Thursday, August 25, 2011

CINTA FARAH EDORA-episod 5

Sambungan dari Episod 4…

Kenangan Cinta di UKM….

`Sapa pulak yang curi hati awak Zul’ Tanya Farah Atillia sambil menyimpan baki tisu ke dalam begnya.

`Kalau orang yang saya maksudkan itu awak, macamana’ jelas Zulkifli tanpa berselindung lagi. Farah Atillia yang tadi seperti seorang `wonder woman’ kini tersentak dengan pengakuan Zulkifli. Ia terdiam dan tak berkata-kata. Farah Atillia berubah menjadi Tom yang takutkan si kucing Jerry.

`Maafkan saya Lia kerana terpaksa menyatakannya. Saya tak sanggup lagi untuk menyimpannya. Terasa seperti ada batu karang yang melekat di hati yang menyebabkan sakit yang amat sangat’ tulus kata-kata Zulkifli bila melihat Farah Atillia terdiam tanpa kata-kata.

`Zul, saya sebenarnya merasa apa yang awak rasa’ gemuruh nada suara Farah Atillia memberi maklum balas kepada Zulkifli.

`Saya pun terasa seperti akan kehilangan awak buat selama-lamanya bila kita berpisah kelak’ terang Farah Atillia lagi sambil menundukkan mukanya. Zulkifli tersenyum lebar kerana tangannya tidak bertepuk sebelah sahaja. Peluh di dahi yang mencurah-curah tiba-tiba kering seperti memahami perubahan rasa pemiliknya.

`Tapi Zul, saya rasa amat bersalah kerana berperasaan begitu. Saya rasa bersalah kepada ayah dan mama kerana membuat perkara yang ditegah sama sekali oleh mereka. Saya juga rasa bersalah pada diri kerana melanggar prinsip yang telah lama saya bina.’ Hujah Farah Atillia lagi umpama pemidato lawan yang membuat penggulungan. Farah Edora sebelum ini telah berjanji dengan dirinya bahawa ia tak akan membuka pintu-pintu cinta walaupun ayat-ayat cinta di mainkan oleh lelaki yang sekacak mana sekalipun. Baginya ilmu adalah cinta pertamanya, kerjaya cinta keduanya, membalas jasa kedua ibubapa cinta ketiganya dan selepas itu barulah cinta untuk seorang lelaki bukan muhrimnya sebagai yang ke empat. Padanya biarlah cinta dari seorang lelaki itu hadir lewat asalkan kekal selama-lamanya.

`Zul, saya harap kita dapat menumpukan sepenuh perhatian kita pada pelajaran dahulu. Awak pun tahun ni `final exam’ kan. Biarlah kita korbankan dahulu apa yang kita rasa untuk kebahagiaan keluarga dan diri kita sendiri’ sambung Farah Atillia tenang.

Zulkifli kagum dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh Farah Atillia. Baginya itulah kehebatan kaum hawa di universiti-universiti tempatan berbanding kaum adam yang lebih suka bersosial walaupun berada di tahun akhir. Semangat sebegitu sepatutnya ada pada jiwanya yang akan mengakhiri kuliahnya di universiti pada tahun itu. Zulkifli memahat dalam sanubarinya akan menjadikan kata-kata Farah Atillia sebagai azimat dan mendorong bagi kejayaannya kelak. Pada Farah Atillia pada hari itu ia berjanji akan menunggu Farah Atillia setelah Farah Atillia tamat belajar pada tahun hadapannya.

`Lia, saya janji saya akan tunggu awak diluar sana. Saya akan menanti awak samaada awak berjaya atau tidak. Hati saya akan saya simpan untuk awak.’ Kata Zulkifli yang kelihatan seperti seorang ketua pelajar yang sedang membacakan ikrar janji di depan Pengetua Sekolah.

`Zul, jangan berjanji yang tak pasti kita akan kotakan atau tidak. Bertawakallah kita kepada Allah agar Dia memberikan kekuatan kepada kita berdua untuk mengharunginya. Tempoh setahun lama Zul. Saya di dalam, awak di luar, macam-macam perkara mungkin berlaku’ sambut Farah Atillia yang tak mahu Zulkifli terlalu berjanji terhadap apa yang ia belum pasti.

`Along, bangun Along’ gesa Maimunah kepada Farah Atillia yang terlelap di sofa ruang tamu rumahnya.

`Dah bangun masuk dalam bilik’ kata Maimunah lagi kepada anak sulongnya itu.

Kejutan daripada mamanya membuatkan imbasan kenangan terindah di universiti terhenti di klismak yang indah. Wajah Farah Atillia yang separuh sedar kelihatan menguntum senyuman. Mamanya menyedari keadaan itu dan turut tersenyum. Senyuman mereka serupa kerana mereka berdua mempunyai iras wajah yang hampir sama. Maimunah seperti memahami apa yang tersirat dan tersurat di fikiran anaknya. Johari yang berada di sudut lain, hanya memerhatikan isterinya memapah anak sulongnya untuk ke bilik beradu.

Kini, di ruang tamu rumah Encik Johari dan isteri hanya tinggal mereka berdua. Encik Johari masih terus menonton televisyen, manakala Puan Maimunah sedang melipat kain baju yang di basuh oleh Farah Ain pada sebelah petang selepas ia balik bekerja. Farah Ain yang baru tamat belajar di jurusan IT di UiTM telah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Rendah Bandar Baru Uda. Ia sekarang sedang mengintai-intai peluang bagi mengisi kekosongan jawatan di mana-mana agensi kerajaan atau swasta.

`Bang’ kedengaran suara Puan Maimunah memanggil suaminya.

`Ya, ada apa Mai’ Johari menjawab mesra kepada Puan Maimunah yang selesa dipanggil dengan nama Mai.

`Bang, kalau saya tanya jangan marah ya’ Maimunah meneruskan pertanyaan.

`Lah, belum tanya apa perkaranya, takkan nak marah pulak’ Johari membalas pertanyaan Maimunah.

`Kita ni tak da anak lelaki, abang tak kisah ke. Mai dapat tahu ustaz kat surau pernah kata pasangan yang tidak mempunyai anak lelaki, bila suaminya meninggal dunia harta pusaka akan diserah kepada saudara lelaki sebelahnya’ Maimunah mula mengungkaikan persoalan yang sebenarnya telah lama di pendam. Malam itu dirasakan amat sesuai untuknya bertanya kepada suaminya.

`Mai, kenapa cakap macam tu. Abang tak kisahlah tak da anak lelaki. Semua tu kan kurniaaan tuhan. Kita sepatutnya bersyukur atas apa yang diberi. Ramai orang yang berkahwin langsung tak dapat anak pun ada’. Johari memberi jawapan bagi meringankan kerisauan isterinya. Johari tak marah atas apa yang di persoalkan oleh isterinya. Baginya ia amat bersyukur mempunyai tiga orang anak perempuan yang berjaya dalam hidup dan tidak pernah menyusahkannya.

`Tetapi anak lelaki kan waris kuat bang’ sekali lagi Maimunah bersuara.

`Abang tahu Mai. Bagi abang semuanya ini ada hikmah disebaliknya. Mungkin jika kita di kurniakan anak lelaki, ia cacat atau menjadi orang yang liar seperti kebanyakkan budak lelaki zaman sekarang, kita juga yang akan mendapat malu dan menyesal’. Johari terus berhujah bagi fahaman isterinya.

`Jangan takut Mai, nanti kalau anak-anak kita kahwin, Insyallah kita akan dapat cucu lelaki’ sambung Johari sambil mengambil baju yang telah di lipat oleh Maimunah dan memasukkan ke dalam bakul yang tersedia di sebelah isterinya.

Maimunah tersenyum dan merasa amat bangga dengan apa yang di katakan oleh suaminya. Pengertian yang tinggi oleh iman yang kuat pada diri suaminya menjadikan ia tidak mudah marah atau kecewa seperti segelintir suami yang hampa kerana tidak di kurniakan anak lelaki. Baginya anak lelaki memang menjadi kebanggaan sesebuah keluarga kerana ia merupakan wali selain bapanya. Namum ketentuan Allah dalam memberikan sesuatu kurnia kepada mahkluknya adalah atas kuasa dan ada sebabnya. Sebagai manusia, keredaan atas apa yang dikurniakan oleh Allah kepadanya adalah lambang kekuatan iman seseorang itu. Kerana manusia yang paling kaya di dunia ialah manusia yang reda serta bersyukur atas apa yang di kurniakan padanya.

Pagi isnin menjelma. Suasana di rumah Encik Johari mula sibuk kembali. Masing-masing dengan agenda tersendiri. Encik Johari pagi-pagi lagi telah bersiap untuk ke tempat kerjanya di Bandar Johor Bahru. Encik Johari biasanya akan keluar jam 7.00 pagi dengan menaiki motosikal. Bagi Johari perjalanan ke Bandar Johor Bahru lebih mudah menggunakan motosikal kerana jalan-jalan yang menuju kearah sana seringkali sesak dan sukar sampai tepat pada masanya ke destinasi yang di tuju jika menaiki kereta. Encik Johari mempunyai kereta sendiri tapi ia lebih selesa menaiki motosikal.

`Adik, cepat sikit dan lewat ni’ Encik Johari memanggil anak bungsunya dari aras bawah bila mendapati kelibat Farah Edora belum kelihatan. Tangannya membelek-belek pada jam di tangan yang telah menghampiri pukul 7.00 pagi.

`Jap, adik turun ni’ ringkas jawab Farah Edora.

`Dora, sarapan dulu’ Puan Maimunah pula menegur Farah Edora yang telah sampai ke anak tangga terakhir di aras bawah.

Puan Maimunah yang telah lebih awal bangun sekitar jam 6.00 pagi, selepas solat subuh terus bergegas ke dapur bagi menyediakan juadah sarapan pagi buat suami dan anak-anaknya. Disamping itu, ia juga menyiapkan juadah untuk makan tengahari bagi Farah Ain dan Farah Edora.

Kelihatan kelibat Farah Atillia yang sedang membantu menyediakan sarapan. Encik Johari pula telah awal-awal lagi menjamah air kopi `O’ dan nasi goreng, menu yang disediakan oleh isterinya pada pagi itu.

Farah Edora duduk tergesa-gesa dan terus menjamah nasi goreng dan air susu yang tersedia. Ia makan agar lahap kerana takut terlewat. Kelihatan ayahnya telah masuk menjenguk ke dalam rumah bagi mencari Farah Edora. Farah Edora segera menamatkan sarapannya, dan bersalam dengan mamanya untuk ke sekolah bersama ayahnya. Farah Edora ke sekolah menaiki motosikal ayahnya. Walaupun kedudukan sekolah hanyalah setengah kilometer dari rumah Encik Johari, Encik Johari tetap menghantar anak bungsunya ke sekolah menaiki motosikal. Sebagai anggota polis keselamatan adalah keutamaan bagi Encik Johari. Sebarang perkara buruk mungkin berlaku, walaupun sedetik masa.

`Ayah tu manjakan betul adik tu, padahal sekolah bukan jauh sangat’ tutur Farah Ain yang muncul tiba-tiba di muka pintu dengan lengkap berpakaian baju kurung untuk ke sekolah. Farah Ain yang mengajar di Sekolah Rendah Bandar Baru Uda biasanya akan berjalan kaki sahaja kerana jarak rumahnya ke sekolah tidak jauh.

`Angah nak tumpang Along’ tegur Farah Atillia yang sedang memakai kasut sambil duduk di bangku luar rumahnya.

`Tak palah Long, Along nak cepat tu. Angah nak sarapan dulu’ jawab Farah Ain.

Farah Ain tahu kak Longnya perlu bertolak segera kerana ia bertugas di luar daerah iaitu di Daerah Kota Tinggi. Farah Atillia biasanya akan keluar dari rumahnya sekitar jam 7.15 pagi. Ia perlu berada di pejabat seawal jam 8.15 pagi kerana ia masuk bekerja jam 8.30 pagi. Masa lebihkurang satu jam di peruntukkan bagi perjalanan sejauh 55 kilometer itu. Perjalanan sejauh itu yang di tempuhi setiap hari menjadikan ia suatu kebiasaan, bak kata pepatah `Alah bisa tegal biasa’.

Orang yang paling akhir meninggalkan rumah dua tingkat milik Encik Johari dan Puan Maimunah ialah Puan Maimunah sendiri. Beliau bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPTI) Larkin yang dahulunya lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI). Sebelum meninggalkan rumah beliau akan menyiapkan juadah untuk makan tengahari bagi Farah Ain dan Farah Edora yang akan pulang ke rumah sekitar jam 1.30 tengahari.

`Angah, nanti jangan lupa bawa kunci’ pesan Puan Maimunah pada Farah Ain yang ketika itu sedang asyik menyunyah nasi goreng di meja makan. Ia menganggukkan kepala sahaja tanda faham akan arahan mamanya itu.

`Satu lagi Angah, nanti lauk pauk tu hangatkan sebelum makan, takut basi pulak’ pinta Puan Maimunah lagi. Sekali lagi anggukan di lakukan oleh Farah Ain.

Puan Maimunah akan keluar sekitar jam 7.30 pagi untuk masuk ke pejabat di IPTI jam 8.00 pagi. Jarak rumahnya ke IPTI ialah sejauh 6 kilometer sahaja. Sebelum keluar ia sempat menyapu sampah di ruang beranda rumahnya. Farah Ain kelihatan sedang memakai kasut untuk menuju ke sekolah setelah selesai sarapan pagi.

`Ma sedaplah nasi goreng, esok boleh buat lagi, Angah pergi dulu, Assalamualaikum’ kata Farah Ain yang sempat berseloroh dengan mamanya sebelum melangkah ke sekolah.

Sampai di pintu masuk sekolah, Farah Edora turun dari motosikal ayahnya dan terus bersalaman dengan ayahnya. Ia sempat mencium pipi kiri ayahnya seperti biasa sebagai tanda perpisahan.

`Yah, bawak motosikal jangan laju-laju. Ayah jangan merempit lak’ tutur Farah Edora. Johari hanya tersenyum lebar mendengar usikan anaknya itu. Mata Johari terus memerhati ke arah Farah Edora yang sedang memasuki kawasan sekolah sehingga ia hilang dari pandangannya baru ia mengerakkan motosikalnya. Motosikalnya di pandu agak laju meluncuri jalan Tun Abdul Razak untuk menuju ke pusat Bandar Johor Bahru.

Di bilik darjahnya Lyiana dan Ezzati, teman rapatnya telah menunggu.

`Dora, lambat hari ni. Ingat tak sekolah tadi’ tegur Ezzati sambil tangannya mengetuk-getuk meja.

`Lambat ke, biasa aje le’ jawab Farah Edora.

`Dora, kenapa mamat tu asyik tanya kau aje dari tadi, ada apa-apa ke’ soal Liyana pula sambil menunjukkan ke arah Faizal yang sedang membersihkan papan hitam di sudut hadapan bilik darjah mereka.

`Faizal, dia nak apa ngan aku? ’ soal Farah Edora kembali sambil kedua-dua tangannya membetulkan bucu baju dan tudung kepalanya.

`Tadi masa kami sampai dalam kelas, dia tanya kau mana? Tak sekolah ke?’ kata Ezzati mewakili Lyiana.

`Dia nak ajak kau dating kot’ usik Lyiana sambil tangannya memegang pinggang Farah Edora dengan helai tawa kecil.

`Tak da maknanya’ jawab Farah Edora.

`Eh, kau tak da hati kat dia ke’ sekali lagi Lyiana mengusik.

`Eh, gila kau. Kitakan sekolah lagi, cintan-cintan tak main lah beb’ tegas Farah Edora.

Sedang mereka asyik bersembang, datang Faizal dari arah tepi setelah selesai menjalankan tugasnya lalu menegur Farah Ain.

`Farah Dora, boleh aku pinjam buku Mate kau kejap’ kata Faizal sambil merapati meja Farah Edora.

`My name Farah Edora le bukan Farah Dora’ Farah Edora terlebih dahulu membetulkan namanya yang disalah sebut oleh Faizal.

`Mana boleh, kau tak siap keja rumah he’ sambung Farah Edora lagi.

`Nak tirulah tu’ Farah Edora terus bersuara.

`Alah aku lupa le nak buat, tolonglah Farah E D O R A’ sahut Faizal sambil menyebut nama Farah Edora sebiji-sebiji dengan betul.

`Nah cepat pulang balik’ Farah Edora mengeluarkan buku dalam begnya dan menyerahkan kepada Faizal.

`Dora thank you, I love U’ selamba gurau Faizal.

`Gatal’ jawab Farah Edora pendek sambil tangannya mahu mencubit Faizal. Faizal pantas bertindak dengan menerpa badan kearah lain bagi mengelak cubitan Farah Edora umpama seorang penjaga gol Manchester United, yang tangkas menangkap bola disudut paling sukar.

Farah Edora walaupun agak keras tapi sebenarnya banyak jiwa kebaikan yang terbit dari sanubarinya. Ia tak sampai hati untuk menghampakan kawan-kawannya walaupun kawan yang tak berapa ia suka. Baginya mungkin hari ini hari orang lain.

Pada waktu rehat Farah Edora lebih suka ke perpustakaan bersama kawan rapatnya Lyiana dan Ezzati. Mereka akan mengulangkaji pelajaran bersama dengan berbincang dan mencari bahan-bahan.

`Dora, lepas SPM ni kau nak sambung belajar kat mana? Tiba-tiba Lyiana mengajukan soalan ketika mereka sedang membaca buku yang di pinjam di perpustakaan itu. Lyiana berbicara dengan nada perlahan agar tidak di sedari oleh pengawas yang bertugas serta menganggu pengunjung-pengunjung lain di perpustakaan itu.

`Ly, aku fikir macam nak ke `oversea’lah’ jawab Farah Edora pendek sambil meletakkan mata pen di atas kepala sebelah kanan sambil menyengetkan kepalanya.

`Dora, akak-akak kau semuanya dah `graduate’ kan’ Ezzati pula menyampuk perbualan sepi Farah Edora dan Lyiana. Farah Edora duduk bersebelahan dengan Lyiana, manakala Ezzati duduk di depan Farah Edora dan Lyiana.

`Ya, tapi semua kat Malaysia’ jawab Farah Edora untuk soalan Ezzati.

`Wah, hebatlah `family’ kau semua adik beradik ada Ijazah’ kata Lyiana sambil memegang bahu kanan Farah Edora.

Farah Edora hanya tersenyum tanda bangga atas pencapaian kedua orang kakaknya. Kakak sulongnya Farah Atillia lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Awam, manakala angahnya Farah Edora lulusan Sarjana Muda ICT.

`Apa kata, kita sama-sama ke `oversea’ ‘ kata Farah Edora lagi kepada kawan-kawannya itu.

Lyiana dan Ezzati terdiam sejenak dan seperti sedang memikirkan sesuatu. Serentak mereka bersuara `ok’ sebagai tanda bersetuju dengan usul Farah Edora.

`Ok, kalau macam tu kita bertiga buat janji’ tutur Farah Edora lagi dengan bersemangat.

`Janji yang macam mana’ Ezzati mencelah lagi.

`Kita buat suatu surat akujanji’ jawab Farah Edora.

`Dora, ke mana kita nak gi’ Tanya Lyiana pula.

`Ya, tak ya juga he, ke negara mana yang kita nak belajar’ Farah Edora berkata-kata sendiri sambil meletakkan mata pen di kepalanya.

`Apa kata kita ke England’ kata Lyiana sebagai usul pertamanya.

`England tu bagus Ly tapi kos sara hidupnya tinggi sangatlah. Nilai tukaran duitnya lebih tinggi dari dollar. Kau tahu 1 pound adalah bersamaan dengan lebihkurang RM4.85 duit Malaysia. Lagipun kat sana cuacanya sejuk gila’ kata Farah Edora tanda tak bersetuju dengan lokasi yang dicadangkan oleh Lyiana.

`Ha, apa kata kita gi Australia’ telah Ezzati yang sedari tadi asyik termenung memikirkan lokasi Negara yang ingin mereka belajar kelak.

`Yes, Australia. Kepala otak kau sama dengan akulah Ezz’ kata Farah Edora lagi dengan di iringi reaksi mengenggam tangan kanannya erat dan hampir dihentakkan di atas meja. Namun kerana tempat yang tak sesuai dan keadaan yang ta sesuai ia batalkan niatnya itu.

`Kau macam mana Ly’ Tanya Ezzati kepada Lyiana yang tergamam.

`Ok, aku ikut aje, yang penting kita `still’ bersama-sama’ jawab Lyiana ringkas.

`Dora, kau nak ambik kos apa’ soal Lyiana lagi kepada Farah Edora.

`Aku pikir nak ambik bidang `Architecture’ jawab Farah Edora dengan bersungguh-sungguh. Bidang itu memang merupakan bidang yang sangat di minati oleh Farah Edora.

`Wah, hebat tu, tutur Ezzati sambil tersenyum melihat kesungguhan kawannya itu.

Lyiana dan Ezzati telah berkawan dengan Farah Edora sejak di tingkat satu lagi. Mereka amat akrab kerana mempunyai citrasa yang sama dan serasi.

`Kau pulak nak ambik kos apa Lyiana, Ezzati’ Farah Edora menujukan soalan kepada kedua-dua orang kawannya serentak.

`Aku nak ambik kos berkaitan farmasi’ jawab Ezzati ringkas.

`Wow, kau nak jadi ahli farmasi pulak’ usik Farah Edora.

`Tak le, aku pikir nak buka Syarikat sendiri bagi menjual ubat-ubatan’ jawab Ezzati dengan penuh semangat.

`Betullah cakap Ezzati tu, kita ni bila habis belajar aje, asyik nak kerja makan gaji aje. Kan lebih baik kita gunakan ilmu yang kita perolehi bagi membuat sesuatu yang dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara dan diri. Barulah orang akan `respect’ kita’ sampuk Lyiana dengan hujah yang membina.

`Ezzati bolehlah, `family’ dia orang berada. Bolehlah dia buka syarikat sendiri bila habis belajar nanti. Macam kita nak buka syarikat macam mana modal pun tak da? ‘ kata Farah Edora sambil memuncungkan mulutnya ke arah Ezzati.

`Ha, Lyiana kau asyik cerita pasal orang, kau nak ambik kos apa?’ tanya Ezzati kepada Lyiana yang sedari tadi seperti sedang memikirkan sesuatu.

`Aku tak pasti lagilah nak ambik kos apa? Jawab Lyiana ringkas.

`Lah, sudah, dia ni’ keluh Farah Edora sambil mencubit kecil di pinggang Lyiana. Lyiana mengeliat kerana kegelian akibat di cubit oleh Farah Edora.

`Adik-adik, boleh `slow’ sikit tak perbualan tu, sini tempat membaca buka bercerita’ tiba-tiba seorang pengawas perempuan yang bertugas menghampiri mereka dan menegur agar tidak membuat bising.

`Baiklah cik Pengawas, `sorry’ terkuat pulak’ jawab Lyiana yang sedikit becok mulutnya mewakili Farah Edora dan Ezzati kepada Pengawas perempuan itu.

Pengawas perempuan itu berlalu pergi meninggalkan Farah Edora dan kawan-kawannya yang mula mengunci mulut dan mengambil buku masing-masing yang telah di pinjam dari rak-rak buku di perpustakaan.

Perbincangan mereka tamat disitu dengan Lyiana masih belum menyatakan kos yang perlu di ambik untuk belajar di Australia kelak.

`Boleh saya duduk di sini’ tiba-tiba muncul seorang jejaka mohon duduk di sebelah kerusi Ezzati yang kosong. Ezzati agak terperanjat dan menganggukkan kepala tanda setuju. Jejaka itu duduk betul-betul di hadapan Farah Edora. Farah Edora dan Lyiana yang sedari tadi sedang asyik membaca buku juga terperanjat dengan kehadiran jejaka itu. Farah Edora memberhentikan pembacaannya dan melihat sekeliling, hatinya berkata `patutlah budak ni duduk di situ, semua tempat duduk di perpustakaan itu telah penuh’. Farah Edora memerhatikan budak lelaki itu dan hatinya berkata lagi `macam aku kenal aje mamat ni’.

`Awak ni Firdaus Hambali hea’ soal Farah Edora dengan yakin sekali.

`Ya’ jawab budak lelaki itu pendek dan separuh teperanjat.

`Awak tak kenal saya Firdaus’ soal Farah Edora lagi. Lyiana dan Ezzati agak terperanjat kerana Farah Edora mengenali budak lelaki itu. Seingatan mereka, budak lelaki itu belum pernah mereka lihat di kawasan sekolah itu.

`Maaf ya, awak sapa’ soal budak lelaki itu dengan jujur.

`Nama dia Farah Edora bte Johari’ terang Lyiana bagi pihak Farah Edora.

Firdaus Hambali termenung seketika dan cuba mengingatkan nama gadis yang di beritahu oleh Lyiana sambil tangan kanannya memicit-micit kepalanya.

`Oh, Farah Edora yang dulu sekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Larkin’ jawab Firdaus Hambali sebagai tanda ingatannya telah mula kembali mengingati waktu zaman persekolahan di sekolah rendah. Firdaus Hambali sama belajar dengan Farah Edora di Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin dari darjah satu hingga enam.

`Yes is true’ jawab Farah Edora yang tersenyum kecil sambil menutup mulutnya.

`Awak baru di sekolah ni ya’ Tanya Farah Edora lagi.

`Ya’ jawab Firdaus Hambali.

`Dulu selepas darjah enam, awak sekolah di mana’ soal Farah Edora lagi. Lyiana dan Ezzati hanya melihat perbualan Farah Edora dengan jejaka yang baru mereka kenali yang nampak semakin rancak.

`Lepas tamat darjah enam, saya pindah ke Muar kerana ayah saya di tukarkan ke sana’ jawab Firdaus Hambali lagi.

`Maaf lah saya tak kenal awak tadi. Tapi macam mana awak kenal saya pulak he’ soal Firdaus Hambali pula. Lyiana dan Ezzati sama-sama memandang ke arah Farah Edora bagi mendengar jawapannya.

`Alah, mata awak tu. Kan mata awak suka berkelip-kelip selalu’ ujar Farah Edora lagi. Firdaus Hambali terdiam sejenak kerana tak menyangka matanya yang sering berkelip itu menjadi tanda ingatan bagi Farah Edora. Lyiana yang sedari tadi membisu mengerlingkan mata ke arah Farah Edora sambil mencubit pehanya dengan agak kuat. Farah Edora kesakitan, tetapi hanya menahankan diri kerana malu. Jika tiada Firdaus Hambali di depannya tentu di cubitnya kembali Lyiana.

Firdaus Hambali kembali bersekolah di Bandar Johor Bahru kerana bapanya yang berkerja sebagai Juruteknik di naikkan pangkat ke jawatan Juruteknik Kanan dan diarahkan bertugas di Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru. Mereka sekeluarga menetap di rumah sewa di Bandar baru Uda kerana tiada kekosongan rumah kerajaan di daerah Johor Bahru. Bapanya lebih suka menetap di kawasan Bandar baru Uda kerana majoriti penduduknya adalah orang melayu.

Sedang asyik mereka berbicara, datang lagi Pengawas Perempuan yang bertugas di perpustakaan itu.

`Dora, dia datang lagi, habislah kita’ tutur Lyiana sambil mencebikkan muka ke arah Farah Edora.

`Awak yang duduk di hujung tu, boleh tolong diam tak. Dari jauh saya dah dengar suara awak’ soal Pengawas perempuan yang bernama Ema Laily sepertimana yang tertera pada tanda nama yang melekat di bajunya. Soalan itu ditujukan khas kepada Farah Edora yang betul-betul duduk dihujung meja sebelah Lyiana.

`Maaf cik, saya yang salah kerana menyoal dia tadi’ Firdaus Hambali menyampuk sebagai tanda sama bersalah.

`Kalau nak berbual bukan di sini, diluar sana. Di sini tempat membaca, faham’ keras suara yang dilontarkan oleh Pengawas perempuan yang bernama Ema Laily itu.

Farah Edora hanya mendiam diri sambil matanya memandang tepat ke mata Pengawas perempuan itu. Firdaus Hambali sempat mengerling ke arah Farah Edora yang di lihatnya begitu berani bertentang mata dengan Pengawas perempuan itu. Lyiana dan Ezzati yang tidak bersalah hanya mendiamkan diri seperti tikus di dalam labu.

Farah Edora berani bertentang mata dengan Pengawas perempuan itu kerana mereka adalah sebaya. Pengawas perempuan itu juga di tingkatan lima seperti dia, Lyiana, Ezzati dan Firdaus Hambali.

`Ingat ya, sekali lagi jika saya nampak kamu berbual-bual lagi saya tak akan teragak-agak pinta kamu semua keluar dari perpustakaan ini’ kata Pengawas perempuan itu sambil tangannya mencekak pinggang. Arahan itu ditujukan khas kepada Farah Edora dan Firdaus Hambali.

`Maaf he Edora’ kata Firdaus Hambali dengan nada rendah sebagai tanda mengaku salah atas apa yang berlaku.

`Alah biasalah tu, Firdaus. Kita orang dah selalu memang kena marah dengan Pengawas pendek tu’ terang Farah Edora selamba.

Masa rehat telah tamat. Kelihatan pelajar-pelajar yang sedari tadi khusyuk mentelaah buku meninggalkan kerusi masing-masing untuk masuk ke bilik darjah bagi menyambung sessi pembelajaran. Farah Edora, Lyiana, Ezzati dan Firdaus Hambali masih duduk kerana menunggu giliran untuk keluar dari perpustakaan itu. Pengawas perempuan yang bertugas tadi hanya memerhatikan sahaja Farah Edora dan kawan-kawannya dari jauh dengan renungan yang penuh bermakna. Farah Edora tidak berminat untuk menjadi Pengawas perpustakaan walaupun pernah di tawarkan oleh guru kelasnya. Baginya lebih baik ia menjadi pembaca dari menjadi orang yang menjaga orang membaca. `Maca Jaga aje’ kata yang pernah diucapkan oleh Farah Edora kepada Lyiana bila Lyiana menyuarakan usul agar ia menjadi Pengawas perpustakaan.

Sessi persekolah pada hari itu berakhir dengan Farah Edora bertemu kembali dengan Firdaus Hambali rakan lamanya semasa di sekolah rendah. Senyuman lebar di wajahnya seperti mengambarkan sesuatu yang indah.


bersambung lagi d'episod 6...


No comments:

Post a Comment