapan yang di lontarkan oleh Farah Edora setiap kali hendak tidur. Kakaknya Farah Atillia yang sedang asyik membaca hanya tersenyum kecil melihat telatah adik bungsunya itu. Telah hampir sepuluh tahun ia melihat rutin yang dilakukan oleh adiknya saban malam. Bagi dirinya, ia amat bangga dengan apa yang dilakukan oleh Farah Edora. Ia sendiri tidak mampu melakukan itu.

`Along, kereta ok’ soal Johari kepada anak sulongnya.

`Ok, ayah, cuma sekarang jalan tak berapa elok kerana sedang di baiki’ Farah Atillia memberhentikan pemerhatiannya pada majalah PC yang dibaca bagi menjawab pertanyaan ayahnya.


bersambung di episod 4...

No comments:

Post a Comment