Friday, August 19, 2011

CINTA FARAH EDORA

Coretan Penulis;


Assalamualaikum, warahmatullahi wabarakatuh.

Saya hm.Jerry terlebih dahulu mengucapkan rasa syukur ke hadrat illahi kerana dengan anugerahnya dapat saya menyelongkar idea bagi menulis cerita ini.
Cerita yang saya tulis tiada kena mengena dengan individu di Malaysia, khas di Johor Bahru. Cerita ini hanyalah imiginasi saya sendiri yang diilhamkan semasa dalam perjalanan pergi dan balik bertugas di Kulaijaya. Perjalanan yang memakan masa 45 minit bagi satu perjalanan mencetuskan idea di minda saya bagi mengarang sebuah novel pendek.
Nama dan watak jika ada persamaan dengan sesiapa jua di alam fana ini adalah secara kebetulan sahaja dan saya mohon kemaafan jika ada persamaan.
Terimakasih kepada mak dan bapak yang telah membesarkan saya dan memberi nafas atas kehidupan saya. Hanya Allah yang bisa membalasnya. Semoga Allah mengurniakan balasan syurga kepada mereka dengan syurga Firdaus.

Al fatihah buat arwah bapak saya Hj Maradi Hassan.



Episod Satu…

Brisbane, Australia…
23hb mei 2010

6.30 petang, Hotel Grand Chancellor Brisbane menjadi saksi seorang gadis yang sedang termenung sendirian di jendela. Ia merenung jauh sambil memerhatikan deretan kereta-kereta yang tanpa putusnya mundar mandir di jalanan dari aras lima bangunan hotel. Situasi kesibukan waktu senja itu juga sebenarnya sering berlaku di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Bandar-bandar utama di Malaysia. Tetapi yang berbezanya, pemandu-pemandu di Brisbane lebih berdisplin dan sabar. Tiada bunyi hon atau maki hamun oleh pemandu akibat kesesakan yang teruk di jalanraya.
Di Malaysia, masyarakatnya yang terdiri dari pelbagai kaum hidup penuh dengan sopan santun dan budi bahasa yang tinggi. Namun bila masing-masing masuk ke dalam kenderaan semuanya berubah. Sikap hormat-menghormati bertukar kepada kutuk mengutuk, caci mencaci bila berlaku suasana kesesakan yang teruk di jalanraya. Pada pandangan seorang pakar motivasi, perubahan sikap masyarakat Malaysia bila memandu ialah disebabkan faktor cuaca. Di Malaysia cuaca pada siang hari adalah amat panas berbanding di luar negara yang kebanyakan bercuaca sejuk seperti di Eropah dan lain-lain negara. Kepanasan cuaca yang melampau telah mempengaruhi sikap pemandu-pemandu dari sopan ke kurang ajar. Ini ditambah jika sesebuah kenderaan itu tidak mempunyai penghawa dingin dan hanya bergantung kepada udara dari luar tingkap untuk menyejukkan badan yang panas. Kepanasan yang tinggi menyebabkan tahap kesabaran tidak dapat di kawal dan tercetuslah perlakuan yang tidak diingini berlaku.
Kesibukan kereta-kereta itu langsung tidak dapat meredakan kesibukan dalam sanubari Farah Edora, gadis yang menjadi tetamu Hotel Grand Chancellor sejak dua hari lepas. Fikirannya berkecamuk, perasaan risau, sesal dan bermacam-macam lagi bermain-main di benaknya.
Tiba-tiba dalam keheningan petang itu, ia dikejutkan dengan `ring tone’ lagu seadanya aku nyanyian Nubhan AF6. Farah Edora hanya membiarkan sahaja telefon bimbit Nokianya berdering tanpa berusaha untuk mengangkatnya. Ia tahu, panggilan itu tentunya daripada keluarganya. Keluarga yang sedang mencarinya. Mencari dan terus mencari. Ini disebabkan Farah Edora pergi tanpa pesan, hanya meninggalkan nota sebagai peninggalan. Itupun hanya berbunyi..`Mama, Edora keluar jauh dan mungkin sangat lambat balik’. Nota yang penuh tanda tanya dan keraguan.
Jam 10.30 malam di Australia manakala di Malaysia sekitar jam 8.30 malam, Farah Edora masih belum dapat melelapkan mata. Kisah-kisah lampau sewaktu zaman kanak-kanak hingga dewasa bermain-main di fikirannya. Ia seolah-olah terpampar di skrin televisyen plasma 40 inci dengan gambar yang segar dan mendambarkan. Zaman persekolahan merupakan nostalgia yang terpahat di hati dan sukar dilupakan. Farah Edora duduk di atas katil dan tangannya memegang dadanya. Ia merasakan seperti ada sesuatu bersamanya. Ada jiwa lain yang dirasai sentiasa berada bersamanya walau jauh ia pergi. Farah Edora merasakan Brisbane yang beribu batu dari Johor Bahru dapat melupakannya, tetapi semakin jauh ia pergi terasa semakin dekat di hati.

`Angah’, tiba-tiba nama itu hadir di mindanya, di ucapkan melalui bibir dan dilontar kuat melalui rongga mulut Farah Edora. Jika ada insan lain dalam biliknya nescaya akan terperanjat mereka mendengar teriakan umpama singa oleh Farah Edora.
Farah Edora mengambil beg pakaian yang di bawa dan mengambil sesuatu di dalamnya. Sekeping gambar yang berbingkai kayu berwarna putih di tatap penuh sayu. Pada gambar itu terpahat gambar ia dan angahnya semasa bercuti di Cherating Resort, Pahang bersama keluarga. Tangannya mengusap-usap pada gambar kakaknya dan tanpa di pinta airmatanya tiba-tiba mengalir deras. Sayu rasa hatinya kerana pergi meninggalkan kakaknya yang bakal bergelar isteri pada tarikh kelahirannya pada 25 mei.
Kenangan sewaktu zaman kanak-kanak mula menghantui fikirannya. Teringat Farah Edora semasa berusia lapan tahun, kemana sahaja kakaknya Farah Ain pergi ia pasti akan ada bersama. Baginya seperti suatu kehilangan bila terpisah dengan kakaknya itu. Di mana ada Farah Ain di situlah ada Farah Edora. Pernah sekali kakak sulongnya, Farah Atillia memarahinya kerana mengekori ke mana sahaja Farah Ain pergi, tapi tak diendahkan oleh Farah Edora.
Encik Johari dan isterinya perasan pada perubahan Farah Edora tetapi demi menjaga hati si anak, mereka biarkan sahaja perkara itu berlaku. Bagi mereka apalah salahnya, jika si adik rapat dengan si kakak yang penting mereka bahagia. Perkara ini berlarutan sehingga mereka dewasa.
Farah Edora masih belum percaya ia boleh sampai sejauh itu ke Brisbane bagi meredakan kekacauan dalam jiwanya. Brisbane memang tidak asing lagi bagi Farah Edora kerana di situlah tempat ia menimba ilmu selama tiga tahun bagi mendapatkan Ijazah Sarjana Muda yang di impikan. Seingat ia, kali terakhir kakinya memijak bumi Brisbane ialah pada setahun yang lalu iaitu pada hari Konvokesyen.
Farah Edora merasakan kesunyian yang teramat sangat. Tapi kesunyian itulah yang ia cari bagi mengubati hatinya. Hati yang amat sakit menyebabkan jasad menjadi lemah dan tak bermaya. Farah Edora membayangkan suasana di rumah keluarganya di Bandar Baru Uda tentu sedang meriah dengan hiruk pikuk saudara mara yang datang bertandang bagi membantu mama dan angahnya membuat persiapan bagi majlis perkahwinan.
`Ayah’ tiba-tiba nama itu terbit dari mulut kecil moleknya.
`Maafkan adik kerana membuatkan ayah sedih. Ayah, adik tak sanggup lagi untuk berhadap dengan situasi ini. Tak sanggup’ Farah Edora berkata-kata sendirian dengan nada yang teramat sedih. Farah Edora tahu betapa tingginya kasih sayang dan kemanjaan yang diberikan oleh ayahnya kepada dia sepanjang hidupnya. Tidak pernah sekali ayahnya meletakkan jari-jemari ke tubuhnya. Bahkan untuk menengkingnya pun tak pernah dilakukan oleh ayahnya. `Mama’ kata hati Farah Edora terus berkata-kata. `Maafkan adik mama kerana membuat mama susah hati. Farah Edora juga tahu betapa tingginya kasih sayang mamanya kepadanya. Walaupun mamanya tidak memanjakannya seperti ayahnya, ia tahu mamanya tidak pernah membezakan kasih sayang kepada tiga orang anak perempuannya. Farah Edora juga tahu mamanya memang tegas dalam mendidik mereka tiga beradik. Jika tidak masa kan mereka semua boleh berjaya memegang segulung ijazah. Ayahnya, walaupun seorang anggota polis yang serius dan tegas semasa menjalankan tugas di pejabat tetapi amat lembut hati dan penyayang di rumah.
Benarlah kata seorang pakar motivasi negara iaitu Datuk Fadillah Kamsah bahawa setiap pasangan suami isteri akan ada perbezaan dan persamaan yang ketara. Katanya `Jika seorang suami itu amat garang, tegas maka biasanya isterinya seorang yang lembut, penyabar dan penyayang’. Tambahnya lagi ` jika isteri seorang yang kedekut dan suka berjimat-cermat, suaminya adalah seorang yang pemurah dan sedikit boros’. Katanya lagi `perbezaan itulah yang membuatkan keluarga menjadi lebih sempurna kerana ada pro dan kontra’. Persamaan yang ketara pula katanya `tidak akan ada suami dan isteri yang tidak sayang kepada anak-anak mereka walaupun sedikit. Mereka juga akan sanggup berkorban apa sahaja demi kesejahteraan anak-anak mereka’.
`Along’ seorang lagi nama ahli keluarganya terpancul dari sudut hati Farah Edora. `Along, walaupun adik tak berapa rapat ngan Along, adik tahu Along sayangkan adik’ Farah Edora terus berkata-kata sendirian. Farah Edora juga amat tahu bahawa kakak sulongnya itu menyayanginya. Walaupun cara kasih sayang yang diberikan oleh kakak sulongnya berbeza dengan ayah dan mamanya tetapi kehadirannya di rasai oleh Farah Edora. Telefon bimbit jenama nokia 9300i yang diberikan kepadanya kerana berjaya lulus cemerlang dengan 6A dalam SPM adalah buktinya.
Farah Edora bangun dari khayalannya dan pergi ke bilik air untuk mengangkat wuduk untuk solat isyak. Kepada tuhan ia berserah diri untuk memohon bantuan bagi meredakan ketegangan fikiran dan kekacauan jiwanya.
Mungkin benar juga kata-kata yang ditulis oleh Siti Nur Khaleeda kawan Farah Edora di laman `Facebook’ nya yang mengungkapkan kata-kata yang begitu indah dan mendamaikan jiwa yang berbunyi;
Jangan mencintai setinggi langit kerana langit akan runtuh♥
Jangan mencintai sedalam laut kerana laut akan surut♥
Jangan mencintai dunia kerana dunia akan hancur♥
Jangan mencintai bunga kerana bunga akan layu♥
Jangan mencintai manusia kerana manusia akan binasa♥
Cintailah Allah Yang Maha Kekal,Maha Bijaksana♥
Selesai solat isyak, Farah Edora menjamah sedikit roti bersama telur dadar yang dimasaknya untuk santapan malam. Ia sudah lama hilang selera makan yang menyebabkan badannya yang berisi menjadi sedikit kursus.


BERSAMBUNG.....d'episod 2

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. i can't wait for the next episode... cepat2 sket ea buat... nak bace... hehehe :)

    p/s : cam femiliar je date 25mei tu... hik3 ;)

    ReplyDelete
  3. nme farah edora cam same plak..hahaha..cter yg menarik! :)

    ReplyDelete