Saturday, August 20, 2011

CINTA FARAH EDORA

Episod Dua…

`Daustiba-tiba nama yang sudah lama tidak di sebut dan di perkatakan sejak tamat tingkatan lima muncul dalam benak fikiran Farah Edora. Mungkin dalam suasana yang begitu tenang dan tidak sibuk seperti di pejabat menyebabkan Farah Edora terkenang kisah lalu.
Terbayang di ruang matanya wajah seorang lelaki yang sentiasa menceriakan semasa belajar di tingkatan lima.
`Firdaus Hambali bin Razali’ sekali lagi nama itu di tuturkan oleh Farah Edora. Tapi kali ini dengan nama penuh bagi membuktikan ingatannya telah kembali kepada penamanya.


Bandar Baru Uda, JB
Mei 2010…



`Dora, ke mana lah adik pergi’ Farah Ain berkata-kata dalam hati sendirian sambil duduk dibirai katilnya. Airmatanya sejak pagi menitis tanpa henti. Jika di perah pasti akan penuh melimpahi baldi yang kecil. Farah Ain risau kerana adiknya tidak menjawab panggilannya, walaupun telah berkali-kali ia mendail melalui telefon Sony Erikssonnya. Ia tahu adiknya ada di mana telefonnya berada, cuma telefonnya sahaja tidak dipegang untuk dilemparkan kata-kata.
`Dik, 25 Mei adalah hari yang paling penting buat akak, tolonglah balik’ sekali lagi Farah Ain berkata-kata sendirian. Kali ini suaranya hampir keluar cuma terlalu perlahan. Tanggal 25 Mei, Farah Ain akan bernikah. Tarikh itu juga merupakan tarikh kelahiran Farah Edora. Farah Ain sengaja mengambil tarikh itu sebagai tanda kasih dan hadiah hari jadi kepada adik bungsunya Farah Edora.

`Angah, adik ada jawab call, tiba-tiba soalan keluar dari mulut mamanya yang masuk ke biliknya dengan keadaan tergesa-gesa. Nada kemengahan jelas terbayang pada ruang mulutnya akibat kepenatan meniti anak tangga ke tingkat dua rumahnya.

`Tak da Ma’ ringkas jawab Farah Ain.

`Tak damamanya pula membalas kata-kata dengan nada kebimbangan.

`Manalah pergi budak yang bertuah ini’ jelasnya lagi.

`Mama, kalau adik tak da, angah tak mahu nikah’ Farah Ain berkata lagi sambil menatap tepat ke muka mamanya.
Mamanya memegang bahu Farah Ain dan duduk di sebelahnya. `Angah, janganlah buat macam tu, Ayah dan mama dah buat segala persiapan. Saudara mara kita ramai yang dah datang, takkan nak batalkan. Malulah ayah ngan mama.’ Puan Maimunah berkata lembut sambil memeluk erat anak ke duanya itu.

Farah Ain hanya terdiam sejenak. Ia faham sedalam-dalamnya apa yang dirasai oleh mamanya. Tapi ia bingung memikirkan situasi yang di alami. Adiknya tiba-tiba menghilang diri selama seminggu tanpa khabar berita.
Perancangan semua telah diatur oleh Johari dan isterinya bagi majlis pernikahan dan kenduri kahwin Farah Ain. Kad jemputan juga telah diedarkan lebih 1,200 keping kepada sanak saudara, rakan taulan dan kenalan sekitar Johor Bahru serta lain-lain daerah di Negeri Johor. Kuala Lumpur juga menjadi destinasi kad-kad jemputan Farah Ain. Tempahan Tukang masak, mak andam dan pelbagai lagi urusan telah dirancang dengan rapi oleh keluarganya bagi persiapan majlis perkahwinan untuk julung kali keluarga Johari dan Maimunah.

Ketiadaan seorang ahli keluarga mereka mengundang rasa resah dan seperti suatu kecacatan yang tak sepatutnya berlaku. Tanpanya, majlis dirasakan sepi dan ceria hanya di mata bukan dihati. Farah Ain berada dalam situasi yang amat tegang. Jika ia meneruskan majlis perkahwinannya tanpa Farah Edora, hilang rasa kemanisan yang selama ini di tunggu-tunggu. Namun jika ia membatalkannya, risikonya lebih besar. Ayah dan mamanya pasti akan mendapat malu yang tidak terkata, begitu juga dengan kakak sulongnya Farah Atillia. Keluarga pihak lelaki juga akan mendapat malu dan memungkinkan tali persaudaraan yang telah di metrai, putus begitu sahaja. Situasi Farah Ain umpana `Ditelan mati emak dan di luah mati bapak’. Tapi sebagai anak yang dibesarkan dengan nilai budaya melayu yang tinggi dengan kesopanan dan maruah, Farah Ain merasakan ia wajib membuat keputusan yang bijak.
`Adik, tolonglah balik’ sekali lagi Farah Ain berkata-kata sendirian sambil kedua-dua lututnya mencium lantai biliknya yang beralaskan karpet berwarna biru bercorak bunga anggerik.
Farah Atillia, kakak sulong kepada Farah Ain dan Farah Edora telah menghubungi kawan-kawan adiknya Farah Edora, tetapi tiada seorang pun yang tahu ke mana destinasi yang dia tujui. Kawan-kawan sepejabatnya juga tidak tahu ke mana ia pergi setelah Farah Edora mengambil cuti rehat secara mengejut.
`Ada urusan penting katanya’ kata Kak Intan mewakili rakan-rakan sepejabatnya ketika menjawab soalan daripada Farah Atillia melalui telefon.
`Kimtiba-tiba menjelma nama itu di fikiran Farah Ain.
Farah Ain terus mengambil telefon bimbitnya dan mendail ke nombor telefon bimbit Kim.

`Kim, boleh kita jumpa esok’ pinta Farah Ain kepada Kim.
`Kenapa’ Kim pula menyoal balik dengan agak kebinggungan.
`Ada apa hal yang mustahak ke’ Kim terus berbicara.
`Nanti jumpa, saya cerita’ Farah Ain menjawab kembali dengan ringkas.


Brisbane, Australia…
Mei 2010..



Bilik hotel yang di sewa mempunyai dua buah katil jenis `single’. Farah Edora hanya menggunakan sebuah katil untuk berbaring. Matanya sukar di lelapkan kerana fikirannya buntu. Sedang ia mengelamun sendirian teringat ia akan kata-kata Kak Intan yang bertugas sepejabat dengannya. Kak Intan pernah berkata….
`Edora, cinta itu adalah sesuatu yang sangat indah dan suci. Ia akan hadir bila dua jiwa telah bersatu dan merasai kehadirannya. Cinta itu tidak boleh di paksa. Tiada cinta akan wujud jika hanya seorang yang menzahirkannya dan seorang lagi menidakkannya’.
Ia menambah lagi……..
`jika cinta ditagih dengan paksa, kita akan dapat jasadnya (iaitu orangnya) tapi bukan jiwanya. Jadi ingatlah adikku carilah cinta sejujurnya kerana bila ia hadir kehangatannya akan di rasai’.
Farah Edora termenung seketika, kata-kata itu begitu menusuk ke sanubarinya. Baginya walaupun Kak Intan hanyalah seorang pekerja biasa di pejabatnya, namun pengalaman dan cetusan hatinya begitu tajam dan jujur.

`Kenapa aku buat Angah begini’ tiba-tiba muncul suara halus berserta air mata yang berderai dari kelopak mata Farah Edora. Air mata membasahi pipinya tanpa dapat disekat. Seperti ada suatu penyesalan berat terhambur dari sudut hatinya. Ia menekan-nekan dadanya. Kata-kata yang dilontarkan kepada Angahnya, Farah Ain begitu dirasai. Sepanjang hidupnya, dirasakan tidak pernah ia melontarkan kata-kata yang begitu pahit dan menyinggung hati kakaknya itu.
Terngia-ngia di telinganya semasa mengutarakan kata-kata kepada kakaknya

`Angah, adik tak mahu berhutang apa lagi ngan Angah, Angah faham!’. Kakaknya, Farah Ain pada ketika itu hanya terdiam dan terpaku bila mendengar kata-kata Farah Edora. Ia bukan terkejut akan lontaran suara Farah Edora, tetapi bingung memikirkan akan maksud kata `berhutang’ yang diungkap oleh Farah Edora.

Suasana di luar hotel telah mula tenteram kerana bunyi enjin kereta yang membingitkan telinga telah mula reda dan berkurangan. Farah Edora yang sedari tadi masih berbaring di atas katil, mengambil `laptop’ jenama Acer miliknya dan menekan butang `power’ untuk menghidupkan `laptopnya. Dia bangun dan beralih ke meja, mengambil broadband jenama Celcom dan mencucuk di sudut tepi sebelah kiri `laptopnya pada lubang USB untuk mengakses talian internet. Talian yang dinanti telah dapat di `connect’. Pantas jari jemari Farah Edora menaip ke laman webb facebook.com.
Farah Edora mengharap sangat agar kawannya Lyiana Jaafar akan `online’ di facebook bagi membolehkan ia berinteraksi. Farah Edora mencari-cari nama Lyiana di sudut kira laman facebooknya di ruang `rakan’ dan mengklik nama Lyiana Jaafar.
Di `dinding’ facebook Lyiana Jaafar, Farah Edora mula menulis sesuatu. Farah Edora dilaman facebooknya ia menggunakan nama Farahedora.
Farahedora : Lyiana apa khabar, aku sekarang kat Brisb..
Farah Edora menunggu seketika jika ada jawab balas dari Lyiana melalui komennya. Dalam beberapa minit ia menerima pesanan di butang makluman yang menyala merah yang memaparkan nombor satu. Farah Edora terus menekan butang makluman dan betul sangkaannya bahawa yang menulis komen di facebooknya ialah Lyiana. Ia tahu Lyiana pasti akan ada ditalian kerana mereka sering bersembang ketika waktu itu di Malaysia. Maka mulalah mereka berbual-bual tanpa suara hanya dengan jari jemari sahaja.

Lyiana : Kbr baik, apa kau bt kt Brisbtu
Farahedora : saje2…hehe
Lyiana : Tk kn saje2 smp jauh ke Brisb..
Farahedora : Aku sedih le,
Lyiana : Sedih? Knp lakpakwe lari ke….
Farahedora : mcm mane he nak ceta….
Lyiana : ceta aje le kau tak caya kat aku ke?
Farahedora : caya le..tapi ini hal lain skt le..
Lyiana : lain mcm mane tu
Farahedora : soal cinta le
Lyiana : aku dah agak dah….knp..
Farahedora : aku mencintai org yg same ngan org lain…
Lyiana : ngan sape kau kongsi cinta tu..
Farahedora : mslhnya dia mencintai org yg satu lgi bukan aku…
Lyiana : mcm mane kau tahu dia tak cnt kat kau…
Farahedora : sbb dia dah pinang org yg satu lgi tu….
Lyiana : lah, kesian kat kau Dora…..
Lyiana : klu lah aku ada sama kat kau disane…kau ngan dape
kt sana…?
Farahedora : sorg aje..
Lyiana : sape org yg stu lagi tu, Dora….

Farah Edora tidak dapat meneruskan perbualannya dengan kawannya Lyiana yang sama-sama belajar di University of Queensland, Brisbane Australia pada tahun 2006 kerana talian internetnya `offline’.
Ia membiarkan sahaja laptopnya bersendirian bersamanya di atas katil bilik hotel itu. Kini, `Laptop’ itulah yang menjadi temannya di Hotel Grand Chancellor.

bersambung ke episod 3

No comments:

Post a Comment